Mesti ramai yang gelak kat aku bila baca entri ni. Yelah biasanya azam kan kena dibuat pada awal tahun. Tapi tu azam tahun baru. Aku bukan buat azam tahun barulah. Oklah, aku tukar 'Objektif aku di tahun 2011’.
‘Pembahagian objektif?’
Ada 2 kategori yang bakal kuletakkan dalam objektif aku tahun ni (kenapa pula bakal kalau sudah bermula). Satu adalah objektif besar. Satu lagi objektif kecil. Sebab yang besar ni susah nak dicapai dan yang kecil pula boleh dicapai dalam masa terdekat. Objektif kecil ni patutnya aku boleh capai dalam seminggu, tapi nampaknya, hari ni dah mencecah hari Jumaat, matlamat aku masih belum tercapai.
‘Ehh dah buat, tapi kenapa sekarang ni tiba-tiba nak umumkan?’
Sebab kalau ada matlamat tapi tak ditulis, atau diberitahu kepada seseorang, susah sikit nak menjadi. Kalau ditulis dan dilihat depan mata tiap-tiap hari kan mesti akan sentiasa beringat dan berusaha untuk membuatnya. Manakala kalau diberitahu kepada orang lain, orang lain boleh menjadi dorongan dan member pandangan supaya matlamat dan objektif itu dapat dicapai. Kalau setakat dalam otak sahaja, hanya orang yang benar-benar berazam dan menginginkannya, mampu melakukannya. Tapi takkan korang tak pernah dengar peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam’kan. Tak payah nak terangkan lagi, korang sendiri pun faham.
‘Objektif besar, teori, usaha dan alasan’
Objektif ni adalah ulangan azam-azam bertahun lamanya. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku buat azam yang sama, dan hasil tak pernah menampakkan kesan. Sebab paling mudah, aku tidak mencuba sedaya upaya untuk melakukannya.
Azam aku mudah jer bagi orang lain, tapi amat sukar untuk aku sendiri. ‘Aku nak menggemukkan badan.’
Usaha dan alasan: Aku rasa aku dah makan cukup banyak. Well di saat member se'ofis' hanya makan kuih atau mee untuk tengah hari, aku mesti cari nasi. Nak nasi gak. Malam pun aku cuba sedaya upaya supaya tidak miss. Hahh alasan. Aku memang makan banyak, tapi ada ketika masa sahaja. Ketika masa lain, aku tak peduli makan pun.
Usaha: Cari maklumat yang betul untuk menaikkan berat badan. Sumber paling penting adalah protein. Ok, jadi aku akan pastikan aku minum susu tiap-tiap hari. Bukan susah pun, sebab aku memang suka susu. Kena makan ikan selalu ni. Boleh makan telur campur keju selalu. Nyum nyum, sedap.. Alasan, susu ngan keju mahal la. ‘Jgn banyak songeh boleh tak’
Untuk mendapatkan berat badan ideal, aku buat perjanjian dengan diri aku sendiri, everyday, must to make sure to take breakfast. MUST. Nampak cam senang kan. Semua orang cakap, breakfast adalah yang paling penting. Tapi sumpah aku cakap, aku tak pernah terniat nak skip breakfast. Sebab pagi aku memang lapar gila. Cuma… (alasan lagi).. kadang tak sempat. Tak sempat nak prepare, tak sempat nak beli, kalau dah prepare, atau dah beli, tak sempat nak makan. Betul, bukan taknak, tapi kadang masa tidak mengizinkan. Tapi aku akan mencuba sedaya upaya untuk tidak ponteng breakfast. Kalau ter'miss' tu, nasib la..
Bersenam. Ermm aku suka bersukan. Tapi bekerja 6 hari seminggu, time bila nak bersukan? Takder yang nak meneman. Dah la stamina takder.. huuhu.. hendak tak ingin ni. Hari ahad? Hehe nak berehat. Member kat rumah tu ok jer kalau ajak pun. Erkk. Pergi kerja naik LRT, berjalan. Confirm berpeluh.. Ermm berpeluh, sampai offis busuk, kena keluar awal. Hehe banyak betul alasan.
Roti. Ehh kenapa makan roti lebih bagus. Sebab ia mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding nasi. Aku boleh makan roti, tapi.. (ehh ada tapi lagi).. hehehe aku tak suka roti sangat. Aku suka nasi..
Minum banyak air. Dah banyak dah. Kat ofis la. Tapi lepas tu penat asyik gi toilet jer. Kalau dok kat rumah, tak rajin minum air pun.. Tapi nak sampai 1 liter air, rasa macam tak sampai la.. Ermm 600 ke 800 mililiter ada la kot. Bukan kena capai 1.5 liter ker?
Makan pisang dan buah-buahan lain. Aku suka pisang. Selalu gak makan, tapi tak dapat la nak buat hari-hari.. ermmm???
Kesimpulan: Ada can ker aku nak naikkan berat badan ni?
'Objektif kecil'
Aku ada banyak objektif kecil yang boleh dikatakan hampir tiap minggu aku buat.
Ni objektif aku pada minggu ni, tapi tak tercapai, so minggu depan kena usaha lagi.. Esok Sabtu, jadi tak perlu sebab jalan tak jam.
Sekarang ni tempat letak motosikal limited. Jadi kena keluar awal sikit hanya untuk mendapatkan parking. Masuk ofis pukul 9. Kalau keluar rumah jam 8.30, sempat jer lagi, tapi mmg xder parking la. Biasanya aku keluar 8.15. Target aku adalah untuk keluar dari rumah tepat atau sebelum 8.00 pagi.
Selain untuk mendapatkan parking untuk moto, masa tu juga diperlukan kalau aku ke tempat kerja dengan menaiki lrt. Ada masa tertentu yang memerlukan aku naik lrt, mesti aku masuk ofis lambat. Sebab tak pandai nak bersedia dan keluar rumah tepat pada masanya.
Arahan diterima hari Rabu yang lalu, termasuk hari ni dah 3 hari aku mencuba. Hari Rabu, lambat, sebab naik lrt. Keluar 8.10, memang failed. Khamis 8.10 juga. Failed juga. Sampai ofis, dah xder parking. Orang lain pun buat keputusan untuk datang awal juga. Nasib baik encik guard baik, dia bagi aku parking kat tengah2, macam haram gak, tapi dengan kebenaran.
Hari ini, 8.05. Kalau ikutkan dah failed tu. Ok lah, memang failed pun. Tapi ada peningkatan 5 minit, dan tadi aku dapat last parking box, Cuma tempat yang tak berapa suka, sebab balik karang, payah nak keluarkan moto.
Ada banyak lagi objektif kecil aku yang lain, tapi xper, aku buat pelan-pelan.
Yeahh Emi, Chayok2…
0 komentar:
Post a Comment