Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambut. Amacam hari pertama puasa. Ada yang dah terlupa anda puasa hari ni.
Alhamdulillah, berjumpa lagi aku dengan bulan Ramadhan yang mulia ni. Tapi baca surat khabar, tak banyak khabar baik yang dipaparkan. Perang masih bergelodak, kemalanganmasih menjadi-jadi, kes bunuh di mana-mana, politik masih saling tuduh menuduh.
Sekarang ni sumber berita paling cepat tentulah internet kan. Tapi sekarang ni susahnya nak dipastikan mana satu berita yang benar-benar telus dan betul. Fitnah tersebar tiap-tiap hari. Kepada yang percaya akan sebarkannya pula sehingga ia menjadi satu penyakit yang besar.
Aduh takut sekali aku. Sedangkan orang dihadapan kita pun belum pasti boleh dipercaya, apatah lagi dengan apa yang kita hanya baca.
Pernah tak bila baca satu berita, kemudian cari semula di laman lain, terkejut dengan berita yang sama tapi dengan fakta yang benar-benar bertentangan dengan isi yang dibaca tadi. Jika dah jadi begitu, mesti salah satunya berbohong bukan. Masalahnya siapa yang kita nak pilih sebagai betul.
Macam mana kita nak tahu maklumat yang kita peroleh tu benar-benar tepat dan betul.
Sedangkan surat khabar pun dah tak boleh nak dipercaya 100% apatah lagi internet, yang siapa sahaja boleh tulis (termasuk aku yang kurang ilmu ni).
Nak hidup dengan lebih positif dengan membaca lebih banyak isu yang positif, tapi ternyata surat khabar bukan satu pilihan yang tepat. Polis kata negara Malaysia, satu negara yang selamat, tapi kes bunuh atau ragut atau rogol, hari-hari berlaku. Hari-hari tips keselamatan diberikan. Yer lah, mencegah itu kan lebih baik. Tapi aku rasa Malaysia makin tak selamat jer.. Jadi????? Betul ke apa polis cakap tu??
p/s: Aku pernah dengar ada orang cakap, kalau nak berdebat, berdebatlah dengan orang berilmu.. Kalau berdebat dengan orang takder ilmu buat sakit otak jer.. Ermm betul sebab dah jadi kat aku...
p/s: Tapi kadang-kadang terfikir juga, aku ni betul ker? atau hanya aku yang fikir aku betul.. Haha nak percaya diri sendiri pun susahkan...
Saturday, July 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment