Aku ni suka mengarut. Kadang mengarut ada la ilmu untuk orang lain, tapi kebanyakan macam takder point jer.. Haha aku ni seorang yang ingin tahu. Banyak benda yang aku nak tahu. Banyak persoalan selalu bermain dalam minda aku ni. Selalunya apa yang aku mengarut tu sebab kalau boleh aku nak ada orang tolong jawabkan..
Bila aku ada blog, tapi takder follower, sedih gak. Terasa macam ada ker yang baca aku punya blog ni. Kualiti nak kata buruk, ada lagi yang lebih teruk tapi nak kata terbaik, aku dah cakap tadi, aku kan kuat mengarut. Tapi mengarut-mengarut aku, aku ajak korang sama-sama berfikir macam aku. Kita semua ada pendapat kan.. Apa salahnya share-share sikit. Tak luak pun.
Tapi kan aku rasa sebab blog ni kurang follower adalah sebab aku jarang benar nak update, menulis takder isi, selalu lari dari tajuk (sebab aku suka mengarut), takder kelebihan kepada orang yang membaca.. Aduh suka kepala otak aku la nak tulis aper...
Tengah fikir untuk menulis tentang mencipta habit, maklumat dah ada, tinggal nak mengarang jer. Tapi biasalah aku ni, selalu suka taip separuh jalan jer.. Rasanya aku patut update ker tak..
Sekarang ni suka mencari tips macam mana nak mudahkan hidup dengan cara lebih mudah dan murah.. Haha aku patut share benda-benda camni kan.. Ermmm tunggu la bila aku berjaya praktikkan dulu yer..
Ok done dah aku mengarut untuk hari ni.. Woahh best betul menaip benda mengarut ni. Nak baca, bacalah, taknak baca pun ikut sukalah.. Haha kalau tak baca confirm korang takkan baca line ni kan.. Kui3...
Sunday, July 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment