RSS

Ku ingin lihat dunia

Siapa yang tak pernah berangan untuk melihat tempat orang lain atau mengelilingi dunia. Aku yakin semua pernah kan. Tapi hanya beberapa orang sahaja yang mampu merealisasikan impian itu. Bukan senang nak mengelilingi dunia. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Cukupkah duit, ilmu di dada.. Takkan nak pergi macam tu sahaja.. Tapi jangan tak percaya, sebenarnya ada jer orang yang melancong dengan wang yang sedikit.. Aku pernah dengar, tapi tak pernah mendengar sendiri dari lubang telingaku ini..


Wahhh indahnya impian.. Tapi aku seorang perempuan. Perempuan nak mengembara, mana boleh sorang-sorang. Kena berteman, kena bersama muhrimnya.. Lepas tu kena juga fikirkan keluarga. Mak aku memang jenis risau. Sekarang masa tengah solo ni, cuba2 jugalah balik kampong sebulan sekali.. Kalau jarang bertelefon, mak dah mula bising. Selain tu, masalah utama adalah pemakanan. Pergi tempat orang, risiko makanan tak halal dan sebagainya.. Belum lagi risiko jumpa orang yang berniat buruk... wahhh takutnya... Bagaimana dengan kerja aku, duit simpanan pun tak ada.. Aku ni baru nak mengenal dunia..


Banyak sungguh alasan. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba mencapai impian aku dengan cara lain.. Selain dari pembacaan, boleh juga lihat video dibawah..


Typo ker???

Serius kalau aku bermesej dengan anak buah aku, banyak yang aku tak faham berbanding faham.. Ni ha contoh ejaan remaja sekarang.. dah la ayat geli2, nak paham pun susah.. ermmm korang faham ker?



A/N: Haaaa anak2 buah kesayangan achik dan adikku, kalau terbaca ni.. Achik dah reti baca tau walaupun terhegeh-hegeh nak memahami.. kalau dapat tangkap korang bercakap, atau bermesej mcm ni, siap korang... Masa tak faham ok lagi, dah faham, memang jadi hangin...

Menguap, trivia dan mengatasi...



Hari ni cuaca agak mendung jadi keadaan dalam pejabat pun agak sejuk. Kerja sebagai programmer ni kadang-kadang seronok, tapi banyak kadangnya agak mengantuk. Jari terlalu banyak bergerak, banyak berfikir, tapi badan tak bergerak.

Cuaca sejuk, otak banyak berfikir, badan tak bergerak, baru lepas sarapan akan membawa kepada satu keadaan: banyak menguap. Susah betul mencari jawapan macam mana nak hentikan menguap.

Sebelum aku kongsikan beberapa cara mengatasi, mehh kita baca dulu beberapa trivia tentang menguap.

1) Orang buta akan menguap apabila mereka mendengar orang lain menguap. Lain kata kalau diaorg kesan ada orang mnguap, diaorang pun akan ikut menguap..

Komen aku: Menguap ni berjangkit (yes betul sebab kalau orang sebelah menguap, aku akan ikut menguap sekali).

2) Bila seseorang membaca tentang menguap, orang itu akan terasa nak menguap sekali.. Hehe mesti masa korang baca ni, korang akan rasa nak menguap kan....

Komen aku: Mungkin tak pada semua org, tp majoriti akan terjadi.. Hehe masalah menguap aku berhenti masa aku menulis tentang menguap ni... (pulakkk)...

3) Lebih daripada separuh populasi manusia akan menguap dalam masa 5 minit selepas melihat orang lain menguap..

Komen aku: Aku akan menguap bila orang sebelah menguap, tapi kenapa orang sebelah aku tak ikut menguap balik..

4) Purata seorang menguap adalah 6 saat.

No komen

5) Masa awal seseorang mula menguap adalah bermula selepas 11 minggu embrio terbentuk.. ermm iaitu sebelum bayi lahir lagi..

Komen aku: Aku tak tahu mcm mana diaorg tahu..

Cara mengatasi menguap..

Serius aku cakap, ada masa mmg kita kena berhenti menguap sebab ada masa memang tak sesuai pun kita menguap.. Contoh time meeting.. Aku jumpa sedikit tips untuk ini, tapi terpulanglah kepada korang sama ada berjaya atau tidak.. Kena cuba dulu

1) Membasahkan bibir dengan lidah setiap kali rasa nak menguap.. ermm sebenarnya agak susah.. Sebab bila kita menguap, tahu2 tangan dah ke mulut sebab nak tutup mulut masa menguap.. ermm

2) Minum segelas air masak. (air masak yer, bukan air manis).. Tapi aku tahu sangat, ramai orang tak suka minum air masak, kecuali bila dahaga sangat-sangat.

