Wednesday, July 8, 2015

Majlis IFTAR - satu kemestian?

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan semua. Hari ni selepas mendengar luahan dari teman terdekat terasa la diri nak membebel seketika. Tapi orang yang perlu dibebelkan tu bukan akan baca pun apa aku tulis ni. Kalau orang tu baca, baguslah. Sedangkan orang membebel malas nak dengar, apatah lagi bacaan membebel kan.

Tak peduli, nak tulis juga. Nak keluarkan apa terbendung dalam dada ni.

Macam ni kisahnya. Biasalah bulan-bulan puasa ni, mesti ada majlis-majlis buka puasa anjuran syarikat kan, terutama syarikat milik bumiputera. Pilihlah hotel terbaik, yang pasti sajian yang disediakan nampak sedap.

Makan free, best kot. Benda seronok. Tambah-tambah plak mahal. Nak bayar sendiri jangan harap la. Cukup untuk makan seminggu tu. Kalau dihulurkan kat aku, memang kecil tapak tangan, tupperware aku bawakan. Rezeki jangan ditolak.

Abis bab aku. Takder masalah kan. Memang takder. Sekarang ni aku nak cerita part masalahnya plak.

Ceritanya bermula dengan syarikat menganjurkan majlis Iftar. "Kehadiran diwajibkan". "Tak datang kena tunjuk surat". Alamak. Benda seronok, nak raikan pekerja, jangan lah buat macam ni. Manusia ni lumrah dia, kalau dipaksa lagi taknak buat. Yang kasihannya sahabatku ni, dah lah sakit, cuti sebelum raya tidak dibenarkan, kena pula paksa ke majlis. Sakit-sakit, bagi la makanan apa pun, tak lalu punya la.

Wahai majikan, janganlah kejam sangat. Kenapa majlis Iftar jadi satu kewajipan? Jika kerana ianya telah dibayar, kenapa tidak tanya dahulu kepada staff yang ada, dapat hadir atau tidak. Sebab aku ada teman yang memang tidak sukakan buffet, kerana padanya ianya membazir, lepas tu terlepas satu malam Terawikh di surau/masjid. Kalau tulis surat tunjuk sebab >> Sebab saya nak gi Terawikh, ermm karang kata menunjuk pula. Hilang pahala. Tapi kurang satu hari, rasa rugi pula.. Bersangka baiklah.

Kenapa tidak tempah hanya untuk yang hadir sahajalah. Takut staff tak datang ker? Benda free, biasa orang suka jer. Dan orang-orang macam situasi di atas adalah 2-3 kerat. Tak ada masalah rasanya. Aku yakin kalau syarikat yang sering bertoleransi dengan pekerjanya, biasannya pekerja mahu mendengar cakap, tak perlu dipaksa. Contoh paling dekat akulah.. (haha nak puji bos la tu).

Lagipun bukan kah sepatutnya majlis Iftar tu untuk mengembirakan staff? Lainlah niat tu dah lain, contoh dah memang dalam polisi syarikat terpaksa buat majlis Iftar dengan kehadiran semua pekerja adalah wajib.

Lagi satu jangan lah kau susahkan pekerja-pekerja tu. Buat keputusan akhir waktu, perubahan jadual, hari atau tema. Dengan alasan, 'atas kehendak pegawai atasan'. Kenapa nak skema sangat? Aku perasan benda-benda ni selalu jadi di dalam syarikat yang berkerajaan. Maksud aku, mungkin separa kerajaan, kerajaan, takpun badan berkanun. Entahlah, aku tak pernah kerja dengan kerajaan, kerja dengan syarikat swasta jer, jadi masalah tu belum lagi ada dengan aku.

Kalau aku salah, minta betulkan. Aku tak cakap semua syarikat tu macam tu, sebahagian sahaja. Aku pernah berurusan sebagai pelaksana majlis. Aku faham protokol-protokol yang memerlukan kehadiran pegawai atasan dalam syarikat. Tapi kasihankanlah pekerja anda, apabila majlis yang telah ditetapkan tarikhnya, tiba-tiba bertukar tarikh hanya kerana pegawai atasan tidak lapang pada masa yang telah ditetapkan. Bukan seorang dua yang mengeluh mendengar perubahan jadual ini.

Selalunya dalam situasi ini, aku akan sediakan beberapa tarikh dan dapatkan dahulu pengesahan dari pegawai atasan jika boleh hadir atau tidak. Kemudian baru umumkan pada staff, dan pada masa sama, minta juga status kehadiran mereka. Tak salahkan aku rasa bertanya juga pada mereka, walaupun mereka sekadar staff. Mereka juga ada perancangan mereka. Jangan la paksa. Paksa membuatkan tujuan utama Iftar tu dah lari.

Don't be a Boss, be a Leader.

Syukur aku memperoleh ketua yang sangat memahami walaupun dia bukan Islam. Walaupun syarikat tiada Iftar, dia masih mencari ruang untuk berbuka puasa bersama, walaupun hanya aku seorang yang Islam disini. Pendapatku ditanya, lapangkah? Kemudian baru disebarkan kepada pekerja lain. Tak dapat hadir, too badlah, your lost.. hahahaha..

Seorang bos yang baik mampu buat pekerjanya bekerja dengan rela hati tanpa rasa terpaksa. Walaupun memaksa sesuatu benda yang baik. Rasanya dalam Islam sendiri pun ada istilah tiada paksaan.

Benda yang baik, ajaklah baik-baik. Orang pun baik-baik jer nak ikut. Selamat berpuasa. Jangan marah-marah yer.. Saya tak marah, saya bebel jer.. Wakakakkaka..


A/N: Aku tak tahu apa aku nak cakap tersampai ker tak? Ermm takperlah, janji puas dah dapat membebel..




0 komentar:

Post a Comment