Thursday, February 21, 2013

Aku dan Melayu...

Salam semua, 

Tonton video di bawah, dan berani korang kata ianya salah? Inilah realiti orang melayu. Tak dapat nak sangkal lagi. Dan yang paling parah, ianya wujud di keliling aku sendiri, termasuk keluarga dan kawan-kawan. Dan paling sedih, aku sendiri pun ada termasuk dalam sikit-sikit yang disebut tu. 


Apa itu kejayaan? Kalau aku katakan kat sini, sampai hari ni aku tak faham apa itu kejayaan, mesti korang tak caya. 

Serius aku kata aku tak tahu. Ok aku tahulah ukuran biasa manusia ukur kejayaan tu adalah ada kereta besar, kerja besar, rumah besar, harta banyak, maka tu semua satu kejayaan. Tapi semua tu tak jamin bahagia, so pada aku berjaya ker tu?

Jujur aku katakan di sini, aku ni takder matlamat, tak ada cita-cita, tak ada keinginan nak berjaya. Kalau korang tengok video kat atas ni, aku ni adalah jenis yang redha jer dengan apa yang aku dapat. Taknak kejar apa yang lebih baik walaupun sedangkan aku sebenanrnya boleh. Yup betul, aku boleh cuma aku jer taknak.. Cukup la dengan gaji cukup-cukup makan, janji tak kebulur cukup. 

Tapi kalau aku terus begini, macam mana melayu nak berubah. Sebab aku pun tak berubah. Jadi aku mengorak langkah, aku ubah sedikit haluan hidup aku. Mana tahu berubah. Perubahan adalah sesuatu yang menakutkan, sebab kita tak tahu apa yang ada pada masa depan. 

Apa yang aku tahu, aku nak teruskan belajar. Belajar apa sahaja yang aku boleh belajar. Itu matlamat aku. Tak banyak harta takpa, biar aku banyak ilmu. Ilmu mengarut pun boleh. Dah dua kelas aku masuk, melayu hanya sorang dua jer.. ermm takperlah.. Janji aku tolong tambahkan orang melayu dalam kelas tu.. So ini pun dah kira aku sumbangkan sedikit dalam mengubah melayu... Haahahah.. 

Realiti melayu, aku tak tahu macam mana nak ubah.. Kerajaan? Macam lagi mendorong kepada gejala di atas jer.. haha tak caya, ikut suka korang la.. 




1 comment: