Tuesday, May 12, 2009

Writer block sindrom

Lamanya betul aku tak post apa-apa entry baru kat blog ni. Rasa memang la nak update tapi tak tahu apa nak ditulis. Mungkin kali ni betul-betul dah terkena sindrom writer block kot. Aku sebenarnya sekarang sedang cuba mengelak untuk terus-terusan menulis luahan hati atau macam diari bergerak sebagaimana ramai sangat pemilik-pemilik blog menulis sekarang ni. Aku bukan seorang penulis yang baik, tapi kalau sekali aku mengomen, minta maaf la. Kadang-kadang aku rasa aku ni pengkritik.

Bercerita tentang penulisan dan penyakit 'writer block' ni. Kalau nak diikutkan sebenarnya tidaklah aku terkena penyakit tu. Kalau tak tak akan terhasillah tulisan bertema luahan perasaan ni. Menulis, jika ianya tentang diri sendiri sangat mudah, malah menulis untuk bercerita tentang orang lain lagi mudah. Sebab dah jadi penyakit semulajadi manusia untuk bercerita tentang kisah orang ni dan kisah orang tu. Jadi di mana sebenarnya berdirinya aku sekarang ni? Entahlah. Rasanya, kalau dibaca betul-betul karangan aku kali ni nampak sangat yang aku seolah tiada pendirian.

Menulis sebenarnya mudah. Yang susah adalah menulis sesuatu yang berupaya menarik minat seseorang. Aku dikira agak bertuah sebab sekurang-kurangnya ada seorang pembaca setia yang membaca blog ini. Terima kasih. Tetapi aku fikir, kerana dia mengenali siapa aku maka dia mungkin merasakan yang cerita aku menarik. Tapi bagaimana dari pandangan orang lain pula.

Aku gembira jika aku dapat memasukkan unsur-unsur humor dalam penulisan aku, tapi rasanya ianya agak sukar, kerana aku lebih suka menulis sesuatu yang bernada serius. Nak humor kena menunggu masa yang sesuai, tak mampu nak melaksanakan pada bila-bila masa. Kalau bernada serius dan bertemakan pendapat seperti ni, 100 muka surat pun aku rasa aku mampu meluahkan, masalahnya tak akan ada orang nak baca la. Kadang-kadang aku tak tahu apa tujuan aku menulis. Adalah kerana inginkan seseorang membaca atau hanya sekadar satu cara untuk membuang masa. Cuma apa yang aku tahu, kegembiraan apabila mengetahui terdapat seseorang membaca tulisanku menyebabkan aku amat gembira sekali. Betul.. Tak tipu..

Aku ada penulisan berbentuk tutorial dan juga penulisan cereka. Masalah sekarang adalah sama ada aku mahu memisahkannya kepada blog berlainan atau hanya memaparkannya di sini. Nampak lebih afdal jika memaparkannya di tempat lain. Tengoklah, bagaimana nanti..

0 komentar:

Post a Comment