Aku terbaca satu kisah lucu tentang seorang raja di Africa dan kawan baiknya. Aku tulis semula ke dalam bahasa melayu, tetapi rasanya cerita asalnya mungkin lebih baik. Apapun untuk membaca cerita asalnya di sini.
Ada sebuah kisah lama tentang seorang Raja di Africa bersama kawan baiknya yang membesar bersamanya sejak dari kecil. Adapun, kawannya si raja ini mempunyai satu kebiasaaan menyebut 'Baguslah' walau dalam keadaan apapun. Tak kira ianya baik atau buruk.
Pada satu hari, Si Raja dan kawannya pergi memburu. Kawan si Raja ini akan memasukkan peluru ke dalam pistol dan akan menyerahkan kepada Raja. Walaubagaimanapun, kawannya itu telah melakukan satu kesilapan dan apabila Si Raja menembak dari pistol tersebut, pistol itu meletup bersama ibu jarinya. Melihat keadaan itu, kawan raja menyebut perkara yang biasa disebutnya, "Baguslah". Si Raja membalas, "Tidak, ini tidak bagus" dan terus memenjarakan kawannya itu.
Setahun kemudian si Raja telah pergi memburu di satu tempat yang dia sendiri tahu tidak sepatutnya pergi. Malangnya, si Raja telah ditangkap oleh puak Kanibal dan dibawa ke kampung mereka. Mereka mengikat Raja tersebut, mengumpul kayu api dan meletakkan Raja tersebut di pancang yang disediakan.
Walaubagaimanapun, ketika mereka ingin membakar kayu tersebut, mereka baru sedar bahawa Raja tersebut tidak mempunyai ibu jari. Kerana kepercayaan mereka, mereka tidak akan makan sesiapa yang tidak cukup sifat (tak cukup anggota). Maka dilepaskanlah si Raja dan pulanglah Raja ke istananya.
Ketika itu teringatlah si Raja akan kawannya dan peristiwa yang berlaku sebelum itu serta komen kawan baiknya itu. Lalu dengan segeralah si Raja melawat rakannya itu di penjara.
"Kamu betul, ianya bagus kerana jariku telah hancur", lalu diceritakan pengalaman yang telah dialami oleh Raja kepada temannya itu. Raja juga memohon maaf kerana telah memenjarakan kawannya itu selama setahun.
"Tak, ini baguslah" jawab kawannya itu.
Raja terkejut lalu bertanya kembali,"Kenapa? Apa yang bagus apabila kamu dipenjarakan selama setahun?"
"Kerana jika saya tidak DIPENJARA, saya perlu berada bersama kamu."
haha.. morale of the story?
ReplyDeleteAda nak kena beritahu ker? Morale of the story, dalam setiap apa pun yang berlaku, mesti ada hikmah di sebaliknya... So think positive ok...
ReplyDelete