Wednesday, January 23, 2013

Big Bad Wolf 2013

Okay, berita baik kepada semua peminat-peminat buku... Big Bad Wolf kembali lagi.. hehehe.. Seronoknya. Sebab aku terlepas Big Bad Wolf yang lepas, bukan tak pergi, pergi tapi tak sihat pula tiba-tiba masa kat sana, so rasa geram sebab tak dapat pilih buku yang disukai dan hanya balik dengan tangan kosong..

So apa lagi, aku takkan lepaskan peluang untuk ke Big Bad Wolf 2013 ni..



So apa lagi. Simpan tarikh ni di dalam kalender temujanji anda: 28 Feb hingga 4 Mar 2013

Tempat: MIECC.. Ok kalau tak tahu, The Mines Convention Centre MIECC Seri Kembangan. 

Dan dan dan, berita lagi baik, kali ni harga buku akan lebih murah dari sebelumnya... Sebelum ni RM8, kali ni Rm5 jer.. Woahhh tak sabarnya... And sapa2 yang ada voucher buku 1Malaysia, boleh redeem di sini.. Excited tak? Aku, of course.. 

And parking, tak semahal parking di Mid Valley atau Times Square, last time aku gi, parking RM3 untuk sekali masuk.. Ok la, nak lepak sepanjang hari pun xder masalah.. Cuma nak masuk tu agak teruk sikit la.. Eleh KL ni, kat mana tak jammed... Hendak seribu daya, taknak seribu alasan... 

Selamat bershopping... 
Reaksi

0 komentar:

Post a Comment