3) Buat sesuatu yang seronok.. Kalau seronok mmg tak menguap punya la..

4) Tarik nafas panjang-panjang.. Kan ada teori mengatakan kita menguap kerana otak tidak memperoleh cukup oksigen, sebab tu kita menguap.. Jadi sediakan oksigen banyak-banyak kat otak yer..

5) Bersenam.. Move your body a bit.. sebab tu orang yang menguap ni biasanya tengah tak buat apa2 pun..

6) Jangan makan banyak sangat masa tengah hari sebab badan nak proses makanan, jadi oksigen pun banyak nak guna, perut penuh mata pun berat.

7) Makan lebih banyak makan seimbang dan buah-buahan.. Kalau makan banyak benda mengarut ni buat badan cepat penat. So menguap jer la kerjanya.

8) Last sekali.. Gi la tido.. dah ngantuk memang la menguap..

Sekian..

Life is Wonderfull

A/N: I just notice that I haven't put this in my blog.. It's something from my personal collection but I don't remember where I take it from. But it's something beautiful to share..

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help."

There were only a few coins in the hat. A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were u the one who changed my sign this morning? What did u write?"

The man said, "I only wrote the truth. I said what u said but in a different way."

What he had written was: "Today is a beautiful day & I cannot see it."

Do you think the first sign & the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story:

Be thankful for what you have.

Be creative.

Be innovative.

Think differently and positively.

Invite the people towards good with wisdom.

Live life with no excuse and love with no regrets. When Life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.

Face your past without regret.

Handle your present with confidence.

Prepare for the future without fear.

Keep the faith and drop the fear.

Don't believe your doubts and doubt your beliefs.

Life is a mystery to solve not a problem to resolve.

Life is wonderful if you know how to live. Each day is as special as you want it to be………MAKE IT GREAT

A Level Test...

Ok sapa boleh jawab soalan ni...

Kalau nak diikutkan soalan ni sebenarnya senang sangat-sangat.. Tapi untuk orang yang suka fikir complicated, mesti akan rasa soalan ni susah..



Sila komen jika anda ada jawapannya.. Kalau nak suruh dedahkan jawapan pun boleh gak, tapi tak seronok la bagi tahu awal2.. Selamat mencuba..

Perempuan tak melihat pada rupa (sedikit Baby face Beauty preview)

Siapa tak suka lihat benda yang cantik, cakap kat aku. Ohh please la.. semua orang pun suka benda yang cantik. Aku pun sama. Tapi korang rasa pelik tak, kenapa kalau ada perempuan yang cantik tapi pakwer dia haram, tak hensem langsung. Tapi tu bukan satu benda pelik pun, berlambak jer. Orang kata jodoh, diulang jodoh.. Tak reti bahasa lagi, meh nak ulang jodoh… Haha

Siapa kata rupa tak penting. Pentinggggg. Sebab tu adalah first thing yang kita tengok. Tapi tak perlu cantik atau hensem pun. Cukup ajer sedap mata memandang. Kecantikkan itu kan relatif.. hehe.. Betulll… Masa zaman aku masih belajar dulu, selalu jer bercakap ngan member2 kalau2 TER-usha mamat hensem.. Mesti akan cakap, “Weii hensem la mamat tu” atau “weii comei la mamat tu”, tapi bila aku tengok ehh biasa jer, tak hensem mana pun, so kesimpulan aku, hensem tu depend pada taste kau la kan.. Macam makanan gak, ada orang suka makan tomyam, ada orang tak suka (apa kena mengena plak ngan tomyam)..



Apa kes aku cerita pasal cantik, tak cantik, hensem, tak hensem ni. Aku baru abis marathon citer Korea ni. Tajuk dia Baby face beauty. 20 puluh episode tu.. Aku suka cerita tu, walaupun mula-mula malas gila nak tengok. Tapi aku tengok juga sebab dah mula tengok. Dari episode 1 sampai 5 kot, serius aku tak suka cerita tu, rasa nak stop, tapi aku teruskan juga. Aku tengok cerita tu pun sebab dah lama aku tak tengok Jang Nara berlakon. Mesti korang pelik bila mula-mula aku kata suka, tapi tiba-tiba aku tak suka plak.

Keseluruhan cerita aku suka, hanya episode awal jer aku tak suka. Tengok dia asyik kena buli ngan family dia pastu kena menipu untuk dapat kerja. Lepas tu xder plak hero hensem dalam citer tu, mana nak ada mood nak tengok… Tapikan, aku tak putus asa… aku tengok juga (hampeh tengok citer jer pun). Start dari saat dia mengaku, ermm sebelum sikit kot, mungkin masa dia dah buat keputusan untuk mengaku tu, aku dah mula melekat dengan cerita ni.. haaa baru la cerita bermula.

Dan mujur aku terus tengok juga. Sebab sebagaimana aku, heroin tu pun salah faham dengan keluarga dia. Memang keluarga dia nampak macam tak fair, tapi mereka masih keluarga. Alahh kita pun kadang-kadang salah faham dengan keluarga. Takkan korang tak pernah rasa marah dengan mak ayah korang bergantung satu-satu isu tu, tapi diaorang still mak ayah kita, dan diaorang pun manusia gak. Ada kelebihan dan kekurangan. Masa aku tengok mak dia jaga anak dia yang sakit, aku tahu mak dia sayang jer anak dia ni, Cuma tak tunjuk jer.

Lepas tu, lelaki yang aku kata hero dia tak hensem tu (sampai sudah pun aku rasa dia tak hensem), aku mula perasan, kalau dia senyum comei la.. Mungkin kerana watak dia yang degil untuk mendapatkan apa yang dia nak (positifnya dia tak mudah putus asa).. Aku suka.. Tapi dia ni memang comei bila senyum, pastu buat pulak muka malu, malu.. hehe mahu tapi malu.. (hehe gedik plak aku ni.).

So kesimpulan yang aku buat, lelaki yang tak hensem, kalau ada sesuatu kekuatan ada pada diri dia, sure perempuan akan suka. Semua orang pun ada kelemahan, tapi kekuatan yang korang ada tu, tonjolkan lebih sikit. Perempuan ni kalau dah suka, kau tak hensem pun, akan jadi hensem di mata dia..

Macam aku, aku akan rasa sweet sangat kalau ada lelaki yang pandai melayan budak-budak even perangai dia pun ikut perangai budak-budak gak.. Sebab aku ni garang (bab penyanyang tu simpan dalam-dalam). Nasib baik anak buah aku memahami, sebab perangai aku yang masih budak-budak.. So diaorang tetap sayang aku walaupun aku ni garang.. kekekeh…

Ada kau kisah, aku tengok Kamen Rider...

Hehe, umur dah berapa masih layan Kamen rider lagi??.. Mestilah kalau Kamen Rider tu best.. Ingat lagi masa kecik-kecik layan Satria Baja Hitam.. Lepas tu layan Power Ranger, ultraman, siap berebut lagi dengan abang nak jadi Power Ranger Merah.. Abang marah sebab dia kata perempuan mana boleh jadi ranger Merah.. Ranger Pink boleh la... (muncung dah keluar, tak adil betul)..

Haha seronok ingat kisah silam.. Tapi macam tak percaya, rasa suka tengok ultraman dan kamen rider masih lagi wujud. Cuma sedikit memilih la. Power Ranger dah tak tengok, sebab jalan cerita tak menarik.. Ultraman yang aku paling suka adalah Dyna.. Kamen Rider plak, ermm yang mana yer yang best.. Ada gak yang aku tak tengok, kalau jalan cerita tak best.

Adakah aku ni masih kebudak-budakkan kerana layan Ultraman dengan Kamen Rider? Mak aku la kata aku budak-budak. Adik aku tak layan, nasib baik abang yang dah kawin tu, layan lagi ultraman. Kadang saja guna konon anak buah yang nak tengok. Sedar umur memang bukan kategori kanak-kanak, remaja pun bukan lagi dah, belia ermm yay masih lagi. Tu pun ikut negara gak.. Tak silap aku ada negara tak iktiraf aku sebagai belia lagi dah.. Dah tu panggil apa lepas belia?

Ehhh apa lari tajuk ni.. Kembali kepada topik asal. Kenapa tiba-tiba cakap pasal Kamen Rider ni? Aii teringat zaman kanak-kanak ker? Taklah. Sebab aku baru lepas layan Kamen Rider Fourze... Hahaha best la yang ini.. Sebab topik utama dia memang aku suka iaitu persahabatan. Orang Jepun suka buat cerita pasal persahabatan.



Entah la, tapi aku rasa Fourze ni agak best dan sesuai ngan aku.. Biasalah aku ni, ada kala tengok citer yg buat aku fikir, dan selebihnya sah-sah untuk aku berhibur. Seronok tengok watak utama yang begitu beriya mencapai impiannya untuk berkawan dengan semua orang. Wowww, satu impian yang aku rasa mustahil untuk dicapai oleh aku sendiri. Satu sebab aku tak pandai memulakan, kedua aku hanya banyak kenalan berbanding kawan.

Satu lagi sebab nak tengok sangat Kamen Rider Fourze ni sebab aku pernah terbaca, bapak kepada pelakon utama ni memang nak sangat anak dia jadi kamen rider. Kira memang impian dia la.. Pehh pelik tapi sempoi la bapak dia ni. Selalu mak bapak kan harap anak dia jadi doktor ker, jurutera ker, cikgu ker, ini bapak dia nak anak dia jadi kamen rider.. Tahniah kerana impian tercapai.. hehe.. Oklah nak sambung tengok episod 3 plak... Hensin...

Do you think I'm weird?

Dah lama gila aku tak main dengan sistem congak dalam kepala. Betullah kata orang, kalau asyik bergantung pada calculator, otak pun tumpul jadinyer.. sampai campur tolak pun boleh failed..

My sister used to asked me to teach her daughter math.. End up, my sister say, your counting system is too weird and complicated. Not suitable for someone else. I think so, since only I can understand it, or is it because I failed to explain it.

Maybe I'm not suitable for teaching math.

When there a question something like 70/3

In my mind, it's goes like 30/3 + 30/3 + 10/3 = 23.33

My niece ask me how to subtract simple question like: 13 - 7

My mind goes = 10 - 7 + 3 = 6, and I try to teach her, but she look at me with (O.O)
'Well at lease you can use your finger and we got only 10..'

Seem complicated, but to me it's much easier.. Instead of thinking of complicated number, I just change it, but people see it as too long and too complicated.. Well I think it's easier and faster.. Ahhh I think math is art.. But unfortunately, my math not so good anymore, blame it to calculator..

6% service tax on prepaid reloads and starter packs

6% service tax on prepaid reloads and starter packs

Published: Thursday September 8, 2011 MYT 1:04:00 PM

KUALA LUMPUR: Those buying prepaid reloads and prepaid starter/SIM packs will be charged a 6% service tax from Sept 15.

Prepaid customers would be informed via SMS beginning Thursday about the new service tax, the Malaysian telco industry said in a joint statement here.

Customers can also refer to the respective telcos' websites for details or contact the customer service centres if they have further queries.

The telcos said the service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.

The Service Tax Act 1975 requires telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including mobile prepaid services.

This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels.

Whilst service tax on prepaids is not new, the telcos have been absorbing it for mobile prepaid services since the introduction in 1998.

The move taken is to ensure mobile prepaid services remain competitive compared to the postpaid, given the high prepaid rates for calls and SMS at its onset.

With prepaid rates progressively reduced over the years, it is currently offered at very competitive rates. “With the six per cent service tax on prepaid services, a customer who purchases a RM10 prepaid reload will need to pay RM10.60, with the 60 sen being the service tax,” the statement said. – Bernama

Terkedu aku baca berita di atas. Benda pertama terlintas di kepala otak aku, ermm pandainyer kerajaan cari duit ek… Aku tak tahu statistic kat Msia ni mcm mana, tp dari apa aku lihat dari kenalan dan keluarga, aku tahu memang ramai yang rajin topup. Kadang tu siap ada sehari RM5.. Kalau sekali topup RM5, kerajaan akan dapat kutip tax sebanyak 30 sen, sebulan? Sepuluh orang? Orang kat Malaysia yang guna prepaid beraper org?

Aku bukan apa. Sebab fokus berita ini adalah untuk starter pack dengan topup. Starter pack, aku boleh terima, tapi setiap kali topup? Siapa yang banyak guna topup ni? Budak-budak sekolah, budak-budak U, atau yang bekerja tapi rasa tak mampu nak guna line macam aku. So aper kejadahnya plak orang-orang begini dikenakan Tax. Tambah plak, aku pakai prepaid sebab aku bukan jenis heavy guna telefon. Tapi kadang terpaksa juga topup sebab nak tambah masa penggunaan. Aku selalu topup RM50, kalau 6%, aku kena tambah lagi RM3 untuk itu.

