Tuesday, July 24, 2012

Susahnya nak jadi baik..


Assalamualaikum semua... Apa khabar? Macam mana puasa, bagus, bermatlamat, atau sekadar menahan lapar dan dahaga?

Amacam, dah bermuhasabah diri. Elehh cara aku cakap macam aku ni tahap baik sangat. Tapi sesungguhnya, aku tak tahu, baik tu dari segi yang bagaimana.. Jadi aku tak berani nak mengaku yang aku ni baik atau perfect..

Ya Allah, susah benar nak jadi baik ni..

Mesti ada yang membalas, kalau nak mesti boleh punya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Tapi serius aku cakap, SUSAHHHH.. Azam bagaikan nak rak, tapi nak laksanakan tu, dugaan, dugaan...

Nak tahu apa azam aku? Aku nak ubah negara Malaysia... Wahh besarnya impian, tapi bagaimana? Caranya mudah, ubah diri sendiri dahulu. Haha mesti korang fikir apa kena mengena ubah Malaysia dengan ubah diri sendiri. Sebab rakyat mencerminkan sebuah negara tu. Takkan korang tak sakit hati kalau orang dok kata 'Alahhh Melayu semua malas'. Sad to say, it's true. Takkan nak ubah bangsa kita kan, dah memang lahir sebagai melayu. So kita ubah diri kita, supaya tidak tergolong dalam kategori malas tu.



Percayalah nak ubah diri sendiri bukan senang. Bukan tahap besar pun yang aku kejar, cukup yang kecil-kecil dulu, tapi sekecil manapun, kalau dah memang tabiat, memang sukar nak ubah..

Contohnya, taknak kutuk orang time bulan puasa ni... Yer la, bulan Puasa ni la, kita boleh melatih diri kita kan. Nampak kecil jer azam aku. Tapi korang ingat senang ker tak kutuk orang.. Kadang tu bila dah bercakap, bukan nyer kita sedar kita tengah mengutuk orang. Sekali ada rasa tak puas hati, lancar jer lidah mengeluarkan kata-kata sungutan yang berbaur kutukan.. Niat di hati hanya nak luahkan perasaan, tapi bukankah pada masa yang sama sedang memburukkan orang. Susah-susah. Kadang terfikir 'aku hanya cakap benda yang betul'.. Ermm betul gak yer.... 





Tapi ada kes kan, sebab nak harapkan simpati, benda betul (tapi sikit buruk), kita dok luahkan dengan ditambah-tambah.. Haaaaa jangan tak mengaku.. Benda ni betul. Sebab kita nak kuatkan rasa simpati orang terhadap kita. Ok aku mengaku, aku pun buat benda yang sama. Alaaa tak payah nak kelentong kata korang tak buat laa.. Benda ni selalu berlaku di luar kawalan kita..

Tup tup dah tercakap.. Hanya boleh cakap 'Oppss!!'.. Tapi benda dah lepas.. Nak pergi minta maaf dengan orang yang kita burukkan tu, mustahil sikit, sebab tengah sakit hati dengan si dia. Lagipun takkan nak buka pekung di dadakan? Takkan nak cakap, 'Wehh aku tengah sakit hati ngan kau, so aku cakap kat si A pasal ko macam ni macam tu'

Aku masih tak berjaya nak kawal diri aku dengan hanya bercakap yang baik sahaja.. Terutama bila baca pasal politik, wuhh suruh bercakap pasal politik pulak, lagilah.. Agak-agak siapa la yang tak pernah buruk-burukkan si R tu kan.. Ngeh3..hehehe sorry aku cakap, aku pun sama gak per..



Tapi takper, aku sedang usaha nak ubah diri aku. Aku cuba mengawal mulut ni supaya tak laser sangat.. Bab ni tak susah sangat, sebab aku jarang bagi-bagi laser ni, cuma sekali-sekala ada gak terlepas perlian pedas yang mampu menyakitkan hati.. dah cakap, mesti rasa puas hati, tapi lepas tu menyesal..

Jadi sempena bulan baik ni, sama-sama kita bermuhasabah diri, supaya menjadi hamba yang lebih baik.. Sekecil manapun usaha kita, sekurang-kurangnya kira usaha juga nak buat sesuatu...









0 komentar:

Post a Comment