tag:blogger.com,1999:blog-72487880593457980372024-03-05T22:30:24.820+08:00Catatan ker BebelanDalam mencari hala tuju kehidupan....Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.comBlogger207125tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-75181980124272392302018-09-25T10:05:00.001+08:002018-09-25T10:05:14.269+08:00Where is my Jodoh?I'm older now. Never been in love except to idol. Not like I'm not looking, but yeah, maybe I'm not looking. I'm not the one who believe in romance. Sweet talk, manja2, ngada2 is soooo not my cup of coffee. Alergik tau tak.

I want someone who I can be comfortable. Can be myself. Can humour people without any force. The one that I can follow. The one who respect my point, suggestion.

Here is the problem. I already found him. He my best friend. He is the best person that I ever find. But, to be involve romantically is never been in my mind. Because it's difficult, it's impossible.

Like a lot of uncertainty.

He younger. A lot younger. Same age with my brother.

Different race.

Different religion.

Different culture.

Kind of super nice, which mean, a lot of people will love him. I really like him. I wonder if it's working or not.

My dream is, my best friend is my husband.

Emi

25 Sept 2018

10.00amEimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-67315685528403219662018-08-30T09:55:00.002+08:002018-08-30T09:55:16.109+08:00Masih adakah org membaca blogAssalamualaikum,

Entah bila kali terakhir aku menulis. Meluah perasaan di hati, membebel walaupun tahu tiada siapa membaca. Hari ni menerima notifikasi dari blogger. Jengah sebentar, baca nukilan-nukilan lama. Ok. Aku rasa aku boleh menulis semula. Tak ada org nak baca, aku buka semula dan baca pun dah rasa seronok.

Sebab?

Sebab aku akan teringat, ohh aku begini dulu. Dulu ini yang aku fikirkan. Maklum la, zaman-zaman tak matang. Kadang siap rasa nak komen je, betulkan semula apa yang aku tulis. Kerana pendapat mampu berubah.

Ok. Stop disini.

Hanya sekadar menulis sepatah dua.

30 Ogos 2018

10.00 pagi

34 tahun

IFCEimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-28181817239196492752015-10-14T21:14:00.001+08:002015-10-14T21:15:44.384+08:00Gadjet idaman, yang mana satu pilihan anda?Assalamualaikum,

Setiap kali, apabila ada sesuatu yang aku ingin kongsikan dan mula mengetik-ngetik papan kekunci komputer, benda pertama perlu difikir adalah tajuk. Susah betul nak pilih tajuk.

Macam biasa, apa aku tulis disini biasanya bebelan sahaja. Terbaru aku membaca bahawa pihak syarikat sony mungkin tidak akan meneruskan pembuatan peranti telefon mereka. Sedih dengar bukan. Sedangkan suatu ketika dahulu peranti telefon sony merupakan pilihan selepas nokia. Dan ramai sedia maklum, nokia juga mengalami penurunan jualan yang begitu mendadak selepas ios dan android masuk ke dalam pasaran.

Tidak seperti nokia yang mengeluarkan telefon menggunakan sistem operasi window yang kurasakan sebab utama ianya tidak begitu digemari, sony menggunakan android. Jadi sepatutnya ianya masih boleh dijual bukan?

Tidak perlu komen tentang iphone, kerana kita maklum ianya mempunyai peminat-peminat fanatik yang sudah tentu setia bersamanya walaupun dengan ketiadaan Steve Job. Android. Terlalu banyak syarikat telefon yang mengeluarkan telefon berasaskan android. Persaingan yang tinggi. Jujur aku katakan, adakalanya penjualan telefon pintar ini berasaskan trend sahaja. Bukan kerana kualiti. Jika di Malaysia, kita dapat lihat peranti keluaran Samsung merupakan satu peranti yang paling laris. Jika mahu mengatakan ianya murah, kurasa tidak. Note terutamanya, di awal penjualan harganya melebihi RM2000.00. Padaku ianya tidak murah.

Aku pernah beridam ingin memiliki samsung s siri dan note siri. Tetapi selepas S2, aku tidak lagi berminat, dan selepas note 4, minat ku juga suam2 jadinya. Dengan harganya yang mahal serta kemampuanku yang tidak begitu tinggi pada ketika itu.

Aku ini boleh dikatakan seorang pecinta peranti. Komputer, tablet, telefon pintar pelbagai jenis menjadi milik. Aku pernah miliki samsung, tetapi selepas beberapa ketika ku dapat rasakan kadar efisiennya semakin menurun. Selalunya cukup sehingga setahun.

Telefon idaman pertama yang berjaya menjadi milikku adalah HTC buttlefly. Sebagaimana aku idamkan, prestasinya juga berada di sebagaimana yang aku inginkan. Tidak pernah lag. Kemas dalam gengaman, tidak begitu kecil atau terlalu besar ditambah lagi dengan aku berjaya menggunakan aplikasi yang kusuka tanpa banyak masalah. Sukar untuk kuterima, atas kecuaian telefonku pecah seribu. Baiki membawa kepada pergaduhan. Lalu telefon jena LG G3 menjadi pengganti.

LG G3 tidaklah begitu buruk. Dengan saiz screen 5.7 yang sememangnya bukan pilihanku menyebabkan ianya tidak begitu menjadi object kesayangan. Ianya lebih kepada object keperluan. Yang disukai adalah double tab dan proses mengambil gambar selfie. Lain-lain kurasa ok. Tidak buruk. Cuma tidak memberi sebarang kata wow dari aku.

Hari ini tanpa perancangan. Sesuatu yang amat sukar aku lakukan, aku bersetuju membeli sebuah tablet baru berukuran 8in. Sony xperia Z3 compact. Jujur kukatakan, masa kubeli, ku tidak tahu langsung tentang spesifikasi tablet ini termasuklah namanya sehinggalah tiba di rumah. Dan sejak dari jam 5 hingga kini, jam 9 mlm, aku masih mencuba peranti ini. Dan aku sangat suka. Perasaan sebagaimana semasa aku memperoleh htc dahulu, kini muncul lagi.

Aku jatuh cinta pada mulanya kerana rupa dan kelancaran peranti ini. Kemudian kukaji dari internet tentang spesifikasinya. Dan pembelianku sangat berbaloi. Ini merupakan satu gadjet yang berkualiti. Dan aku mula berfikir, kenapa xperia tidak orang gemari. Adakah kerana ia mahal? Jikamsony benar-benar akan menghentikan pengeluaran peranti telefon pintarnya, maka amat sedih. Kerana kurangnya satu product berkualiti.

Nota kaki: kalau ada kesalahan ejaan, maaf. Aku menaip dari sony z3. Dan malas betul nak betulkan kesalahan ejaan..

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-87612585306853584312015-08-21T16:55:00.002+08:002015-08-21T16:55:48.773+08:00Sesuatu penulisan yang beerti..Aku suka membaca, aku suka menulis. Tapi aku tak pernah berjaya menulis akan sesuatu yang beerti. Dan aku juga tidak ingat bila kali terakhir aku membaca sebuah buku yang cukup meninggalkan kesan. Kali terakhir rasanya buku "Who moved my cheese", sebuah buku yang pada aku merubah hidup aku.

Aku seorang yang suka hidup dengan prinsipal diri. Aku seorang yang ingin menjadi yang terbaik di dalam keadaan yang aku sendiri rasakan bukanlah yang terbaik. Terdapat beberapa rancangan yang telah memberikan inspirasi kepadaku. Impianku tinggi, ingin mengubah dunia, tapi sebelum dunia dapat kuubah, aku perlu ubah negara, sebelum kudapat ubah negara, aku perlu ubah kaumku, sebelum itu, teman-temanku, dan sebelum teman, keluargaku dan sebelum ku ubah keluargaku, ku perlu ubah DIRIKU.

Amat ajaib dan alangkah cemburunya aku ke atas orang-orang yang sanggup berkorban dari kepentingan diri dan keluarga dan memperjuangkan bangsa dan negara. Bagaimana keluarga Rafizi atau Anwar menyokong walaupun hidup mereka mungkin berakhir di dalam penjara. Aku tak tahu sampai ke tahap manakah kebenaran mereka, tapi aku benar-benar kagum yang mereka sanggup berjuang untuk sesuatu yang mereka percayai.

Hari ini ketika berbual dengan teman sepejabatku, aku ceritakan padanya. Suatu ketika dahulu, aku juga sepertimu. Sungguh berkobar-kobar belajar sesuatu, sanggup mengambil inisiatif untuk membangunkan diri. Kini, aku tidak lagi seperti itu. Sekadar duduk di tepi, melihat, disuruh dan kemudiannya aku akan mulakan kerja-kerja ku. Aku kini ibarat pahat dan penukul dimana akulah pahatnya. Hanya menunggu penukul bekerja.

Tapi aku tak kisah. Aku suka keadaan aku sekarang. Ternyata, aku terlalu mudah untuk berpuas hati. Cuma kadang-kala, perasaan untuk menulis sesuatu yang bagus itu kembali. Kan bagus satu hari aku mampu menulis sebuah buku yang mampu mengubah hidup orang lain.

Kerana terdapat beberapa bahan bacaan telah mengubah hidup aku. Kenapa tidak aku dan tulisanku?Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-87618666070553820802015-07-28T13:16:00.000+08:002015-07-28T13:16:43.214+08:00Hiburan dan inspirasi dan kerjaya...Assalamualaikum,

Maaf la kalau aku katakan, aku tak boleh tengok cerita melayu. Mungkin aku ni terlalu jugdemental kot. Tengok sikit jer tapi lepas tu banyak betul aku nak komplen. Hari ni aku asyik terbaca orang dok komplen pasal Kpop, pasal konsert hinggakan sampai satu kumpulan dakwah ni siap gelar Kpop sebagai satu cara untuk menyebarkan agama Kristian. Aku nak ketawa sebenarnya. Setakat ni tak ada lagi Kpop, atau Kdrama yang membawakan isu agama. Tak tahulah aku memang ter-miss ker apa ker, tapi serius tak jumpa lagi.

Tapi ada satu persamaan antara aku dan kumpulan dakwah tu: Tak tengok, tapi terus menghukum. Atau lebih kepada tengok sikit, hukumnya lebih.

Ok. Stop. Aku taknak cerita pasal kumpulan dakwah tu sebenarnya. Tapi aku nak cerita inspirasi. Aku sebenarnya menunggu-nunggu rancangan melayu yang mampu memberi inspirasi. Tak kisah la drama ker, rancangan hiburan ker. Ohh ada, tapi sikit sangat.

Aku taknak cakap pasal Korean Drama. Aku nak cakap pasal Jepun punya drama.

Korang kenal Takuya Kimura tak? Hehehe kalau tak kenal tak apa. Dulu dia seorang pelakon yang sangat famous. Sekarang famous la juga cuma kurang sikit sebab dah tua kan. Hasil kerja dia dulu-dulu memang dasat-dasat. Boleh kata setiap drama yang dia berlakon akan BOOOM, meletup-letup. Aku dulu memang tengok cerita yang dia lakonkan, hampir semua.

Satu beza drama Jepun dengan drama Melayu, Melayu suka fokus cintan-cintun, Jepun ni, ada, tapi biasanya drama dia, part cintan tu, sikit sungguh. Majoriti drama Jepun adalah berkisar kerjaya yang ada di sana. Setiap dramanya pasti diselitkan dengan jangan mudah putus asa. SETIAP ok. Buat drama pasal kerja part time pun boleh ada inspirasi. Orang Jepun ni, tak kira apa saja kerja yang diaorang lakukan, diaorg ni akan sangat berbangga dengan kerjanya. Walaupun kerja dia kerja buat jalan.

== dipetik dr Tumblr: Link ==

He was inspired by Kimura Takuya’s role as Sena in Long Vacation (1996) to pursue a career as a pianist. He eventually managed to study music in Germany, and he is now a piano instructor for aspiring pianists. So yesterday in the special programme “HERO THE TV”, he played the song played by Sena in Long Vacation and Hero’s main theme song in front of Kimura Takuya.

Besides him, the show invited other people who are now pursuing careers that were reprised by Kimutaku’s roles in various dramas. One became a hair stylist after watching Beautiful Life; one became a lawyer after watching Hero; one became a car racer after watching Engine; one became a pilot after watching Good Luck; and lastly one became Japan’s ice hockey team player after watching Pride.

Kimura Takuya was close to tears during this part of the programme, so am I. It’s really touching to see how he had changed the life of so many people, simply because of the roles he acted in the various dramas. I really think the power and influence a celebrity has on people can be very positive and huge, and this is like the best example that illustrates the point.

Sometimes liking a celebrity isn’t really that bad after all.

Masa aku tengok cerita-cerita tu, memang ada rasa nak jadi macam watak-watak dia pegang pon... Hehe tapi hari ni, satu pun x melekat. Wakakakkaka..

Cerita Inggeris pon banyak juga yang begitu. Aku percaya ramai belajar komputer sebab kagum tengok rancangan hacker, Steve Job bla bla bla. Nak jadi racer sebab tengok Fast n Furious, tapi gi race kat jalan awam, ok yang gi ikut benda buruk tu apasal.

Cerita melayu:

Watak Pemandu Kapal Terbang - aku tengok dia pakai Pilot uniform, tapi tiada langsung tentang kisah dia pasal Pilot tu. Cerita pasal doktor, setahu aku doktor di Malaysia sangat sibuk, tapi banyak betul masa pelakon doktor tu. Kerja pejabat, dah abis kerja, pergi melawat satu rumah ni. Aku tertanya, dia habis kerja pukul berapa, lambat betul tak malam-malam. Kerja paling banyak, CEO, duduk dalam bilik opis, marah2 orang, jd playboy. Urgghhh dimana inspirasinya.

Segala-galanya penuh dengan cinta, cinta dan cinta. Gaduh, tipu, baik, gurau, sweet, loving2.. Pendek kata inspirasi dalam drama melayu ialah, sila bercinta. Kerja tolak tepi.. Wakakaka

Selalu cerita yang punya mesej2 ni kalau nak dapat tengok pun dalam movie. Macam Mamat Khalid punya ada la sikit-sikit. Bagus la, janji ada gak. Cuba tengok cerita P.Ramlee. Berlambak mesej. Maknanya bukan Melayu ni tak boleh, boleh jer.

Kesimpulan aku: Nak tengok cerita tu, amiklah yang jernih.. Yang keruh2 ni janganlah dok sedut.. Yang buat drama atau filem, budak-budak sekarang ni suka kutip yang keruh jadi boleh tak kalau buat cerita, focus yang jernih-jernih ni supaya budak-budak rasa nak ikut. Yer la, tengok drama, yang baik ni asyik kena buli jer, yang tengok, wat apa jadi baik kalau asyik kena buli. Orang luar boleh buat, kenapa kita tak boleh buat. Tak payah la ikut barat tu, tunjuk best sangat jadi samseng. Didiklah remaja-remaja ni, jadi baik pun menyeronokkan.. Bukan budak jahat jer boleh berseronok.Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-91463138223438718312015-07-08T13:36:00.003+08:002015-07-08T13:36:40.863+08:00Majlis IFTAR - satu kemestian?Assalamualaikum.

Salam Ramadhan semua. Hari ni selepas mendengar luahan dari teman terdekat terasa la diri nak membebel seketika. Tapi orang yang perlu dibebelkan tu bukan akan baca pun apa aku tulis ni. Kalau orang tu baca, baguslah. Sedangkan orang membebel malas nak dengar, apatah lagi bacaan membebel kan.

Tak peduli, nak tulis juga. Nak keluarkan apa terbendung dalam dada ni.

Macam ni kisahnya. Biasalah bulan-bulan puasa ni, mesti ada majlis-majlis buka puasa anjuran syarikat kan, terutama syarikat milik bumiputera. Pilihlah hotel terbaik, yang pasti sajian yang disediakan nampak sedap.

Makan free, best kot. Benda seronok. Tambah-tambah plak mahal. Nak bayar sendiri jangan harap la. Cukup untuk makan seminggu tu. Kalau dihulurkan kat aku, memang kecil tapak tangan, tupperware aku bawakan. Rezeki jangan ditolak.

Abis bab aku. Takder masalah kan. Memang takder. Sekarang ni aku nak cerita part masalahnya plak.

Ceritanya bermula dengan syarikat menganjurkan majlis Iftar. "Kehadiran diwajibkan". "Tak datang kena tunjuk surat". Alamak. Benda seronok, nak raikan pekerja, jangan lah buat macam ni. Manusia ni lumrah dia, kalau dipaksa lagi taknak buat. Yang kasihannya sahabatku ni, dah lah sakit, cuti sebelum raya tidak dibenarkan, kena pula paksa ke majlis. Sakit-sakit, bagi la makanan apa pun, tak lalu punya la.

Wahai majikan, janganlah kejam sangat. Kenapa majlis Iftar jadi satu kewajipan? Jika kerana ianya telah dibayar, kenapa tidak tanya dahulu kepada staff yang ada, dapat hadir atau tidak. Sebab aku ada teman yang memang tidak sukakan buffet, kerana padanya ianya membazir, lepas tu terlepas satu malam Terawikh di surau/masjid. Kalau tulis surat tunjuk sebab >> Sebab saya nak gi Terawikh, ermm karang kata menunjuk pula. Hilang pahala. Tapi kurang satu hari, rasa rugi pula.. Bersangka baiklah.

Kenapa tidak tempah hanya untuk yang hadir sahajalah. Takut staff tak datang ker? Benda free, biasa orang suka jer. Dan orang-orang macam situasi di atas adalah 2-3 kerat. Tak ada masalah rasanya. Aku yakin kalau syarikat yang sering bertoleransi dengan pekerjanya, biasannya pekerja mahu mendengar cakap, tak perlu dipaksa. Contoh paling dekat akulah.. (haha nak puji bos la tu).

Lagipun bukan kah sepatutnya majlis Iftar tu untuk mengembirakan staff? Lainlah niat tu dah lain, contoh dah memang dalam polisi syarikat terpaksa buat majlis Iftar dengan kehadiran semua pekerja adalah wajib.

Lagi satu jangan lah kau susahkan pekerja-pekerja tu. Buat keputusan akhir waktu, perubahan jadual, hari atau tema. Dengan alasan, 'atas kehendak pegawai atasan'. Kenapa nak skema sangat? Aku perasan benda-benda ni selalu jadi di dalam syarikat yang berkerajaan. Maksud aku, mungkin separa kerajaan, kerajaan, takpun badan berkanun. Entahlah, aku tak pernah kerja dengan kerajaan, kerja dengan syarikat swasta jer, jadi masalah tu belum lagi ada dengan aku.

Kalau aku salah, minta betulkan. Aku tak cakap semua syarikat tu macam tu, sebahagian sahaja. Aku pernah berurusan sebagai pelaksana majlis. Aku faham protokol-protokol yang memerlukan kehadiran pegawai atasan dalam syarikat. Tapi kasihankanlah pekerja anda, apabila majlis yang telah ditetapkan tarikhnya, tiba-tiba bertukar tarikh hanya kerana pegawai atasan tidak lapang pada masa yang telah ditetapkan. Bukan seorang dua yang mengeluh mendengar perubahan jadual ini.

Selalunya dalam situasi ini, aku akan sediakan beberapa tarikh dan dapatkan dahulu pengesahan dari pegawai atasan jika boleh hadir atau tidak. Kemudian baru umumkan pada staff, dan pada masa sama, minta juga status kehadiran mereka. Tak salahkan aku rasa bertanya juga pada mereka, walaupun mereka sekadar staff. Mereka juga ada perancangan mereka. Jangan la paksa. Paksa membuatkan tujuan utama Iftar tu dah lari.

Don't be a Boss, be a Leader.

Syukur aku memperoleh ketua yang sangat memahami walaupun dia bukan Islam. Walaupun syarikat tiada Iftar, dia masih mencari ruang untuk berbuka puasa bersama, walaupun hanya aku seorang yang Islam disini. Pendapatku ditanya, lapangkah? Kemudian baru disebarkan kepada pekerja lain. Tak dapat hadir, too badlah, your lost.. hahahaha..

Seorang bos yang baik mampu buat pekerjanya bekerja dengan rela hati tanpa rasa terpaksa. Walaupun memaksa sesuatu benda yang baik. Rasanya dalam Islam sendiri pun ada istilah tiada paksaan.

Benda yang baik, ajaklah baik-baik. Orang pun baik-baik jer nak ikut. Selamat berpuasa. Jangan marah-marah yer.. Saya tak marah, saya bebel jer.. Wakakakkaka..

A/N: Aku tak tahu apa aku nak cakap tersampai ker tak? Ermm takperlah, janji puas dah dapat membebel..

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-87870576392596724592015-06-18T09:00:00.000+08:002015-06-18T09:00:42.466+08:00Be nice... Assalamualaikum,

Hehe update lagi hari ni. Sedangkan kerja sedang menanti. Time busy, memang idea menulis mencurah-curah cuba kalau tak busy.

Hari ni aku risau takut ditegur kerana satu kesalahan yang aku buat minggu lepas. Tapi tunggu punya tunggu, tak ada la pula. Takper dah serik dah pon. Semoga tak buat lagi.

Pagi-pagi aku dipuji lagi.. Walaupun bukan dipuji secara direct, tapi pujian tetap pujian. Berbunga-bunga rasa dalam hati. Seronok kena puji. Aku ni bukannya pegang kuasa tinggi-tinggi untuk orang puji-puji supaya suka diaorg. Mulutnya memang manis. Apapun, fikir positif, fikir baik-baik dan jangan buruk sangka.

Hanya kerana kata-kata "Emi you look nice today", dah boleh membuatkan hati rasa senang, dan memulakan hari dengan senyuman. Cewah.. Be nice to people, make people happy even with simple words, I still need to learn.

Aku pernah menonton satu rancangan dari Jepun. Ada satu kumpulan komedi (pelawak) ditanya, apa mereka buat semasa berada di ruang menunggu sebelum rancangan bermula. Mereka jawab, mereka akan bermain permainan. Permainan yang biasa kita main. 'One two Som. Ooo Som'. Apa ek nama game tu? hahahahah, anyway, diaorg ubah sedikit cara diaorg main. Sapa yang kalah, kena puji orang yang menang.

Seem simple, but hard. Sebab kalau x biasa puji orang, puas juga nak puji org. Nak puji orang, kita akan fikir apa kebaikkan orang tu, jadi, kita akan sedar ohh bagus la orang ni. Kita akan makin suka orang tu kan. Orang yang dipuji pula, walaupun malu-malu kucing, xnak tunjuk suka kena puji, tapi masih rasa seronok.

Jadi aku nak buat kempen, memaniskan mulut, maniskan senyuman. Jangan kelatkan sangat muka tu (point pada diri sendiri). Jangan memuji sebab mengharapkan sesuatu, dan kalau ada orang puji, jangan fikir bukan-bukan, bersangka baiklah. Tapi kalau permintaan hadir selepas pujian, ermm obvious sangat dah tu.

Sekarang ni mudah sangat kita berburuk sangka dengan orang, makin tajam tulisan kita di laman-laman gosip, mudah benar menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Mentang-mentang orang tu tak kenal anda.

Please be nice people. Hidup lebih indah dengan orang-orang yang indah.. Cewahhh tak pandai pilih perkataan tu.

Selamat berpuasa semua..

Ramadhan is coming. Syaitan is crying. Malaikat is Waiting. Syurga is Opening. Neraka is Closing. Alhamdulillah.... May ALLAH bless us for this coming Ramadhan.... In Shaa Allah...Marhaban Ya Ramadhan.... Happy Ramadhan to AllEimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-36028068073496703122015-06-16T15:29:00.000+08:002015-06-22T09:05:18.426+08:00Selamanya, begini selamanya... Amboi rajin plak menulis akhir-akhir. Takder keje ke Cik Kak oiiii??

A'ah.. Memang takder keje. Banyak sangat masa sampai tak tahu nak buat apa. Dok makan gaji buta jer.

Realiti, ada kerja tapi sebab nak tunggu keputusan dari bos, terpaksa tunggu sebentar. Jadi sambil releks-releks termenung tak buat apa-apa, baik aku menulis. Sebab bila aku menulis, pada masa sama aku berfikir. Aku merangka-rangka apa yang perlu aku buat.

Sebelum aku menulis (tadi), aku termenung. Merenung.. Hahahahaha.. Sebab hari-hari aku rasa hidup aku sama sahaja. Tak ada beza. Pergi keje, balik keje, hujung minggu, kalau tak lepak kat rumah, jalan-jalan abiskan duit untuk shopping. Tak ada benda lain ker nak buat? Nak buat macam mana, memang xder. Seronok jer apa yang aku buat ari-ari. Sekarang ni memang la aku dah tak baca novel, tapi bahan bacaan kat internet belambak sungguh, antara bagus dan tak bagus jer.

Kalau mood untuk menonton pula, biasa la, cari la apa-apa cerita menarik. Bukan susah pun, donwload jer. Internet kan ada.

Hidup aku dengan putaran hidup yang tak pernah berubah. Sering bertanya bila nak bosan dengan hidup macam ni. Orang kata 'xder life'. So far, aku rasa ok jer. Kalau tak ok, kenapa aku nak hidup macam ni. Hidup ni kan satu pilihan. Kalau tak suka, kita kena usaha ubah. Susah memang susah, tapi kalau tak buat, sampai sudah pun masih tertekan dengan situasi yang sama.

Sekali sekala, ada juga perubahan dalam hidup aku. Balik kampung ker, bercuti ker. Seronok. Tapi lepas tu aku macam keletihan untuk kembalikan hidup aku pada rutin asal. Jadi sebenarnya rutin harian aku ni baik ke tak untuk aku? Aku sendiri pun confuse..

Tak kisahlah. Yang pasti aku sebenarnya berada pada tahap -lega- dalam hidup. Macam mana nak cakap yer. Dulu aku pernah berada di tahap yang sungguh bawah. Hampir 2 tahun berlalu. Aku tidak berada di atas, tapi aku dah puas hati dan selesa dengan keadaan aku sekarang. Nak ubah lagi ker? Tengok la. Biar aku nikmati hidup tanpa kerisauan ini sebentar lagi. Dan di samping mencari lubang-lubang di mana aku boleh berbakti pada masyarakat.

Dan pada teman-teman yang merasakan diri di bawah, kalau nak ubah cara hidup, then laksanakan apa yang dikata. Jangan cakap jer. Bukan aku tak sanggup lagi dengar korang complain, tau tu satu cara nak luahkan perasaan. Tapi cubalah langkah kerisauan korang tu. Buat sesuatu yang lain sikit daripada apa yang korang buat (sebab tak berjaya kan, tukar la).

Mudah cakap daripada melakukan. Betul. Tapi aku pernah buat, dan aku berjaya lepas. Mungkin korang rasa aku bernasib baik. Tapi kalau aku tak redah jer, agak-agak boleh ker aku duduk di tempat aku sekarang (cakap macam dah berjaya jer).

Jadi rancang (sediakan pelan B jika plan A x berjaya), usaha (laksanakan), doa dan Tawakkal.. Minta la Ibu dan Ayah doakan sekali. Kalau ada sanak saudara gi Mekah, minta juga. Yang penting, mulakan langkah pertama.

a/n: Aku punya plan B kalau tak berjaya cari kerja baru:

1) Amik jer keje apa yang ada (janji basic komitmen lepas.

2) Meniaga laksa.Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-31933254658966311242015-06-15T14:57:00.000+08:002015-06-15T15:20:06.344+08:00Mengatasi diri sendiri...Ilmu tu dimana-mana ada. Aku sentiasa dahagakan ilmu, tapi kadang-kadang sedih, adakah ilmu yang kucari ini tidak bermanfaat.

Aku selalu kata aku tak ada cita-cita.. Tapi bila fikir balik, rupanya aku ni banyak sangat cita-cita, sampai tak tahu macam mana nak mula.

Ada masa rasa dah terlambat untuk bermula. Tapi selagi masih bernyawa, tiada istilah terlambat. Berjaya atau tidak belakang kira.

Aku mahu kembara, aku mahu lihat dunia. Tapi aku sekadar wanita. Itu alasan aku, sedangkan ramai wanita-wanita di luar sana yang seperti aku, tapi telah jauh merantau. Terkedu aku membaca satu kata-katanya:

Tahukah kita?

Terlalu banyak kerisauan takkan membawa kita ke mana-mana walau ke bilik air sekalipun.

Risau tak dapat nasi.

Risau susah cari makanan halal.

Risau toilet tak ada air.

Risau tak ada tempat dan telekung proper untuk solat.

Risau tak ada WiFi.

Risau naik kapal terbang.

Risau tak faham bahasa orang.

Risau sesat.

Risau tak cukup duit.

Risau cuaca.

Risau bencana alam.

Risau tinggal anak.

Risau pencopet.

Risau scammer.

Risau nampak gemuk dalam gambar.

Tanya diri sendiri, sampai umur berapa nak benarkan RISAU jadi tuan?

"Kalau kita setakat cakap cakap cakap nak travel, tapi kita tak buat apa-apa persediaan pun, bermakna kita memang setakat cakap saja. Bukan 100% nak pun."

Malah aku pernah hampir marah kepada seorang kenalanku, tentang kerisauan dirinya. Ok citer lain, tapi tiang dia sama. Takut. Nak saja aku katakan padanya, selagi tak langkah perasaan takut tu, selagi tu hidup tak berubah.

Tapi aku sendiri lupa, aku juga begitu dalam dunia nak mengembara ni. Ada takut, ada risau.. Ok list2 di atas tu tak la 100% kena kat aku, tapi aku sendiri masih ada kerisauan aku.. Risau, sapa nak teman aku. Takkan nak redah benda tu suma sorang-sorang jer..

Checklist Impian:

1) Kembara luar negara.. Tak ada kawan nak teman. Plan lama sungguh, asyik x berjaya jer.

2) Sertai program-program membantu.. So far masih mencari info, kalau sesiapa ada info, tolong share please..

##akuInginBerubah

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-81586298188067199792015-05-20T10:10:00.000+08:002015-06-14T19:37:56.704+08:00Belajar bahasa Jepun tu buang masa ker?Assalamualaikum,

Lama sudah tidak mengomel. Rindu ingin mengomel.

Aku kini mengambil semula kelas yang suatu ketika dahulu aku tinggalkan. Sedikit terkilan bila tiba-tiba ada suara sumbang memerli. Walaupun bukan secara terus, tapi hati tetap terusik. Salahkan aku kerana aku belajar? Ya aku tahu, pembelajaran ku ini bagaikan tiada guna. Ya aku tahu, apa aku belajar ni sekadar membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Ya tiada sebab untuk aku belajar Bahasa Jepun. Tidak membantu apa-apa, tiada manfaat apa-apa.

Tapi tujuan aku belajar bahasa Jepun bukan kerana itu semua. Aku belajar kerana aku ingin tahu. Apakah sukar mempelajari satu bahasa baru. Aku bukan muda lagi. Aku sebenarnya sedang mengejar cita-cita serta impian kecilku.

Aku tidak seperti orang lain. Impian tinggi melangit. Impianku kecil, tapi impian ini datang sejak aku kecil. Impian ini telah ku ada sejak lama. Tapi aku tidak seperti orang lain, seorang penakut, takut untuk susahkan ibu ayah dengan impian tambahan yang pada pandangan orang ramai, tiada guna ilmuku ini. Dan ketika usia mencecah 3 dekat, dengan kudratku sendiri, ku cuba penuhi impian kecilku.

Aku masih punya beberapa impian kecil yang masih belum tertunai. Alhamdulillah, beberapa impian kecil lain telah tertunai. Walaupun lambat sebenarnya. Tapi tidak ku kisah. Biar lambat, janji tertunai. Biar orang tidak faham, janji hati ku puas.

Kenapa aku belajar bahasa Jepun:

1) Aku suka.

2) Aku nak asah kepala otak agar tidak tumpul. Salah satu senaman untuk otak.

3) Aku suka belajar sesuatu yang baru tanpa perlu risau aku perlu lulus dengan cemerlang atau tidak. Tanpa perlu risau harapan orang lain.

4) Aku hanya perlukan ilmu baru.

5) Memenuhi impianku supaya ingin tahu.

6) Aku boleh menaip sesuatu tanpa risau ada orang faham atau tidak apa aku tulis. wakakakakaka.

7) Ada masa kita perlu belajar tentang orang lain. Supaya kita boleh belajar menjadi lebih baik dari mereka.

Impian lain yang masih belum tercapai:

1) Menjejak kaki ke Jepun.

2) Tebus semua barang kemas mak.

3) Mengambil gambar terbaik. (Dalam usaha)

4) Selesaikan semua hutang piutang.

Pedulikan apa orang kata. Aku tak mahu jadi hamba wang. Ya memang seronok memiliki banyak harta. Tapi.... harta datang bersama sakit kepala.. HahahahahaEimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-17664196755732146432015-01-14T12:09:00.000+08:002015-01-14T12:09:23.166+08:00Jom uji personaliti anda..Personality Test..

Aii nampak sangat aku tengah bosan tahap gaban. Banyak keje payah, takder keje pon payah gak. Tadi tengok video ada personaliti test. Lama tak buat, seronok gak.. Meh sama-sama uji meh..

Situasi.

Anda pergi bercuti ke Afrika. Tapi sebelum sampai ke destinasi yang dituju, anda telah kehabisan wang. Oh tidak macam mana ni? Sudahlah anda berada di tempat orang. Anda dah terdesak, jadi terpaksa jualkan barang yang anda ada. Jadi antara 5 barang tersebut, susun ikut turutan yang mana akan dijual dahulu.

1) Jam Tangan

2) Telefon Bimbit

3) Selimut (Blanket)

4) Buku Nota

5) Air

Susun dahulu, jangan tengok jawapan lagi. Nak tau jawapan scroll ke bawah..

Setiap barangan mempunyai pengertian tersendiri. Ini bermakna, ada beberapa perkara dalam hidup anda, anda rela melepaskannya apabila keadaan mendesak. Barangan kelima merupakan perkara paling penting untuk anda.

1) Jam Tangan - Kerjaya

2) Telefon Bimbit - Hubungan / persahabatan

3) Selimut (Blanket) - Keluarga

4) Buku Nota - nilai diri (ego), (Pride)

5) Air - Percintaan.

Macam mana dengan hasil pilihan korang. Kalau aku, benda pertama aku jual adalah buku nota dan paling akhir adalah Telefon bimbit. Memang kena la, sebab aku bukan kisah sangat dengan pride aku. Aku rela mengaku bersalah jika ianya benar aku yang salah. Hubungan dan persahabatan pula, aku bukan seorang yang ramai kawan. Okay, kawan ramai, sahabat tidak. Tapi sekali korang dah masuk dalam kategori sahabat aku, makanya, ku berdoa, kekal sampai mati. Amin..

Hehehehehe.

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-77044988474676383602015-01-13T15:49:00.000+08:002015-01-13T15:49:39.616+08:00Peluk dan Kpop.. Assalamualaikum,

Minggu ni, penuh status dalam FB komen pasal isu kpop dan peluk-peluk tu.

Geram. Rasa nak komen gak walaupun ramai yang dah komen. Masa buka FB tu, aii geramnya, macam menyesal buka FB pon ada gak. Nak tutup, mata dah terbaca, nak lupa, pergi mana-mana isu yang sama.

Aku tak tahu kenapa aku geram. Budak-budak tu salah, betul memang salah. Tapi bila aku letakkan diri aku kat tempat mereka, jumpa idola kegemaran aku, aku rasa risau kalau-kalu aku pon akan buat benda yang sama. Sedangkan aku sudah berusia 30'an. Sentiasa menjaga pergaulanku. Aku tak suka berdua-duaan. Kalau perlu berdua, aku duduk jauh-jauh. Ada batas yang aku sendiri letak.

Tapi kalau tiba-tiba, kau campak Nino kat depan aku, agak-agak apa aku nak buat.. Aku nak pegang tangan dia, aku nak jerit-jerit "Nino, Nino". Peluk entahlah. Hampir kot.. keh keh keh.. Aku tak tahu, sebab aku belum alami keadaan tu. Berdebar aku memikirkan jika aku berada di tempat mereka, apakah aku akan menolak untuk dipeluk atau dicium di dahi oleh artis yang dipuja. Tak cukup iman lagi rasanya aku. Korang ingat nafsu ni senang ker nak kawal.

Mungkin ini agaknya yang buat aku lemas dengan isu ni. Kasihan adik-adik tu. Sekarang ni semua orang terus menerus menunding jari, mencari siapa salah. Yang paling teruk terkena, adik-adik ni lah, dan lebih kasihan, ibu bapa mereka.

Kadang-kadang aku rasa tak adil plak. Cuba tengok drama kita. Banyak jer aksi peluk-peluk, cium dahi la, konon dah bernikah.. Dan penonton dok 'awwww, sweetnyer..' Yang perempuan bertudung, pegang watak plak baik, sopan, bla bla.. Tapi realiti, mereka tetap bukan muhrim, berlakon kahwin, tapi bukan kahwin betul-betul.

Untuk adik yang gambar tersebar tu, tak apalah dik. Jadikan ini satu pengajaran. Ilmu yang berharga, sebab mesti adik takkan lupa dah selepas ni. Yang memberi komen, jangan terus menerus menghukum mereka. Adik perlu bersyukur sebab Allah s.w.t sayang adik. Jadi dia timbulkan dugaan ini, untuk adik terus beringat dan mengingatkan orang lain. Kita umat Islam, jika pakaian dah melambangkan agama kita, biarlah perlakuan kita pun melambangkan agama kita. Adik kena ingat, umat Islam sedang diduga sekarang ni. Umat Islam dicop dengan berbagai nama. Sedih bila baca komen-komen tak bertamadun yang menyalahkan umat Islam atas kesalahan sebahagian kecil manusia yang mengaku dirinya sebagai muslim. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika dikutuk atau diperli oleh orang-orang yang perasan hensem, yang cemburu sebab diaorang tu hitam, biarlah. Lepas sebulan lupalah mereka.

Entahlah.. Itu pendapat aku jer.. Aku ni ilmu rendah jer.. Ini apa aku fikirkan.. Yes dah dapat luahkan, lega sikit..

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-27971320006647984982014-02-17T10:08:00.000+08:002014-02-17T10:08:31.368+08:00Tips mencari arah hidup / How to Find Direction in your LifeTips mencari arah hidup / How to Find Direction in your Life

1. Journal atau diari yang mencatat segala pemikiran, perasaaan dan ide. Lihat corak pemikiran anda, kekonsistentasi idea dan bagaimana ia mambangun. (Okay aku tak tahu macam mana nak translate ni).

1. Keep a journal where you record all your different thoughts, feelings and ideas. Look for patterns and consistency – ideas that grab you and get stronger over time.

2. Cuba benda baru, hobi baru, minat baru. Ada yang akan melekat dan ada yang akan hilang. Takder la bosan sangat hidup ni asyik dengan benda yang sama jer.

2. Explore new passions, interests and hobbies. Some of those will stick and intensify; others will slowly fade and disappear.

3. Keluar dari ruang selamat anda, bina rutin baru dari rutin lama. Okay benda ni sebenarnya susah, sebab memang aku pernah cuba. Tapi ianya bagus dalam membawa ke haluan baru, lebih kreatif dan masa tu la idea-idea baru muncul.

3. Step outside your comfort zone and try and break with your old routine. That will lead you in different directions, release creative thoughts, and spark some fresh ideas.

4. Bercakap dari pelbagai perspective, dengar pendapat dan pandangan mereka. Jangan degil sangat dalam kata kita saja yang betul.

4. Talk to people to get different perspectives, and listen to their feedback, and points of view.

5. Percaya dengan gerak hati dalam membina kretiviti diri. Agaknya sebab tu la ramai orang seni ni sensitif kot.

5. Have the self-confidence to listen to your heart, and work of developing your creativity.

6. Tengok semula tujuan anda - berapa banyak ianya mempengaruhi hidup anda, tanya diri sendiri, adakah anada bermotivasi, bertenaga dan berinsipirasi.

6. Review your current goals – and how much they mean to you. Ask yourself: Do you still feel motivated, energised and inspired?

7. Berkawan dengan mereka-meraka yang sememangnya optimistik, berfikir positif, tegas, dan sentiasa menginginkan yang terbaik dalam hidup anda. Ianya boleh membantu meluaskan network kenalan dan membantu dalam pendedahan pelbagai aspek dalam diri.

7. Surround yourself with people who are optimistic, positive, affirming, and who want the best for you. Also, it may help to widen your circle of friends as that helps to uncover different aspects of yourself.

A/n: Apa aku tuliskan di sini adalah lebih kepada nota untuk diri aku sendiri. Aku bukan pakar motivasi atau kaitan dengannya, tapi aku suka memotivasikan diri aku. Kadang kala aku rasa hidup aku terlalu biasa, dan teringin nak pecahkan kepompong hidup aku. Jadi jika ada yang merasakan sebagaimana aku, mungkin ini dapat membantu.. Talk to me? PM me or anything, love to find new friend who have same opinion or discuss something like this. I want to talk something serius but maybe not too serius, but please no flirting.

diemie84@gmail.com (email, hangout) tapi make sure la kenalkan diri dan kenapa korang PM aku. Dunia internet bukan dunia selamat..

Salam,

Emi OmarEimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-15726864182867231882014-02-11T09:48:00.003+08:002014-02-11T09:48:59.898+08:0015 Pengajaran Hidup / 15 Important Life Lessons1. Jangan la serius sangat kalau dah terbuat salah tu. Cuba ketawa kepada kesalahan anda tu (yang memalukan). Hehe

1. Don’t take yourself too seriously. Learn to laugh at your mistakes.

2. Hidup ni pendek jer. Tak payah bazirkan pada penyesalan tak berpenghujung atau dendam.

2. Life is too short it to waste it on resentments, bitterness or grudges you’re holding against others.

3. Tak semestikan kena menang kalau setiap kali bergaduh. Kadang kala ok per setuju untuk tidak setuju. (Ada orang kata, kadang kala kemenangan itu boleh diperoleh dengan mengalah).

3. You don’t have to win every argument and fight. Sometimes it’s OK to just agree to disagree.

4. Terima masa lalu anda. Lepaskan dan maju ke hadapan.

4. Make peace with your past - then let it go, and move on.

5. Kejar apa yang boleh membawa kepada kebahagiaan anda.

5. Choose to go after what brings you happiness.

6. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Mereka sentiasa cuba tunjukkankan hidup mereka lebih gembira dari orang lain. Yup betul, ini bermaksud yang sedang membaca juga...

6. Don’t compare yourself to others.

7. Tak payah la fikir apa orang lain fikir pasal anda. Hidup ni hidup anda, jadi siri sendiri and enjoy....

7. It doesn’t really matter what others think about you – just live your own life and be true to who you are.

8. Hidup tak pernah adil, tapi kadang kala kan banyak juga benda baik berlaku.. Fikir positif la..

8. Life isn’t always fair – but sometimes good things happen, too!

9. Jangan ikutkan perasaan, terus melangkah ke depan.

9. Ignore your feelings – and keep taking the next step.

10. Tanya diri sendiri apa yang anda benar-benar inginkan.

10. Ask for what you want.

11. Jangan la nak merana sorang-sorang. Tak apa minta bantuan dari orang lain.

11. Don’t suffer in silence – reach out for support.

12. Segalanya berubah.

12. Everything changes.

13. Kena rajin mencuba sesuatu yang baru.

13. Be willing to experiment and try something new.

14. Yang paling penting, mencintai dan dicintai.

14. The most important thing is to love and be loved.

15. Kena percaya, apa yang terbaik pasti akan datang.

15. Believe that the best is yet to come.

a/n: Cuba letak versi inggeris and malay sekali.. Nampak lain sungguh ayatnya.. Hahaha..

Sumber: TumblrEimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-36555413878982383162014-02-01T10:35:00.002+08:002014-02-01T10:35:50.337+08:00Terapi diri: Panduan hidup untuk lebih keyakinan dan bahagia..

1) Tumpukan perhatian kepada apa yang menganggu fikiran korang - sebab kadang kala ianya cuba memberitahu sesuatu yang penting tentang diri korang.

2) Jangan asyik fikir negatif jer. Usaha untuk hidup ke arah kehidupan yang lebih bahagia. Kalau ada yang tak happy tu, then cuba tukar. Tak boleh tukar keadaan, ubah cara fikiran.

3) Jangan ubah personaliti diri korang. Korang adalah unik dan berharga. Jadi diri sendiri la.

4) Perhatikan perubahan fizikal anda. Kesakitan atau perubahan yang tidak diingini. Puncanya mungkin dari tekanan hidup dan ketidakbahagiaan.

5) Cuba lihat ke mana otak korang melayang. Masa tiba-tiba terberangan la tu. Biasanya ini memberi klu kepada korang apa sebenarnya korang inginkan, impikan dan harapkan..

6) Jangan takut nak mengaku apa yang korang takutkan. Hadapi ketakutan tu daripada membiarkan ia terus membelenggu dan menghalang korang dari hidup dengan cara apa yang korang inginkan. Cuba tanya diri sendiri, "Apa akan aku buat jika aku tidak takut?"

7) Daripada cemburu dengan hidup orang lain, baik fikir balik apa sebenarnya yang kurang dalam hidup korang. Isi ruang tu. Biasalah, rumput di sebelah pagar sentiasa nampak lebih hijau daripada di rumah kita sendiri..

A/N: Susah betul translate benda ni dari bahasa Inggeris. Walaupun faham perngertian ayat, tapi aku tak boleh nak beri maksud sebijik2 dari asal, sebab maksud mungkin jadi berbeza. Jadi aku cuba beri penerangan dalam bentuk aku faham. This things is too good to not share it.. Atau aku patut share terus guna ayat asal?

Sumber: Tumblr

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-79625634923636418272013-11-22T22:35:00.001+08:002013-11-22T22:35:13.566+08:00Beberapa hal kecil dalam hidup....Setelah sekian lama, aku rasa aku asyik nak tulis pasal stress jer. Setiap tulisan terasa sedih jer. Banyak aku tulis tapi aku tak poskan semua. Hanya kerana stress. Kemudian aku buat satu keputusan drastik, yang berisiko, tak tahu apa akan jadi akan datang. Tapi, yang paling penting, aku dapat hidup aku semula.

Badai berlalu, terdampar di pulau kecil. Masalah belum selesai, tapi aku masih hidup. Setiap satu menjadi sesuatu yang beerti.

1) Bila makanan yang kumakan berjaya kuhabiskan.

2) Gembira bangun pagi dan melalui hari tersebut.

3) Senyuman sebenar

4) Hidup ini indah

5) Aku rasa lebih cergas, sihat, bertenaga

6) Segalanya terasa beerti....

7) Kenal erti enjoy sebenar.. hahahaha

Okay, aku hanya nak cakap aku sangat gembira sekarang. Setelah melalui satu fasa krisis dalam hidup. Wow macam berat sangat dugaan aku. Tapi mungkin kerana sekecil perkara buat aku bahagia, dan mungkin dengan sekecil benda juga buat aku sengsara... aku nak jadi orang berguna..

Alhamdullilah.. Sekarang masa untuk berubah. Masih dalam bulan hijrah kan. Semoga aku menemui jalan aku sendiri yang lebih beerti.Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-78828740280711502722013-10-11T10:56:00.000+08:002013-10-11T10:56:07.258+08:00Kalaulah hidup ni lebih mudah...Kalaulah hidup ni lebih mudah...

Hidup tanpa masalah, tu bukan hidup namanya. Kadang mudah kita komen tentang hidup orang lain, tapi sedarlah, bahu yang memikul itu lebih tahu.

Manusia sering menggambarkan hidup ini ibarat roda. Kadang berada di atas, dan kadang berada di bawah. Dan aku kini berada dibahagian paling bawah. Terseksa rasanya. Hari-hari berat rasanya nak meneruskan hidup aku. Nafsu makan menghilang. Stress sehingga asyik sakit-sakit. Aku yang kurus semakin kurus.

Setiap kali berdoa, aku selalu bermohon agar dikuatkan diriku ini, agar aku dapat berubah, meninggalkan kelemahan diri. Sedar tak sedar, sebenarnya Allah swt dah kabulkan permintaan aku. Maka diberikan dugaan ini. Aku sepatutnya kuat, aku patut berusaha. Tapi hari ni, aku mula merasakan. Cukuplah. Mungkin ini bukan tempat untukku.

Aku mahu gembira. Aku mahu tersenyum. Dah berapa lama aku tak dapat tersenyum. Dan aku rasa sekali lagi aku perlu memperjudikan nasib aku di luar sana. Mungkin ianya tidak sebaik sebagaimana di sini. Tapi aku juga tidak tahu jika ianya lebih menggembirakan di sana. Siapa tahu apa yang Allah telah tuliskan untuk aku?

Hari ini aku buat keputusan untuk give up. Kelakar kerana dengan tiba-tiba aku mampu bernafas. Perasaan sesak yang melanda jiwa, tiba-tiba hilang begitu saja. Perjalananku masih jauh.

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-35348279903565510582013-09-14T23:33:00.000+08:002013-09-14T23:33:01.054+08:00Apa nak dikata?Assalammualaikum,

Biasanya bila baca blog seseorang, tergedik-gedik hati aku nak update gak.

Masalahnya, kadang aku tak ada apa cerita nak diupdate pun. Ada, tapi kurang rajin untuk menaip.
Kini hidup aku kurang positif dan aku tak mahu menaip sesuatu yang negatif.. Hari-hari mencari kata-kata motivasi untuk terus memotivasikan diri sendiri..

Bila berfikir tentang logik dunia memang memeningkan....

Selagi anda tidak berputus asa. Cuba lagi..

The most magical things in the world is TIME...

Pengertian sebenar sebuah kesabaran....

Tapi biarlah berpada-pada.. Kadang kena tengok juga diri sendiri... Sekali kita menunding ke arah seseorang, 4 jari menunding ke arah diri sendiri..

Orang buat jahat kat kita, tak bermakna kita perlu jahat juga...

Beberapa nasihat berguna untuk dikongsi bersama...
Peace no war..

Hidup ini adalah satu pilihan. Pilihan bagaimana kita melihatnya..

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-51655752842598931472013-07-19T08:37:00.000+08:002013-07-19T08:37:37.972+08:00Friday's random story..Mulakan hari dengan senyuman..

Haha, sebenarnya minggu ni agak muram bagi aku. Seksa sebab tak banyak bercakap dan tak lalu makan. Tapi aneh, hari ni tiba-tiba aku sangat bersemangat dan ceria. Sebab, pagi-pagi, aku baca kisah menarik di tumblr sampai hampir terlambat nak ke pejabat.

Aku suka blog, tapi aku suka lagi tumblr. Sebab di tumblr ada banyak kisah menarik, yang unik, dan paling penting, pendek jer nak baca. Hahaha.. Dalam satu minit, aku dapat 3 cerita. Menarik kan.. Meh aku share sekali. (Ok aku malas nak translate, so aku memang letak sebijik dengan apa aku jumpa)

1) Kisah whale yang kesepian..

The Loneliest Whale in the World.

In 2004, The New York Times wrote an article about the loneliest whale in the world. Scientists have been tracking her since 1992 and they discovered the problem:

She isn’t like any other baleen whale. Unlike all other whales, she doesn’t have friends. She doesn’t have a family. She doesn’t belong to any tribe, pack or gang. She doesn’t have a lover. She never had one. Her songs come in groups of two to six calls, lasting for five to six seconds each. But her voice is unlike any other baleen whale. It is unique—while the rest of her kind communicate between 12 and 25hz, she sings at 52hz. You see, that’s precisely the problem. No other whales can hear her. Every one of her desperate calls to communicate remains unanswered. Each cry ignored. And, with every lonely song, she becomes sadder and more frustrated, her notes going deeper in despair as the years go by.

Just imagine that massive mammal, floating alone and singing—too big to connect with any of the beings it passes, feeling paradoxically small in the vast stretches of empty, open ocean.

Note: Sedih tol. Kesian ikan paus ni. Aku yang baru seminggu tak dapat bercakap ni pun dah rasa terseksa dah.. Ni seumur hidup. Kasihan bila panggilan tak didengari..

2) Panda yang naik kapal terbang...

This is a real panda!

China has this “panda diplomacy” and this one will be sent to Japan as an friendship envoy. For the safety reason he sits as a passenger with his feeder, not in a cage. Fastening the seat belt, wearing a diaper, eating bamboos..

Note: Woahhhh comei jer.. Boleh ker panda tu duduk diam-diam jer kat situ?

3) Ok, ni bukan cerita la, Tapi sekadar imej.

Hehe, simple things can make me smile..

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-58622539244660687582013-07-11T08:09:00.001+08:002013-07-11T08:09:37.519+08:00Ianya aku..

Dalam berkawan, kita selalu mencari seseorang yang mempunyai minat dan perangai yang sama dengan kita, dan selalunya memang akan cepat mesra. Kata-kata, "Betul, betul, betul, saya pun macam tu juga" adalah satu ayat yang ajaib, yang boleh buat dua insan tak mengenali menjadi rapat tiba-tiba.

Dan hari ini aku terbaca sesuatu yang menggambarkan diri aku yang selama ini entah sulit untuk digambarkan.

“Anyway, about your question the other day, I want you to know some little-known facts about me first. I like being alone. A lot of people do not understand that. I like to be alone but I also like to be with people. I am just scared of asking them to join me to do something or go somewhere. I am afraid of rejection. I’m not a snob. I just don’t know how to approach people. I am not good with starting conversations, or even continuing them for that matter. I am moody sometimes. I tend to blame other people for my misfortunes. I am selfish. I’d rather hurt someone else than be the one who gets hurt. I am not good with showing affection, especially in public. I don’t know how to take care of people. I....

Ok kecuali part "I tend to blame other people for my misfortunes" tu bukan aku.. hahahaha

Cemburu melihat orang-orang yang mudah berkawan. Tapi aku ni, rasanya bukan tak pandai berkawan, tapi malas berkawan.. hahahaha..

Yer aku mungkin tak banyak kawan, tapi aku percaya kawan-kawan aku adalah yang terbaik.. (Nija Nija, bangga tak?)

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-68540619294741169052013-07-05T13:57:00.003+08:002013-07-05T13:57:38.116+08:00How we learn to walk..

Source: Tumblr

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-41836046091437524092013-06-28T17:08:00.001+08:002013-06-28T17:08:49.465+08:00Impian..Assalamualaikum,

Hai korang.. Aku rasa blog aku ni banyak betul cerita pasal impian. Setiap orang mesti ada impian, tapi sama ada rasa impian tu boleh dijadikan realiti atau tidak, tu belakang cerita.

Aku jumpa quote ni. Buat aku terfikir, apa impian aku. Dulu aku macam tak ada impian. Jadi perasaan mengejar impian tu aku tak pernah buat. Cemburu kawan-kawan dapat kerja bergaji besar, aku tak usaha cari kerja lebih baik. Cemburu kawan dah berkeluarga dan beranak-pinak, aku, ermm masih terkial-kial dalam bab berkawan. Ada kelas mengajar macam mana nak bersosial tak?

Salah satu cara untuk hidup gembira adalah hentikan dari membandingkan hidup anda dengan orang lain. Sebab tu ada kajian mengatakan facebook boleh jadi punca stress.. Jadi, kena STOP banding-banding dengan orang lain.

Impian aku sekarang, kumpul ilmu banyak-banyak tak kisah ilmu apa pun. Berjalan-jalan lihat tempat orang, alami segala apa yang boleh dinikmati dan selagi boleh menikmati, aku nak cuba banyak benda. Aku nak rasa macam-macam jenis makanan. Mahal, murah. Sebab kita tak tahu, esok apakah kita masih boleh buat itu semua.

Jadual hujung minggu penuh hingga waktu raya.. Pehh dasat betul aku ni.. Minggu ni kita gembirakan keluarga. Minggu depan kita gembirakan kawan-kawan.

Sesungguhnya demi masa, manusia itu dalam kerugian..

Jadi impian aku buat masa ni, adalah nak nikmati setiap masa yang aku ada, walaupun tengah buat benda yang paling aku tak suka iaitu mengemas.. hahahhaha..

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-23995421136305574682013-06-19T08:35:00.000+08:002013-06-19T08:35:00.290+08:0029 cara untuk kreatif..

Aku suka infografik.. Cara nak memahami sesuatu fakta dengan lebih seronok.. Kalaulah buku text sejarah boleh buat macam ni, memang ramai boleh skor punya la..

** Kunci paling penting: Finish something... ermmm

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-52014483790383119032013-06-18T16:25:00.000+08:002013-06-18T16:25:11.616+08:00Jiwa budak loner..Kita akan terasa dekat dengan seseorang bila kita ada persamaan dengan orang tu.. Haha serius betul..

Lepas tu aku jumpa benda ni kat tumblr..

Tengok, tengok apa yang aku maksudkan.. Ada juga orang macam aku.. Nak ada banyakkkkk kawan, tapi bila keluar,,, urghhh manusiaaaa... nak balikkkk... hahahhhahaha

Okay aku bukan seteruk tu la...

Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7248788059345798037.post-83356892683211159162013-06-17T14:27:00.001+08:002013-06-17T14:27:32.532+08:00Jiwa kacau... Okay, minggu ni memang mood aku tengah gila. Kalau lelaki baca, komen diaorang senang jer, 'perempuan'. Aku rasa betul kot. Memang serius aneh mood aku minggu ni. Semalam, aku rasa nak marah-marah jer, benda kecil, geramnya banyak.. Hari ni emo plak.. Alaaa ada kena mengena dengan suasana sekeliling la juga.

Hari ni aku rasa hidup aku mengecewakan. Sedihnya. Mungkin sebab lepas dengar cerita kawan-kawan yang bahagia atau lebih berjaya dari hidup aku. Ok, aku akui, aku cemburu. Tapi bila fikir balik, kenapa aku nak cemburu, aku sendiri yang nak hidup macam ni. Taknak kejar kemewahan, bla bla.. Eleh alasan untuk tidak berusaha, jadi jangan komplen gaji sikit.

Dah seminggu umur aku bertambah. Lagi setahun, aku akan menghadapi abad baru dalam hidup aku. Hampir semua kawan-kawan aku dah kawen, anak-anak dah besar, ada yang ada dua tiga anak lagi tu. Cemburu, yer aku cemburu.

Keluarga tak abis-abis bertanya. Tak ada kawan ker. Yer memang tak ada. Aku susah nak berkawan. Sapa la boleh sabar dengan aku ni. Sentiasa kekok. Kena kenal setahun, baru boleh rapat. Betul, aku sangat-sangat susah nak dapat kawan baru. Selalu seorang, a loner. Sedihnya. Baru-baru kali pertama aku kuatkan semangat, cuba untuk berkawan, ermm penat sangat. Macam tiba-tiba ada tanggungjawab baru. Tanggungjawab, kena jawab mesej, kena jawab call, dan lepas tu, dah taip panjang-panjang, mesej tak send pun.. Arghhh nak kena ganti telefon baru ker, mana nak cekau duit ni.. Bateri abis, cas cepat penuh, x guna pon, bateri dah low.. Kenapa orang suka bercinta ek?? Tak paham, tak paham..

Teringat aku ada seorang artis kat Jepun, perempuan, lawa orangnya, ala dah artis kan. Dia cakap, dia tak suka kalau bercinta, nak kena mesej selalu. Tak call sampai seminggu, atau hubungan jarak jauh, tak kisah. Sehari sekali jer mesej, tu pun pendek2, direct to the point.. Woahh aku fikir, ada lelaki boleh tahan ker? At lease dia lawa. Then, kena kat aku, o'oooo hehe aku pun sama. Fikir balik, aiii kalau terus macam ni, tak kawen-kawen la aku..

Aku akui apa yang aku tulis ni, aku patut simpan sorang-sorang jer. Tapi aku nak seseorang baca, sebab mustahil aku akan cakap benda ni kat dia. Hello, takkan aku nak cakap, aku ni jenis si pelik yang suka buat hal sendiri, tak reti bergaul, bla bla bla.. walaupun memang betul pun.

Umur aku dah banyak. Macam dah tak sesuai nak kejar cinta idaman. Sebab pada aku, aku taknak bercinta macam budak-budak sekolah, kena selalu gi dating ker aper, aku percaya kepada cinta selepas kahwin. Adakah tak relevant di zaman ni? Tapi kalau tak kenal, macam mana nak tahu sesuai atau tak. Baru dua minggu dah tak tahan, apatah lagi seumur hidup.

Then aku teringat dulu-dulu, aku nak seorang kawan baik menjadi teman hidupku. Sebab dengan teman baik, boleh buat kerja gila-gila. Dengan kawan baik, tak payah polite-polite nak jaga hati sangat, panggil mangkuk pun apa dia kisah. Sebab keluarga aku begitu. Aku dengan adik aku umpama, anjing dan kucing, tak pernah cakap baik-baik, gaduh tu selalu, tapi aku tahu, aku sayang dia, dia sayang aku.

Ada yang pernah kata, pemikiran aku macam lelaki. Sebab lelaki yang tak suka affection (dlm bahasa melayu sebut apa yer) ni. Tak suka kepit-kepit. Aku tak suka windows shopping.. Tapi at lease aku tak seteruk dulu la. Dulu aku sentiasa ber-sport shoes, tapi kini sekali sekala, aku pakai la juga kasut bertumit tinggi. Dan berjinak-jinak dengan pakaian comel2. Dulu apa aku kisah.. Selekeh jer..

Aku yang punya banyak topeng. Aku boleh banyak cakap, cakap tak berhenti, tapi aku juga boleh jadi pendiam, sebab tak tahu nak cakap apa. Aku suka bersendiri, dan kadang aku suka juga pada keriuhan. Aku suka duduk di rumah dan aku juga suka keluar ke tempat-tempat baru, mencuba sesuatu yang baru.

Hanya satu tidak, aku tak suka mengulang benda yang sama. Aku mudah bosan. Boleh ulang, tapi biarlah jarak masanya ada.

Aku yang kadang-kala suka menunjukkan betapa dewasanya aku, tapi ada ketika aku masih menjadi seperti anak-anak kecil. Aku tak pernah kisah apa orang kata, tapi kalau dah kena kata tu, sedih la pulak. Aku sukakan sesuatu yang kelakar, tapi sekali sekala nak juga menangis sedih. Cuci mata la, air mata kan pencuci semula jadi.. hahahaha.. Aku tak suka sesuatu yang menakutkan, kadang sengaja nak takutkan diri, tapi ermm tak takut mana pun.. Sebut pasal takut, tahun ni banyak ketakutan aku dah berhasil ku atasi. Jadi ketakutan hanya sekadar imaginasi. Cuba dulu baru tahu takut ke tidak.. Aku dah berjaya pegang ular, sedangkan ular tu dulu haiwan yang paling aku takut..

Macam lagu.. Aku suka rock dan klasik. Aku suka pop dan sentimental. Aku layan hindustan dan layan punk-rock.. Heavy metal, okay.. Mozard, pun okay..

Hidup aku penuh dengan kontra.

Aneh ker hidup aku ni? Aku sendiri tak faham diri aku, tapi agak-agak ada ker yang faham dengan aku ni..Eimiehttp://www.blogger.com/profile/11821900218019507409noreply@blogger.com0