Teringat aku semasa pembentangan budget sebelum ni. Sedangkan service tax 5% aku cukup berkira, tapi service tak bagus mana, tambah pulak 1% untuk kedai-kedai makanan segera ni. Mujur aku jenis bukan selalu makan kat tempat macam tu. Pada aku, kalau ada cas service, service pun kenalah bagus, walaupun aku tahu duit tu tak masuk kat korang pun, tapi masuk kat kerajaan. Anyway takper la. Aku diam lagi. Kemudian tax pusat kecantikkan dikurangkan.. Ehhhh? Bermacam soalan muncul. Kenapa? Yang pergi banyak orang kaya kan. Takkan tak mampu kot. Ermmm taknak komen banyak kat sini. (dah byk dah pun) .

Aku minta maaf, kalau apa yang aku tulis kat atas ada yang tersilap. Aku tulis dari ingatan aku, dari kefahaman aku. Kalau salah tolong betulkan.. Mungkin pengetahuan aku masih belum cukup, tapi aku sudi belajar kalau aku salah. Ataupun ada salah faham dari apa yang aku baca. Setakat ni berita aku hanya nampak di akhbar The Star Online, yang lain tak ada lagi.. Baca online dari RSS ni bahaya gak, sebab kadang lepas baca, berita tu hilang.

Dilema saiz badan..

Aku tulis ni sebenarnya untuk menjawab / komen seorang blogger yang mempunyai masalah berkaitan berat badannya.. Aku tak rasa apa dia rasa, tapi apa aku rasa aku rasa sama, cuma situasi berbeza..

Hai.. semua orang ada dilema yer.. Dilema awak adalah kegemukkan. Dilema saya adalah kekurusan.. Rasa susah awak, dengan rasa susah saya mmg bertentangan gila, tapi isunya sama, saiz badan.

Tapi jangan kata yang kurus ni pun tak kene kutuk. Selalu jer kena kutuk, tiang la, pokok la, tulang berjalan la.. Kadang tu ada siap kata, kalau ko duduk sebelah tiang tu, aku tak cam mana satu tiang, mana satu kau, sama jer.. Nasib baik la aku ni jenis meluahkan..Diaorg kata, aku marah balik la... Lepas aku marah diaorg (cara gurau, sbb taknak hilang kawan) lepas tu, fikir positive sikit, niat diaoarang hanya untuk bergurau, jadi sakit dihati tak la terasa sangat. Paling tak tahan, ada kawan aku samakan aku dengan basikal. Ader ker patut.. Kadang tu ada jer yg panggil aku, Si Keding..

Siapa kata aku taknak gemuk.. Aku makan banyak tau. Kadang lg banyak dari kawan2 aku, tapi takder la berpinggan-pinggan.. cuma dah genetik tu kecik, kecik la juga.. Aku ni datang, pergi kerja naik motor. Diaorg slalu kata, wei, bawa moto jangan laju-laju, kau tu kurus, nanti diterbang dek angin.. Hampes gas betul la korang ni.. Dalam setiap yang aku buat, ada jer cara diaorang nak kutuk.. Macam dah jadi makanan ruji. Sehari tak mengutuk, tak senang duduk.

Tapi nak kata aku hilang keyakinan diri sebab kadar kekurusan aku yang nampak tulang ni, idak ler.. Aku minum susu, aku amik vitamin, aku makan pisang, tiap-tiap tahun buat azam nak gemuk (opps silap, berisi).. Tup tup masih di situ juga.. Biasalah, kejap jer azam, lepas tu putus asa..

Suka tengok orang yang berisi. Comei pada mata aku. Ialah, hijau padang di sebalik pagar kan lebih cantik. Mesti la suka dengan apa yang orang ada.. Lepas tu aku suka tengok diaorang makan. Macam semua benda tu sedap jer.. Nikmat dunia tu tau. Bila cakap kat diaorng, mesti diaorg akan cakap, "Apa kata kak amik lemak saya ni kak".. "Ai dik, bukan ko sorang jer cakap macam tu, dah ramai dah".. Kalau la dalam dunia ni boleh bertukar lemak, yang taknak bagi pada yang nak, masalah mesti selesai.

Last-last aku rasa lantak la korang nak kata apa. Walaupun bila aku pakai baju tak cantik, tak ada potongan, macam orang sakit, nak buat macam mana, tu adalah aku. Aku anggap tu semua hanya gurau senda untuk hilangkan kebosanan korang. Yer la, kalau korang tak kutuk aku, orang takder benda nak cakap kan.. Kesian korang, bosan nanti.. Meh-meh kutuk la lagi... Aku suka sangat.. Aku mengalu-alukan.. Hehe baik tak aku ni... ^^