Saturday, July 18, 2009

Berita hari semalam

Rabu, 15 Julai 2009

Bandar Sri Damansara - Satu kemalangan kecil telah berlaku di kilometer tak tahu ler berapa, susur keluar ke arah Kuala Lumpur, tak jauh dari Restoren makanan segera McDonnald. Kemalangan yang tidak melibatkan kehilangan jiwa, tangan, kaki atau kewarasan itu berlaku pada jam 8.30 pagi, waktu jam tangan yang cepat 3 minit dari waktu biasa, membabitkan seorang perempuan (nak kata wanita macam tua sangat) dan motosikal kapcainya.

Kejadian berlaku dikatakan akibat dari keadaan jalan yang basah kerana pada masa kejadian, hujan yang tak berapa nak lebat turun pada saat dan minit itu dan menyebabkan motosikal yang ditungganginya tergelincir ketika membrek dan membelok dan seterusnya mengheret penunggang dalam jarak 1 meter. Nasib baik ada beg belakang. Walaubagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mengalami kecederaan serius selain dari pendarahan kecil di siku dan lebam-lebam di pinggang, dan kaki, serta lubang-lubang tidak menyenangkan di beg, sweater, baju hujan, seluar dan kasut (kasut pun dah berlubang TT____TT).

Oleh kerana kemalangan sangat tidak serius, makanya, mangsa tidak mampu untuk memperolehi mc selama satu hari, sebaliknya kejadian tersebut dirahsiakan dari keluarga dan teman rapat serta bos-bos di pejabat (mampus wo kalau orang tau). Pada saat ini hanya seorang sahaja yang mengetahui kisah ini selain dari pembaca blog ini yang kemungkinan hanya seorang.
♥ DRIVE AND BE SAVE.. ♥

1 comment:

  1. hhuhuh.. hati2 jalan raya.. sian tol. nasib takdek pape

    ReplyDelete