Wednesday, July 22, 2009

Comel atau kuat.

Amaran: Kali pertama mengarang cerita macam ni. Macam tak sesuai dengan keadaan Malaysia. Tapi kalau kat Negara-negara yang sememangnya suka akan benda-benda comel ni biasa jer. Contoh Jepun atau Korea.

Peringatan: Aku bukan seorang penulis yang hebat dengan gaya bahasa yang dasat sebaliknya hanya seorang penulis yang cuba memenuhi imaginasi yang kadang-kadang terlebih pula ada dalam diri.
________________________________

Comel atau kuat.
________________________________

Hidup Misa penuh dengan pura-pura. Dia bijak. Dia kuat. Sejak kecil telah diajar seni pertahanan diri dari bapanya yang merupakan guru dalam bidang tersebut. Tetapi Misa tidak pernah menunjukkan kelebihannya itu kepada sesiapa pun. Misa lebih suka dilihat sebagai seorang gadis comel yang nampak lemah dan naif. Sebenarnya, semasa kecil dia pernah diganggu. Jadi demi melindungi dirinya, bapa Misa berusaha mengajar Misa bagaimana untuk untuk menjadi kuat walaupun dengan tubuh kecil sepertinya. Walaupun dengan hanya ketinggian sebanyak 155 cm, Misa cukup lincah dan handal dalam seni pertarungan walaupun dalam pertahanan tangan kosong. Mungkin kerana telah diajar dari kecil. Sebab tu la agaknya orang selalu berkata 'melentur buluh biar dari rebungnya'.

Pada mulanya Misa tidak begitu. Dia tidak pernah terfikir untuk hidup berpura-pura. Berpura-pura lemah dan naif. Semasa masih tinggal di kampung, hampir semua orang tahu betapa hebatnya Misa. Walaubagaimanapun, kerana kehebatan Misa, ramai yang takut untuk berkawan dengannya. Lelaki bencikan perempuan yang lebih daripada mereka tak kiralah dari segi kepandaian mahupun kekuatan. Memang ramai yang menghormatinya, tetapi Misa tidak merasa gembira kerana peribadi Misa adalah lebih kepada manja dan suka bergantung kepada orang lain. Jadi apabila mereka sekeluarga berpindah ke bandar, Misa mula berubah. Menjadi dirinya yang diingini sesuai dengan penampilan yang nampak comel dan manja. Keluarganya hanya membiarkan Misa dengan masalah identitinya. Bapa Misa tahu yang Misa mempunyai masalah mencari identiti. Tetapi untuk masuk campur adalah bukan sikapnya. Dia lebih suka anak-anaknya berdikari dalam menyelesaikan masalah dan hanya akan masuk campur sekiranya masalah menjadi semakin mendalam.

Sekolah baru Misa sangat cantik. Sekolah barunya ini merupakan sebuah sekolah yang agak terkenal dan Misa memang bertuah berupaya untuk masuk ke sekolah tersebut. Misa tidaklah begitu canti, tapi sesuai dengan saiz badan dan perwatakkannya, Misa mampu membuatkan lelaki terpikat dari sikap dan gayanya yang comel. Arghh siapa saja yang melihat akan terpegun dengan kecomelannya. Hehe comel sangat ke Misa ni. Comel. Tapi bila dah popular, muncul pula masalah lain. Dia dicemburui oleh teman-teman perempuan. Mereka menyifatkan gaya comel Misa adalah seperti tergedik-gedik mengimpikan perhatian lelaki. Jadi masalah Misa tetap wujud. Kasihan Misa.

Satu lagi masalah Misa kini adalah dia kembali diganggu. Jika dikampung, dia dikenali dengan kekuatannya, jadi mereka pasti mengelak dari mencari pasal dengan Misa. Pada mulanya Misa hampir kehilangan sabar dan mahu sahaja menghadiahkan penganggunya barang sebiji atau sedas penangan atau tendangan hikmat Misa, tapi tiba-tiba muncul seorang satria atau wira berpakaian hitam (t-shirt dia je yang hitam) menyelamatkan Misa. Ahhh Misa berasa begitu terharu. Kali pertama dia diselamatkan oleh seorang jejaka. Macam dalam filem la pula, bila si heroin diselamatkan hero tersayang. Amboi. Belum apa-apa dah sayang.

Siapa tak cair, kalau penyelamat tu seorang yang sememangnya Misa kagumi di sekolah. Senior Misa sendiri, abang Adman. Abang Adman ni banyak peminat di dalam sekolah, tapi dia tetap maintain cool, jaga imejlah katakan.

