Saturday, June 20, 2009

Apa nak jadi la dengan budak ni?

Hello Malaysia. Sabtu 20 Jun 2009..

Jam menunjukkan pukul 10.48 pagi. Aku sepatutnya sedang membuat kerja sekarang ni. Tapi masalahnya aku ni bermasalah. Aku patut selesaikan masalah ni dengan cepat, tapi korang tengok apa aku buat.. Isk isk isk.

Sebenarnya kan. Aku nak meluahkan perasaan sikit sekarang ni. Memanglah korang rasa entry ni agak kebudak-budakkan sikit, tapi apa nak buat, aku tengan bengang, kosong dan penuh (penuh dengan masalah, kosong dengan keinginan untuk menyelesaikannya).

Aku bekerja sebagai seorang programmer. Tapi aku tak pernah melihat diri aku sebagai programmer. Aku tak handal dalam bahasa pengaturcaraan ni, aku cuma bernasib baik sebab punya logik yang baik dalam diri aku yang membuatkan aku terselamat dalam bidang ni.

Aku perlu menambah sebahagian kerja ke dalam sistem yang aku uruskan. Aku paham apa yang aku perlu buat. Aku paham apa yang bos aku mahu aku buat. Aku juga ada kepahaman bagaimana dan apa nak dibuat. So apa masalahnya. Masalahnya, aku sedang mengubahsuai coding yang sedia ada, ermm bukan ubahsuai, tapi menambah bergantung keperluan.

Berita baik, aku hanya perlu meniru dan memperguna apa yang telah sedia ada. Bagus. Sebab tak perlu risau nak cari lagi. Berita buruk, arghh apa orang ni buat? Kenapa dia buat macam ni? Macam mana nak tiru kalau aku tak tahu langsung apa yang sedang dia buat.. Aku boleh jer memahami kalau aku nak. Memang aku nak, tapi bila bos tak ada di sebelah, takder mood ar nak buat. Eleh alasan.. Cakap jer la ko tu malas. Masalah masalah. Tolong aku kosentrait, pleaseee.

2 comments:

  1. ko wat lah replica bos ko tu.. klu dia takdek kat opis.. ko letak replica bos kt atas kerusi dia.. konon2 macam ada lah.. keke.. bagus tk idea aku???

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha

    best2, nanti aku buat, lpas tu biar jer dia kat situ, sampai bos aku sampai, pastu terkejut beruk tgk menatang tu.. Hahahah

    ReplyDelete