Amboi rajin plak menulis akhir-akhir. Takder keje ke Cik Kak oiiii??
A'ah.. Memang takder keje. Banyak sangat masa sampai tak tahu nak buat apa. Dok makan gaji buta jer.
Realiti, ada kerja tapi sebab nak tunggu keputusan dari bos, terpaksa tunggu sebentar. Jadi sambil releks-releks termenung tak buat apa-apa, baik aku menulis. Sebab bila aku menulis, pada masa sama aku berfikir. Aku merangka-rangka apa yang perlu aku buat.
Sebelum aku menulis (tadi), aku termenung. Merenung.. Hahahahaha.. Sebab hari-hari aku rasa hidup aku sama sahaja. Tak ada beza. Pergi keje, balik keje, hujung minggu, kalau tak lepak kat rumah, jalan-jalan abiskan duit untuk shopping. Tak ada benda lain ker nak buat? Nak buat macam mana, memang xder. Seronok jer apa yang aku buat ari-ari. Sekarang ni memang la aku dah tak baca novel, tapi bahan bacaan kat internet belambak sungguh, antara bagus dan tak bagus jer.
Kalau mood untuk menonton pula, biasa la, cari la apa-apa cerita menarik. Bukan susah pun, donwload jer. Internet kan ada.
Hidup aku dengan putaran hidup yang tak pernah berubah. Sering bertanya bila nak bosan dengan hidup macam ni. Orang kata 'xder life'. So far, aku rasa ok jer. Kalau tak ok, kenapa aku nak hidup macam ni. Hidup ni kan satu pilihan. Kalau tak suka, kita kena usaha ubah. Susah memang susah, tapi kalau tak buat, sampai sudah pun masih tertekan dengan situasi yang sama.
Sekali sekala, ada juga perubahan dalam hidup aku. Balik kampung ker, bercuti ker. Seronok. Tapi lepas tu aku macam keletihan untuk kembalikan hidup aku pada rutin asal. Jadi sebenarnya rutin harian aku ni baik ke tak untuk aku? Aku sendiri pun confuse..
Tak kisahlah. Yang pasti aku sebenarnya berada pada tahap -lega- dalam hidup. Macam mana nak cakap yer. Dulu aku pernah berada di tahap yang sungguh bawah. Hampir 2 tahun berlalu. Aku tidak berada di atas, tapi aku dah puas hati dan selesa dengan keadaan aku sekarang. Nak ubah lagi ker? Tengok la. Biar aku nikmati hidup tanpa kerisauan ini sebentar lagi. Dan di samping mencari lubang-lubang di mana aku boleh berbakti pada masyarakat.
Dan pada teman-teman yang merasakan diri di bawah, kalau nak ubah cara hidup, then laksanakan apa yang dikata. Jangan cakap jer. Bukan aku tak sanggup lagi dengar korang complain, tau tu satu cara nak luahkan perasaan. Tapi cubalah langkah kerisauan korang tu. Buat sesuatu yang lain sikit daripada apa yang korang buat (sebab tak berjaya kan, tukar la).
Mudah cakap daripada melakukan. Betul. Tapi aku pernah buat, dan aku berjaya lepas. Mungkin korang rasa aku bernasib baik. Tapi kalau aku tak redah jer, agak-agak boleh ker aku duduk di tempat aku sekarang (cakap macam dah berjaya jer).
Jadi rancang (sediakan pelan B jika plan A x berjaya), usaha (laksanakan), doa dan Tawakkal.. Minta la Ibu dan Ayah doakan sekali. Kalau ada sanak saudara gi Mekah, minta juga. Yang penting, mulakan langkah pertama.
a/n: Aku punya plan B kalau tak berjaya cari kerja baru:
1) Amik jer keje apa yang ada (janji basic komitmen lepas.
2) Meniaga laksa.
Tuesday, June 16, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kehkehkeh.. pandai ke ko masak laksa? Meh sini aku boleh tolong jadi QC XD
ReplyDelete