Wednesday, October 5, 2011

Ada kau kisah, aku tengok Kamen Rider...

Hehe, umur dah berapa masih layan Kamen rider lagi??.. Mestilah kalau Kamen Rider tu best.. Ingat lagi masa kecik-kecik layan Satria Baja Hitam.. Lepas tu layan Power Ranger, ultraman, siap berebut lagi dengan abang nak jadi Power Ranger Merah.. Abang marah sebab dia kata perempuan mana boleh jadi ranger Merah.. Ranger Pink boleh la... (muncung dah keluar, tak adil betul)..

Haha seronok ingat kisah silam.. Tapi macam tak percaya, rasa suka tengok ultraman dan kamen rider masih lagi wujud. Cuma sedikit memilih la. Power Ranger dah tak tengok, sebab jalan cerita tak menarik.. Ultraman yang aku paling suka adalah Dyna.. Kamen Rider plak, ermm yang mana yer yang best.. Ada gak yang aku tak tengok, kalau jalan cerita tak best.

Adakah aku ni masih kebudak-budakkan kerana layan Ultraman dengan Kamen Rider? Mak aku la kata aku budak-budak. Adik aku tak layan, nasib baik abang yang dah kawin tu, layan lagi ultraman. Kadang saja guna konon anak buah yang nak tengok. Sedar umur memang bukan kategori kanak-kanak, remaja pun bukan lagi dah, belia ermm yay masih lagi. Tu pun ikut negara gak.. Tak silap aku ada negara tak iktiraf aku sebagai belia lagi dah.. Dah tu panggil apa lepas belia?

Ehhh apa lari tajuk ni.. Kembali kepada topik asal. Kenapa tiba-tiba cakap pasal Kamen Rider ni? Aii teringat zaman kanak-kanak ker? Taklah. Sebab aku baru lepas layan Kamen Rider Fourze... Hahaha best la yang ini.. Sebab topik utama dia memang aku suka iaitu persahabatan. Orang Jepun suka buat cerita pasal persahabatan.



Entah la, tapi aku rasa Fourze ni agak best dan sesuai ngan aku.. Biasalah aku ni, ada kala tengok citer yg buat aku fikir, dan selebihnya sah-sah untuk aku berhibur. Seronok tengok watak utama yang begitu beriya mencapai impiannya untuk berkawan dengan semua orang. Wowww, satu impian yang aku rasa mustahil untuk dicapai oleh aku sendiri. Satu sebab aku tak pandai memulakan, kedua aku hanya banyak kenalan berbanding kawan.

Satu lagi sebab nak tengok sangat Kamen Rider Fourze ni sebab aku pernah terbaca, bapak kepada pelakon utama ni memang nak sangat anak dia jadi kamen rider. Kira memang impian dia la.. Pehh pelik tapi sempoi la bapak dia ni. Selalu mak bapak kan harap anak dia jadi doktor ker, jurutera ker, cikgu ker, ini bapak dia nak anak dia jadi kamen rider.. Tahniah kerana impian tercapai.. hehe.. Oklah nak sambung tengok episod 3 plak... Hensin...

1 comment: