Tuesday, July 31, 2012

Blog org famous...


Assalamualaikum semua,

Wah wah wah, makin rajin aku men-update blog time bulan puasa ni. Maklum la, time rehat tengah hari, aku dah tak payah kelam kabut untuk beli makanan, maka masa untuk bermain-main pun adalah.

Hari ni aku terjumpa blog orang famous.. Haha aku bukan peminat dia tapi ya aku kenal dia. Siapa tak kenal dia, pengarah muda terkenal yang dah memperoleh banyak anugerah dan anak kepada seorang yang tak kurang terkenal lagi kaya lagi jutawan. Haha restoren bapak dia ni dekat jer ngan office aku ni.



Anyway, membaca blog dia, membuka mata aku kepada satu lembaran baru. Yer la siapa aku untuk menadili mana-mana manusia (walaupun tak terlepas dari terbuat juga). Hanya kerana dia membina karya-karya yang terlalu memfokuskan kepada anak muda membuatkan aku rasa, ya walaupun niat dia baik, aku lebih memandang yang buruknya. Hello kak, kau tak tengok pun filem dia, pandai-pandai jer bagi komen.. ermm maaf ku katakan. Nanti aku tengok dan beri komen yer.

Tapi satu yang aku perasan lepas aku baca blog dia. Kau tak semestinya berdakwah dengan memakai songkok atau serban dan membuat rancangan yang bertiangkan tema Islamik. Kau boleh juga berdakwah dengan cara yang terbalik dengannya. Sebab budak-budak terlalai ni, bukan nak pun tengok rancangan-rancangan yang dah memang tertulis khas untuk Islam. Mereka suka hidup moden, dan dia cuba selitkan itu di dalam filemnya.. Dia cuba mendidik melalui cara yang ramai suka, yakni hiburan.

Ermm aku tak tengok filem dia, so tak tahu kat mana dan bagaimana dia selitkan. Tapi niat dia bagus. Kata-kata dia bagus. Impian dia bagus. Tulisan dia best dibaca. Dia ada wawasan. Dan dia banyak mencari pengalaman, dan nampak tak lokek nak berkongsi juga. Wah wah wah, memuji banyak nampaknya aku.



Bagus membaca blog-blog orang berjaya ni. Lagi satu lepas baca blog yang suka memuji ni, wahhh semangat jer rasanya. Mulut pun tersenyum. Dah asyik baca blog mengutuk jer. Lepas tu bercerita pula kat orang lain.. Aiii macam mana nak lari dari gosip ni pun aku tak tahulah.. Lepas baca hati pun sakit, macam mana nak positifkan hidup.

Ok kalau teringin nak baca blog Syamsul Yusof ni, sila ke sini yer..

Salam Ramadhan..

0 komentar:

Post a Comment