Thursday, June 18, 2015

Be nice...

Assalamualaikum,

Hehe update lagi hari ni. Sedangkan kerja sedang menanti. Time busy, memang idea menulis mencurah-curah cuba kalau tak busy.

Hari ni aku risau takut ditegur kerana satu kesalahan yang aku buat minggu lepas. Tapi tunggu punya tunggu, tak ada la pula. Takper dah serik dah pon. Semoga tak buat lagi.

Pagi-pagi aku dipuji lagi.. Walaupun bukan dipuji secara direct, tapi pujian tetap pujian. Berbunga-bunga rasa dalam hati. Seronok kena puji. Aku ni bukannya pegang kuasa tinggi-tinggi untuk orang puji-puji supaya suka diaorg. Mulutnya memang manis. Apapun, fikir positif, fikir baik-baik dan jangan buruk sangka.

Hanya kerana kata-kata "Emi you look nice today", dah boleh membuatkan hati rasa senang, dan memulakan hari dengan senyuman. Cewah.. Be nice to people, make people happy even with simple words, I still need to learn.

Aku pernah menonton satu rancangan dari Jepun. Ada satu kumpulan komedi (pelawak) ditanya, apa mereka buat semasa berada di ruang menunggu sebelum rancangan bermula. Mereka jawab, mereka akan bermain permainan. Permainan yang biasa kita main. 'One two Som. Ooo Som'. Apa ek nama game tu? hahahahah, anyway, diaorg ubah sedikit cara diaorg main. Sapa yang kalah, kena puji orang yang menang.

Seem simple, but hard. Sebab kalau x biasa puji orang, puas juga nak puji org. Nak puji orang, kita akan fikir apa kebaikkan orang tu, jadi, kita akan sedar ohh bagus la orang ni. Kita akan makin suka orang tu kan. Orang yang dipuji pula, walaupun malu-malu kucing, xnak tunjuk suka kena puji, tapi masih rasa seronok.



Jadi aku nak buat kempen, memaniskan mulut, maniskan senyuman. Jangan kelatkan sangat muka tu (point pada diri sendiri). Jangan memuji sebab mengharapkan sesuatu, dan kalau ada orang puji, jangan fikir bukan-bukan, bersangka baiklah. Tapi kalau permintaan hadir selepas pujian, ermm obvious sangat dah tu.

Sekarang ni mudah sangat kita berburuk sangka dengan orang, makin tajam tulisan kita di laman-laman gosip, mudah benar menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Mentang-mentang orang tu tak kenal anda.

Please be nice people. Hidup lebih indah dengan orang-orang yang indah.. Cewahhh tak pandai pilih perkataan tu.

Selamat berpuasa semua..

Ramadhan is coming. Syaitan is crying. Malaikat is Waiting. Syurga is Opening. Neraka is Closing. Alhamdulillah.... May ALLAH bless us for this coming Ramadhan.... In Shaa Allah...Marhaban Ya Ramadhan.... Happy Ramadhan to All

0 komentar:

Post a Comment