Sekarang ni bila di tempat kerja, aku selalu terasa yang aku sukar sekali nak menumpukan perhatian. Mudah sekali perhatian aku teralih (easly distract). Aku ni adalah seorang yang mudah (sangat cepat) menjadi bosan, terutama bila asyik buat benda yang sama tiap hari. Bukan tak boleh, sebenarnya boleh kalau perkara tu sesuatu yang aku minat. Tapi kalau nak dikatakan aku tak minat dengan kerja aku tak juga. Kadang-kadang (kadang-kadang) seronok. Tapi suka sangat berseronok.. (guna internet untuk keseronokan sendiri).. dan dengan kerap. (kerap) .. Entah berapa kali (banyak kali, macam hari-hari juga la) aku ke pejabat dengan azam "Bahawasanya saya akan buat kerja dengan penuh tekun dan saksama.. Taknak main-main lagi dah.." Macam biasa azam akan tinggal azam.. Bukan langsung tak cuba, kubuka kerja ku, kulihat dia, berkesan untuk jam yang pertama kemudian.. (jeng jeng jeng). Iskk maka ku menggelengkan kepalaku sekali lagi. "Apa nak jadi dengan budak ni?"
Untuk menyelesaikan masalah, langkah pertama adalah mengenal pasti punca masalah. Yang ni tak ada masalah pada aku. Selalu je aku dapat kenal pasti punca masalah. Langkah kedua: Mencari cara penyelesaian masalah. Tak la bermasalah sangat di sini (kadang-kadang la). Internet kan ada. Yang menjadi masalah adalah langkah ketiga iaitu: Pelaksanaan. Masalahnya penyakit kronik dalam diri aku yang satu ni la (malas).. Banyaknya masalah. (Kugeleng kepala sekali lagi).
Baiklah kembali pada topik asal. Punca masalah aku: Tidak dapat menumpukan perhatian pada masa yang lama.. (lost focus).. Jadi langkah kedua, mencari penyelesaian.. Adalah aku jumpa yang sesuai dengan diri aku terutama bila nak menumpukan perhatian kepada projek yang sedang aku jalankan.
Tips menumpukan perhatian kepada projek..
i. Nyahkan sebarang perkara yang boleh mengganggu. (Eliminate Distractions). Sekecil-kecil gangguan mampu menghalang penumpuan kita.
a. Bersihkan dan kemaskan meja. Letak semua barang di tempat lain atau di atas lantai kalau boleh.
b. Tutup sebarang aplikasi yang tidak digunakan dan paling penting yang mampu menganggu konsentrasi ketika bekerja. Contoh: Game dan internet (kelemahan aku ni)
c. Tiada tv atau radio kecuali kalau anda mampu bekerja dengan lebih baik jika bersama musik.. (Hehe aku memang kena ada musik. Sebab kalau aku betul-betul nak tumpukan perhatian, aku akan pasang lagu kuat-kuat sebab taknak ada gangguan dari sekeliling.)
d. Jauhi dari telefon. Kalau ada panggilan pun buat tak tau. Senyapkannya. (ni bukan masalah aku. Jadi tak kisahla.)
e. Tiada email atau feed reader. (Masih belum faham lagi kaedah feed reader. Masih cuba memahami.)
f. Hanya anda dan projek anda.
ii. Gambarkan (Visualize)
Haaa ni satu kaedah yang selalu aku gunakan terutama ketika sebelum masuk tidur. Ambil masa dalam 5 hingga 10 minit untuk membayangkan tentang projek dan apa yang perlu dilakukan secara keseluruhan untuk hari tersebut. Hari esok jika dibuat sebelum tidur. (Hehe cara ni berkesan tau. Sebab dulu aku selalu buat terutama bila masa menjadi faktor penting. Masalahnya sekarang aku dah kurang buat macam tu. Malam-malam selalu terlena tanpa sedar jadi mana sempat nak menggambarkan lagi dan aku selalu buat bila masa dah kritikal dan banyak yang perlu dilakukan dalam masa serentak. Kesan daripada kerja last minute.)
iii. Merancang
Catat apa yang perlu dilakukan. Tak kisahlah sama ada nak kemas rumah, nak belajar untuk peperiksaan, rekabentuk laman web, apa-apalah. . Tulis sebahagian besar langkah dari awal hingga habis mengikut urutan.
iv. Perancangan Hari ni.
Tulis apa yang nak dibuat hari ni dan buat anggaran masa yang digunakan. Ikut turutan mengikut kepentingan. Patuhi jadual tersebut.. Kalau perlu mengambil masa yang lebih untuk sesuatu tugas, takper, cuma jangan selalu..
v. Rehat dan galakkan.. (reward)
Jangan lupa letakkan masa rehat dalam jadual. Tetapkan dalam satu jangka masa supaya tak terlajak. Ha masa ni lah kalau nak online.. Dah selesai semua dan berjaya, rancanglah sesuatu sebagai hadiah dan galakkan untuk diri sendiri.. (dalam banyak-banyak tips, bahagian ni paling aku suka.)
vi. Laksanakan
Hehe =D kat sini lah yang paling susah. Nak laksanakan. Tapi kalau azam kuat, rasanya boleh jer. Bekerja mengikut apa yang telah dirancang. Ikut betul-betul. Serius la sikit dengan diri sendiri supaya tak mudah terganggu atau nak buat kerja laro pada masa tengah serius buat kerja. Kalau pada diri aku kena paksa sikit..
vii. Projek kreatif.
Alamak kalau terlibat dengan kerja kreatif memang payah nak tumpukan perhatian. Terutamanya bila kekurangan atau kehilangan idea. Masa ni la aku selalu cari alasan untuk berpoya-poya. Konon tak ada idea. Tengah stuck. Buat apa nak paksa-paksa diri. Jadi ni ada sikit tips yang aku ambil:
Tulis: Tulis garis panduan dan kemudian terus menulis. Jangan takut kalau draf pertama tu sesuatu yang teruk. Bila dah ada, kemudian dah boleh diedit kepada bentuk yang lebih baik. Draf yang pertama memang susah. Tapi mengedit akan menjadi lebih mudah. Kalau dah betul-betul tergantung tu, nak buat macam mana lagi, memang perlukan lebih masa, lebih maklumat, atau rehat sekejap. Kenal pasti yang mana satu. Bergantung kepada macam mana korang tergantung. Keluar berjalan atau pejamkan mata mungkin boleh membantu.
Seni: Dapatkan draf kasar anda dalam bentuk yang sepatutnya. Aku tak tahu nak terangkan bahagian ni macam mana. Cuma pastikan apa yang dibuat tu benar-benar difahami. Lihat dalam pandangan yang berbeza supaya kritiviti akan lebih berkembang.
Umum: Pelan-pelan la. Kretiviti mana boleh kelam kabut. Yang pasti cuba berseronok dengan apa yang dibuat. Walaupun kerja tu mungkin tak seronok, cari cara nak bagi seronok dan sekurang-kurangnya segalanya akan menjadi lebih mudah.
viii. Nikmati ganjaran yang telah anda sediakan.
Apabila hari anda telah selesai dan anda telah melakukan yang terbaik sekali, pandang ke belakang dan kenal pasti pencapaian anda pada hari tersebut. Rancang pula untuk hari esok, lepas tu lepaskannya. Tak payah fikir lagi. Biarkan otak berehat. Nikamti ganjaran yang anda rancang walaupun hanya sekadar minum air kegemaran anda. (Hehe baca di bahagian akhir ni paling seronok sekali. Tapi ianya bagus apabila hari berlalu dengan penuh bermakna.)
Ok. Sekian tips yang telah aku dapatkan dan kongsikan. Maknanya dah sampai masa untuk aku melaksanakan langkah ketiga penyelsaian masalah aku. Kalau nak tau, sebenarnya kebanyakkan tips kat atas tu aku dah buat dari dulu lagi, cuma tidak secara kerap dan yang paling teruk sekali, aku akan teralih perhatian juga dari apa yang aku buat tu.
"Staying focus takes less talking and more thinking. It requires no procrastination and all determination. Whatever you focus on is what you will get. Stay focused on fear and that is what you will get..fear and failure. Focus on results and the power of belief and change, that is what you’ll get. When you stay less focused on your journey to a goal and put all your focus on the goal itself. Surrounding yourself with positive mentors and people who are good at what you want to become and what you want out of life. Remember procrastination is the natrual assasin of all dreams and the price of growing is much more expensive then mediocrity."
Monday, February 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment