Monday, November 16, 2009

Sebar entri baru...

Alamak. Tengok tajuk macam ganas jer. Tapi tajuk tak sekasar bahasa. Walaupun orang yang menulis ni agak kasar orangnya. Haha.. Dah lama aku tak buat lawak. Dah lama juga aku tak masukkan entri-entri terbaru dalam blog aku ni. Tapi apa nak buat, dah otak beku sebab pejabat sekarang sangat sejuk ditambah dengan musim hujan.

Cemburu lihat blog-blog teman terdekat yang macam best jer entri terbaru diaorang, cukup untuk aku cari sebarang idea, tak kisah la apa pun. Nak kemaskini juga entri terbaru.. Tapi masalahnya kualiti entri pun jatuh la. (Macam la entri sebelum ni tinggi jer kualitinya).

Baru 2 hari lepas aku ke pusat membeli belah.. Memang dah gila shopping agaknya aku sekarang ni. Macam-macam kubeli. Cukup untuk satu badan. Dari sweater, t-shirt, tracksuit, kasut sehinggalah ke payung.. Gila-gila. Itulah bahananya bila jarang bershoping dan bila dapat peluang, macam tak ingat dunia, sedangkan hutang masih banyak yang perlu dibayar..

Melihat kembali corak penulisan aku, rasanya (bukan rasa lagi), aku ni mudah terpengaruh. Cara aku menulis biasanya mesti ada serba sedikit berkait dengan blog yang aku baca sebelumnya.. Tapi bila masuk rencah aku sendiri, jadilah bahasa yang carca-marba yang tak berapa nak sedap. Agak-agak ada tak kursus untuk penulisan yang baik. Aku ada banyak cerita yang aku teringin kongsikan dan diadaptasi ke dalam bentuk penulisan. Masalahnya, aku tak mampu untuk menulis dalam jangka masa yang lama. Idea pula datang bukan pada masa yang benar-benar sesuai (masa tengah sibuk dengan kerjalah tu).

Wahh dalam kata tak ada idea nak menulis, banyak juga ni. Bosankan. aku tak tahu macam mana nak buatkan penulisan aku menjadi lebih menarik dan mempunyai identiti sendiri.

2 comments:

  1. wehhh..nyk nyer ko soping.. dasat betoi.. kagum aku .. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. soping payung.. haha.. mmg sesuai time2 ujan camni..

    ReplyDelete