Aku suka membaca, aku suka menulis. Tapi aku tak pernah berjaya menulis akan sesuatu yang beerti. Dan aku juga tidak ingat bila kali terakhir aku membaca sebuah buku yang cukup meninggalkan kesan. Kali terakhir rasanya buku "Who moved my cheese", sebuah buku yang pada aku merubah hidup aku.
Aku seorang yang suka hidup dengan prinsipal diri. Aku seorang yang ingin menjadi yang terbaik di dalam keadaan yang aku sendiri rasakan bukanlah yang terbaik. Terdapat beberapa rancangan yang telah memberikan inspirasi kepadaku. Impianku tinggi, ingin mengubah dunia, tapi sebelum dunia dapat kuubah, aku perlu ubah negara, sebelum kudapat ubah negara, aku perlu ubah kaumku, sebelum itu, teman-temanku, dan sebelum teman, keluargaku dan sebelum ku ubah keluargaku, ku perlu ubah DIRIKU.
Amat ajaib dan alangkah cemburunya aku ke atas orang-orang yang sanggup berkorban dari kepentingan diri dan keluarga dan memperjuangkan bangsa dan negara. Bagaimana keluarga Rafizi atau Anwar menyokong walaupun hidup mereka mungkin berakhir di dalam penjara. Aku tak tahu sampai ke tahap manakah kebenaran mereka, tapi aku benar-benar kagum yang mereka sanggup berjuang untuk sesuatu yang mereka percayai.
Hari ini ketika berbual dengan teman sepejabatku, aku ceritakan padanya. Suatu ketika dahulu, aku juga sepertimu. Sungguh berkobar-kobar belajar sesuatu, sanggup mengambil inisiatif untuk membangunkan diri. Kini, aku tidak lagi seperti itu. Sekadar duduk di tepi, melihat, disuruh dan kemudiannya aku akan mulakan kerja-kerja ku. Aku kini ibarat pahat dan penukul dimana akulah pahatnya. Hanya menunggu penukul bekerja.
Tapi aku tak kisah. Aku suka keadaan aku sekarang. Ternyata, aku terlalu mudah untuk berpuas hati. Cuma kadang-kala, perasaan untuk menulis sesuatu yang bagus itu kembali. Kan bagus satu hari aku mampu menulis sebuah buku yang mampu mengubah hidup orang lain.
Kerana terdapat beberapa bahan bacaan telah mengubah hidup aku. Kenapa tidak aku dan tulisanku?
Friday, August 21, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment