Monday, November 26, 2012

Kalau membenci..


Aduhhh sekarang ni aku rasa perkataan benci ni dah jadi satu benda yang sungguh aku tak suka..

Kalau dah benci, apa sahaja yag dibuat oleh orang tu semua tak betul, semua salah..

Kalau dah benci, kadang dah terlupa apa yang dia buat sukan memalukan dirinya tapi boleh juga memalukan orang lain, dan paling sedih kalau boleh membawa kepada memalukan negara, agama mahupun bangsa..



Macam yang aku baca kisah di shout Award pagi tadi.. Artis KPOP di-boo, dibaling botol oleh hater-hater Kpop.. Come on la.. Korang serius dah memalukan rakyat Malaysia dan nama Malaysia sendiri. Dah tu rezeki diaorg untuk buat persembahan, kalau dah tak suka tu senyap ajer la.. Korang nak ker, lepas ni korang tetiba berpeluang melawat Korea and secara tiba-tiba orang2 kat sana boo ko, atau baling botol kat ko.. Mesti ko balik Malaysia, ko akan cerita kat kawan2 ko, family ko, yang orang2 korea ni teruk...

Kesian, jauh2 datang dan dijemput hanya untuk dimalukan. Walaupun aku tak kenal siapa group tu, tapi kesian. Tahu tak kesian..



Entah la, mungkin anak-anak muda sekarang ni memang dah tak tahu adab agaknya. Tak payah tengok jauh-jauh la. Tanya cikgu, macam mana adab-adab anak muda zaman sekarang.. Kata kurang ajar, marah. Yer la, faham, mak bapak busy keje kan, yang ajar maid Indon...



Aku suka satu ayat ni. Dia kata bila orang memberi nasihat, lihat nasihatnya. Jangan lihat orangnya.. Tapi orang Malaysia ni, dia lebih tengok orang dulu.. Ye lah first impression kan. Tapi pleaselah, buang yang keruh dan amik yang jernih. Ada masa kita perlu berfikiran terbuka. Luaskan ckit pandangan tu.

Maafkanlah....



Tiba-tiba teringat cerita di satu blog ni, kisah kawannya di Jepun. Family dia ajar dia supaya jangan membenci sesiapa. Cari apa sahaja benca untuk menyukai semua orang... Wahh bagus betul keluarganya..

Tak kisah la apa orang nak kata. Aku ni tak support Malaysia ker apa. Tapi apa yang aku tahu aku suka Jepun.. Opps jangan judge aku tanpa tahu sebab kenapa? Inilah, tanpa kata selidik terus nak jump to conclusion..

Aku suka rancangan-rancangan Jepun. Setiap cerita dia mesti ada sesuatu yang dia nak ajar kat kita. Jangan berputus asa, it's okay sometime to cry, pentingnya keluarga dan persahabatan. Dan yang paling aku tabik, walaupun diaorg sangat mementingkan orang high educated, yang masuk universiti gah dan sebagainya, tapi diaorg tak pandang rendah dengan yang keje cikai2 atau yang kurang pandai ni.. Ala susah-susah korang tengok Gokusen. Yang aku tahu, dari cerita ni, ko tak pandai pun, ko pasti ada satu benda yang ko boleh banggakan. Tak pandai belajar, cari benda lain yang ko pandai...

Dan satu cerita yang aku suka tengok walaupun watak-watak kat dalam dia aneh-aneh.. English word sebut 'Dork', tapi aku sangat suka. Tajuk dia Kisarazu cat eye.. hahaha.. Cerita aneh, watak pun aneh, gaya lagi aneh tapi still masih punya nilai-nilai murni yang cuba disampaikan (in my part, masukk).



Tak kisahlah korang ni peminat Kpop ker, Jpop ker, Malaysia ker, atau apa-apa jer la.. Tapi please respect orang lain punya minat. Ko tak minat, senyap. Ko minat plak, tak payah la nak dum3 pasang musik yang ko minat sampai ganggu orang lain.. Itulah gunanya toleransi.. Apa mak bapak ko tak ajar ker pasal toleransi??



0 komentar:

Post a Comment