Monday, October 17, 2011

Perempuan tak melihat pada rupa (sedikit Baby face Beauty preview)

Siapa tak suka lihat benda yang cantik, cakap kat aku. Ohh please la.. semua orang pun suka benda yang cantik. Aku pun sama. Tapi korang rasa pelik tak, kenapa kalau ada perempuan yang cantik tapi pakwer dia haram, tak hensem langsung. Tapi tu bukan satu benda pelik pun, berlambak jer. Orang kata jodoh, diulang jodoh.. Tak reti bahasa lagi, meh nak ulang jodoh… Haha

Siapa kata rupa tak penting. Pentinggggg. Sebab tu adalah first thing yang kita tengok. Tapi tak perlu cantik atau hensem pun. Cukup ajer sedap mata memandang. Kecantikkan itu kan relatif.. hehe.. Betulll… Masa zaman aku masih belajar dulu, selalu jer bercakap ngan member2 kalau2 TER-usha mamat hensem.. Mesti akan cakap, “Weii hensem la mamat tu” atau “weii comei la mamat tu”, tapi bila aku tengok ehh biasa jer, tak hensem mana pun, so kesimpulan aku, hensem tu depend pada taste kau la kan.. Macam makanan gak, ada orang suka makan tomyam, ada orang tak suka (apa kena mengena plak ngan tomyam)..



Apa kes aku cerita pasal cantik, tak cantik, hensem, tak hensem ni. Aku baru abis marathon citer Korea ni. Tajuk dia Baby face beauty. 20 puluh episode tu.. Aku suka cerita tu, walaupun mula-mula malas gila nak tengok. Tapi aku tengok juga sebab dah mula tengok. Dari episode 1 sampai 5 kot, serius aku tak suka cerita tu, rasa nak stop, tapi aku teruskan juga. Aku tengok cerita tu pun sebab dah lama aku tak tengok Jang Nara berlakon. Mesti korang pelik bila mula-mula aku kata suka, tapi tiba-tiba aku tak suka plak.

Keseluruhan cerita aku suka, hanya episode awal jer aku tak suka. Tengok dia asyik kena buli ngan family dia pastu kena menipu untuk dapat kerja. Lepas tu xder plak hero hensem dalam citer tu, mana nak ada mood nak tengok… Tapikan, aku tak putus asa… aku tengok juga (hampeh tengok citer jer pun). Start dari saat dia mengaku, ermm sebelum sikit kot, mungkin masa dia dah buat keputusan untuk mengaku tu, aku dah mula melekat dengan cerita ni.. haaa baru la cerita bermula.

Dan mujur aku terus tengok juga. Sebab sebagaimana aku, heroin tu pun salah faham dengan keluarga dia. Memang keluarga dia nampak macam tak fair, tapi mereka masih keluarga. Alahh kita pun kadang-kadang salah faham dengan keluarga. Takkan korang tak pernah rasa marah dengan mak ayah korang bergantung satu-satu isu tu, tapi diaorang still mak ayah kita, dan diaorang pun manusia gak. Ada kelebihan dan kekurangan. Masa aku tengok mak dia jaga anak dia yang sakit, aku tahu mak dia sayang jer anak dia ni, Cuma tak tunjuk jer.

Lepas tu, lelaki yang aku kata hero dia tak hensem tu (sampai sudah pun aku rasa dia tak hensem), aku mula perasan, kalau dia senyum comei la.. Mungkin kerana watak dia yang degil untuk mendapatkan apa yang dia nak (positifnya dia tak mudah putus asa).. Aku suka.. Tapi dia ni memang comei bila senyum, pastu buat pulak muka malu, malu.. hehe mahu tapi malu.. (hehe gedik plak aku ni.).

So kesimpulan yang aku buat, lelaki yang tak hensem, kalau ada sesuatu kekuatan ada pada diri dia, sure perempuan akan suka. Semua orang pun ada kelemahan, tapi kekuatan yang korang ada tu, tonjolkan lebih sikit. Perempuan ni kalau dah suka, kau tak hensem pun, akan jadi hensem di mata dia..

Macam aku, aku akan rasa sweet sangat kalau ada lelaki yang pandai melayan budak-budak even perangai dia pun ikut perangai budak-budak gak.. Sebab aku ni garang (bab penyanyang tu simpan dalam-dalam). Nasib baik anak buah aku memahami, sebab perangai aku yang masih budak-budak.. So diaorang tetap sayang aku walaupun aku ni garang.. kekekeh…

0 komentar:

Post a Comment