Thursday, February 28, 2013

Awkward...


Assallamualaikum, selamat pagi, ni hou, namaste, ohayoo, good day...

Sekarang ni aku sedang menjalani kehidupan baru. Maknanya aku dah start keje baru. Hari ni hari keempat aku di office baru. Kekok tu hanya Tuhan yang tahu.

Aku ni jenis susah nak cepat mesra di tempat baru. Awkward. Sebab tu walaupun tempat kerja lama gaji kecil, aku masih bertahan di sana. Di sana, mereka ibarat keluarga, makan murah, parking free, dan tak jauh sangat dari rumah.

Kerja baru, suasana baru. Tak ada kawan, even aku tak kisah pon duduk sorang-sorang, tapi still awkward. First day kerja dah kena saman. Masa interbiu pun kena saman. Dah dua saman aku.. huhu sedih..

Dah hari keempat, no real job yet. Tak tahu nak buat apa. Ngulor jer ler.. Tapi ngulor pon, serba salah gak.. Rindu office lama.

Kerja baru ni, ada banyak keputusan yang aku buat salah. Tapi aku taknak menyesal. Tuhan dah aturkan hidup aku. Yang penting belajar dari kesilapan. Takper la. Sekejap jer ruginya. Lagipun bukan orang lain buat salah. Aku sendiri.

Macam mana nak hilangkan rasa kekok ni.. Apakah aku akan keseorangan sampai sudah.. Sedihnya...

Bagi tips macam mana nak berkawan.. Baru aku tahu aku ni susah nak berkawan. Aku tak pandai nak mulakan. Selalunya org lain yang mulakan dulu..
Reaksi

1 comment:

  1. same goes with me.. i dunno how to make friend.. and kawan yg aku ada pun senang hilang begitu saja.. =(

    ReplyDelete