Assalamualaikum,
Minggu ni, penuh status dalam FB komen pasal isu kpop dan peluk-peluk tu.
Geram. Rasa nak komen gak walaupun ramai yang dah komen. Masa buka FB tu, aii geramnya, macam menyesal buka FB pon ada gak. Nak tutup, mata dah terbaca, nak lupa, pergi mana-mana isu yang sama.
Aku tak tahu kenapa aku geram. Budak-budak tu salah, betul memang salah. Tapi bila aku letakkan diri aku kat tempat mereka, jumpa idola kegemaran aku, aku rasa risau kalau-kalu aku pon akan buat benda yang sama. Sedangkan aku sudah berusia 30'an. Sentiasa menjaga pergaulanku. Aku tak suka berdua-duaan. Kalau perlu berdua, aku duduk jauh-jauh. Ada batas yang aku sendiri letak.
Tapi kalau tiba-tiba, kau campak Nino kat depan aku, agak-agak apa aku nak buat.. Aku nak pegang tangan dia, aku nak jerit-jerit "Nino, Nino". Peluk entahlah. Hampir kot.. keh keh keh.. Aku tak tahu, sebab aku belum alami keadaan tu. Berdebar aku memikirkan jika aku berada di tempat mereka, apakah aku akan menolak untuk dipeluk atau dicium di dahi oleh artis yang dipuja. Tak cukup iman lagi rasanya aku. Korang ingat nafsu ni senang ker nak kawal.
Mungkin ini agaknya yang buat aku lemas dengan isu ni. Kasihan adik-adik tu. Sekarang ni semua orang terus menerus menunding jari, mencari siapa salah. Yang paling teruk terkena, adik-adik ni lah, dan lebih kasihan, ibu bapa mereka.
Kadang-kadang aku rasa tak adil plak. Cuba tengok drama kita. Banyak jer aksi peluk-peluk, cium dahi la, konon dah bernikah.. Dan penonton dok 'awwww, sweetnyer..' Yang perempuan bertudung, pegang watak plak baik, sopan, bla bla.. Tapi realiti, mereka tetap bukan muhrim, berlakon kahwin, tapi bukan kahwin betul-betul.
Untuk adik yang gambar tersebar tu, tak apalah dik. Jadikan ini satu pengajaran. Ilmu yang berharga, sebab mesti adik takkan lupa dah selepas ni. Yang memberi komen, jangan terus menerus menghukum mereka. Adik perlu bersyukur sebab Allah s.w.t sayang adik. Jadi dia timbulkan dugaan ini, untuk adik terus beringat dan mengingatkan orang lain. Kita umat Islam, jika pakaian dah melambangkan agama kita, biarlah perlakuan kita pun melambangkan agama kita. Adik kena ingat, umat Islam sedang diduga sekarang ni. Umat Islam dicop dengan berbagai nama. Sedih bila baca komen-komen tak bertamadun yang menyalahkan umat Islam atas kesalahan sebahagian kecil manusia yang mengaku dirinya sebagai muslim. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika dikutuk atau diperli oleh orang-orang yang perasan hensem, yang cemburu sebab diaorang tu hitam, biarlah. Lepas sebulan lupalah mereka.
Entahlah.. Itu pendapat aku jer.. Aku ni ilmu rendah jer.. Ini apa aku fikirkan.. Yes dah dapat luahkan, lega sikit..
Tuesday, January 13, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment