Wednesday, January 2, 2013

Ibubapa boleh saman anak jika tak melawat...

Hehe ini kisah bukan di Malaysia, tapi ini kisah di China. Ermm di China memang dah ada undang-undang yang anak-anak kena menangung ibu bapa mereka, tapi kini mereka ingin menambah lagi dengan membolehkan mana-mana ibu bapa boleh saman anak mereka jika tak datang melawat..


Sedih bila masalah hubungan keluarga macam ni melibatkan undang-undang.. Kena ada paksaan undang-undang untuk buat anak supaya bertanggungjawab terhadap ibubapa mereka. 

Ini belum lagi mendengar kisah-kisah "Strawberry Generation" di mana di China, anak-anak dimanja sehingga menjadi melampau. Mungkin kerana di sana mereka dilarang mempunyai banyak anak, jadi anak seorang dimanja sehingga terlalu melampau. Boleh baca sini kalau nak tau lebih lanjut.

A/N: Di saat macam ni kita akan rasa betapa bagusnya kalau kita benar-benar mengikut cara Islam dalam isu keluarga ni. Tapi macam mana pun masih sedih bila dengar di Malaysia pun masih ada ramai anak derhaka, isu anak saman mak, buang anak.. Tapi diharapkan ianya tidak seteruk di China sehingga perlunya undang2 sebegini.. 

0 komentar:

Post a Comment