“Ahh terima kasih abang Adman sebab selamatkan Misa. Tak tahu macam mana Misa nak balas budi abang,” ujar Misa dengan menambah sedikit kecomelan dalam tindak tanduknya.. (eiii jangan geli yer.. mungkin betul kot Misa ni gedik).

Adman hanya tersengih melihat gadis kecil molek dihadapannya. Dia tak sangka hari ini dia begitu bernasib baik dapat bercakap dengan gadis yang menjadi perbualan hangat di sekolah. Siapa tak tahu Misa. Gadis baru yang kecil molek yang mampu membuatkan hati banyak lelaki di sekolah cair kerana kecomelannya. Tak tahulah kalau budak ni mampu jadi lebih comel atau tidak. Jadi pembukaan persahabatannya dengan Misa memang tak akan disia-siakan begitu sahaja. Sejak dari hari itu, di mana ada Misa, pasti ada Adman. Adman bagaikan pengawal peribadi Misa yang melindungi Misa dari sebarang ancaman. Misa pula mesti la rasa begitu seronok sekali. Tak pernah dia merasakan begini.

Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Misa. Pada suatu hari, Misa dan Adman secara tiba-tiba dikelilingi oleh hampir 10 orang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap Adman dan memalukannya di hadapan Misa. Sekuat manapun Adman, ternyata dia tidak mampu mengalahkan kesemua pelajar samseng itu. Adman hampir dipukul dengan teruk sehinggalah Misa hilang sabar. Apa lagi, maka melayanglah seorang demi seorang samseng-samseng tersebut akibat penangan serta side-kick dan flying-kick dari Misa. Adman yang terbaring di atas jalan begitu terkejut dengan situasi yang berlaku sekarang. Tidak sampai sepuluh minit, kesemua penyerang yang menyerang terbaring kesakitan.

Menyedari bahawa Misa telah menunjukkan belang dirinya yang sebenar, dia hanya tersengih macam kerang busuk. Tak tahu apa yang perlu dikatakan, Misa hanya membantu adman bangun dan memapah Adman ke klinik berhampiran dan menelefon keluarganya. Adman terkedu tidak mampu berkata apa-apa. Hari itu, mereka berpisah tanpa berkata apa-apa. Tiada pertanyaan mahupun penerangan. Apabila pulang ke rumah, Misa terus mengurungkan dirinya di dalam bilik, memikirkan kemungkinan besar cerita tentang dirinya yang sebenar terdedah di seluruh sekolah. Tapi apa yang paling membimbangkan adalah Adman pasti tidak mahu lagi berkawan dengan gadis kasar sepertinya.

Keesokan harinya, Misa menuju ke sekolah dengan rasa yang berat sekali. Walau apapun, hidup mesti diteruskan. Tiada maknanya untuk terus mengelak. Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam kawasan sekolah, Misa dapat merasakan begitu banyak mata yang memandangnya. Misa terus berjalan menuju ke kelasnya tanpa mempedulikan setiap bisakan dan renungan yang diterimanya. (kesian Misa).

Sungguhpun begitu, orang yang paling Misa takut untuk berdepan adalah Adman. Kekasih hatinya. Tetapi Adman menunggunya seperti biasa di pintu kelasnya sambil memberikan senyuman yang paling indah sekali untuk Misa. Misa merasakan bagaikan bermimpi apabila Adman menerimanya seadanya. Tidak mempedulikan sama ada Misa sebenarnya ada dua personality di antara si gadis comel, dan gadis garang yang menakutkan. Sekurang-kurangnya, sesiapa yang ingin mengganggu Misa pasti akan berfikir 10 kali untuk mencuba. Kesimpulannya, cinta kalau dah datang, susah dah buang.

Tamat
Nota kaki: Yay habis pun aku karang. Cuma ending dia tak cukup kuat ar. Niza, boleh tolong editkan tak. Betulkan mana-mana yang patut, mana-mana ayat yang salah supaya lebih menarik tapi jangan dihilangkan pula jalan ceritanya. So apa lagi. Komen la.

3 comments:

  1. huhu.. haha.. wahaha.. no komen. lalala~ nnti lah weekend aku tgk2 balik yer. ehehee.. cerita aku yg aku buat dlu pun tak sudah lagi. bila nak sudah pun tak tau la

    ReplyDelete
  2. apasal nama dia misa eh.. nape tak taruk Niza terus? La la la~

    ReplyDelete
  3. Teringat watak misa yg comei dalam Death Note.. Hehe

    ReplyDelete