Friday, September 25, 2009

KUNCI OH KUNCI......

Nota Kepala: Aku rasa entri kali ni mesti Nija Nija suka, kan makcik kan kan kan.....



Kan bagus aku seorang pereka handal yang mampu bermain dengan alat-alat eletronik mereka pelbagai gadget-gadget baru yang canggih lagi berguna untuk kegunaan manusia seantero alam.. Masalahnya aku bukan seorang pereka lainlah nak mereka cerita yang bukan-bukan serta tak masuk di akal. Anda pereka handal? Tetapi anda kekurangan idea menarik untuk direka. Haa aku ada satu idea.

Apa kata korang cipta satu alat yang boleh mencari kunci dengan mudah. Aku rasa kalau ada terhasil mesti ramai gila ar yang akan membelinya. Tapi jangan la buat mahal-mahal sangat. Buat murah ajer la.

Masalah kehilangan kunci ni memang satu masalah yang kadang-kadang menjadi besar terutama bila dah kesuntukkan masa. Ramai yang ada masalah ni kan. Cuba banyangkan, kan best kalau kunci hilang kita boleh bunyikan alarm macam kalau kita hilang tellefon bimbit (salah tempat bukan dicuri yer), kita boleh miscall jer. Alarm ni akan berbunyi sekiranya satu kunci ditekan dari tefon bimbit. Wah canggih tu.. Syaratnya bunyi alarm berada dalam lingkungan pendengaran dan syarat yang kedua, pembunyi alarm (Contoh aku disini adalah telefon) tak hilang sekali..

Aku cerita masalah ni melibatkan seorang ahli keluargaku yang amat mudah benar kehilangan kunci. Ermm cerita ni bukan aku yer. Aku jarang hilang kunci. Jarang bukan tak pernah.

Balik kepada cerita.

Aku dah pernah jumpa ramai orang yang mudah hilang kunci... (senyum kambing). Tapi abang ipar aku sorang ni la yang paling kronik aku rasa. Kunci boleh hilang dalam jangka masa 5 minit dari kali terakhir dipegang.. Aku pun pelik. Tapi kata kakakku memang begitulah jika banyak yang sedang difikirkan.. Mahu berpeluh aku menolong dia mencari kunci tersebut.. Gurauan yang selalu keluar dari mulut setiap kali hilang kunci, "Kan best kalau boleh miscall jer kunci tu"..

Jadi apa lagi. Pereka handal.. Tolonglah yer.. Ohh kalaulah sebenarnya produk ni dah ada di pasaran dan sememangnya aku tak tahu ni, tolong la beritahu yer..
Reaksi

1 comment:

  1. kiki.. btoi tu.. aku mmg slalu hlg kunci jugak.. jadi, skrg ni aku ada 3 kunci spare.. jadi kalau nk cpt, satu hilang ada 2 lagi.. nti time free baru leh carik kunci yg hilang tu..

    ReplyDelete