Friday, April 8, 2011

Wayang, wayang, wayang...

Hehe salam satu Malaysia.. Walaupun bukan se-Malaysia yang baca blog aku ni..

2 minggu lepas dah tengok Merong Mahawangsa.. Ok agak best. Rating aku bagi 4/5 la. Sebab ada beberapa yang lemah yang boleh lagi diatasi. Cewah pandai jer aku gred. Tapi sebagai seorang penonton, aku memang punya hak kan?

Malam ni nak tengok 'Sucker Punch' Tak ada dalam list wayang yang ingin ditonton. Takper la, aku teman member jer pun, takut nanti cerita yang aku nak tengok plak, dia taknak teman. Give and take la kan.

Untuk tidak melengahkan masa, aku akan senaraikan trailer-trailer wayang menarik yang ramai tidak akan ketinggalan untuk menontonnya.. Bermula dari April (bulan ni) hinggalah bulan September nanti.. (ermm aku ambil yang paling aku nak tengok sajer la yer)..

April 2011 - Gantz

Trailer aku sudah paparkan pada entry blog sebelum ini. Sudah bermula tayangan pada 7 April yang lalu, tapi hanya 4 panggung GSC yang tayangkan. Pavillion KL, Mid Valley, 1 Utama dan Alamanda Putrajaya sahaja.. TGV tak check la pula. hehe..

Mei 2011

Kongsi

Siapa taknak layan filem lakonan pemenang Bintang paling popular berita harian 2010 ni, angkat mouse anda.. hehe cerita ni tak payah cakap banyak, tengok trailer pun dah nampak macam menarik. Aku nak tengok pun sebab dialek yang Sam ni gunakan.. Mesti kelakar. Nantikannya pada 12 Mei nanti.





PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES

Kalau dah ikut filem-filem Pirates of the Caribbean, mesti takkan tinggalkan peluang untuk filem susulannyalah. Tak sabar melihat kelucuan Capten Jack Sparrow beraksi bersama krew-krewnyer yang lain. Apa terjadi yer dalam filem terakhirnya sebelum ni??? Ermm kena segarkan semula ingatan dengan menonton semula filem-filem Pirates of the Caribbean sebelum ni.... :)




Jun 2011

X-MEN: FIRST CLASS

Aku tak sediakan trailernyer kat sini, sebab kemungkinan besar aku tak tengok kot citer ni. Nak tahu lebih lanjut, cari saja di YouTube yer..

Transformers: Dark of the moon

Di permulaan trailer, agak kurang menarik perhatian. Macam bosan jer, lepas tu ingatkan cerita tiba-tiba ada alien serang angkasawan tu ker, rupa-rupanya Transformers. Walaupun trailer tak begitu menarik perhatian aku untuk menontonnya, tajuk transformer tu dah cukup kuat untuk menarik aku supaya menunggu bulan Jun ini untuk menontonnya. Mesti ramai yang menantikannya juga kan.





Julai 2011

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2


Akhirnya bahagian kedua menemui kita di layar perak. Puas jugalah ditunggu. Al-maklum la, bahagian pertama dah lama ditayangkan. Aku memang pembaca setia buku Harry Potter memang tak sabar nak menonton bahagian terakhir cerita ni. Walaupun dah tahu kesudahannya, tapi tak kisahlah. Aku nak tengok jugak!..





Ogos 2011

Ada Final Destination 5. Nak tengok kematian yang mengejutkan dan bagaimana mereka cuba lari dari kematian. Tengoklah yer. Trailer cari sendiri di YouTube.

September

Gantz 2: Perfect Answer

Aku mulakan entri ni dengan Gantz, dan aku akhiri dengan Gantz juga. Aku tak berapa nak perasan yang aku dah beritahu atau belum, Gantz ni dibahagikan kepada 2 bahagian. Jadi ini adalah bahagian kedua Gantz. Taklah lama sangat menunggu walaupun sebenarnya Gantz part 2 ni akan ditayang di penghujung bulan ni di Jepun. Oklah sebab part 1 pun dah ditayangkan di sana pada Januari tahun ni. Jadi kalau dah layan Gantz 1, takkan tak layan Gantz bahagian 2 pula kan?




Selamat Menonton...

2 comments:

  1. Gantz memang terbaeekk!!
    dah layan dua2 movie kt wayang..
    ending part 2 agak sengal tp boleh diterima..
    huhu~ manga dia pon baca gak ke?

    ReplyDelete
  2. Pehh bila blogger otai comment kat blog sendiri mmg xle percaya.. mcm celebrity dtg melawat rasanya.. hehe dah tgk part 1 dua kali.. sbb terjanji dengan dua org.. Manga dia mestilah baca, klu tak x tengok ler movie ni..

    ReplyDelete