Saturday, February 1, 2014

Terapi diri: Panduan hidup untuk lebih keyakinan dan bahagia..


1) Tumpukan perhatian kepada apa yang menganggu fikiran korang - sebab kadang kala ianya cuba memberitahu sesuatu yang penting tentang diri korang.

2) Jangan asyik fikir negatif jer. Usaha untuk hidup ke arah kehidupan yang lebih bahagia. Kalau ada yang tak happy tu, then cuba tukar. Tak boleh tukar keadaan, ubah cara fikiran.

3) Jangan ubah personaliti diri korang. Korang adalah unik dan berharga. Jadi diri sendiri la.

4) Perhatikan perubahan fizikal anda. Kesakitan atau perubahan yang tidak diingini. Puncanya mungkin dari tekanan hidup dan ketidakbahagiaan.

5) Cuba lihat ke mana otak korang melayang. Masa tiba-tiba terberangan la tu. Biasanya ini memberi klu kepada korang apa sebenarnya korang inginkan, impikan dan harapkan..

6) Jangan takut nak mengaku apa yang korang takutkan. Hadapi ketakutan tu daripada membiarkan ia terus membelenggu dan menghalang korang dari hidup dengan cara apa yang korang inginkan. Cuba tanya diri sendiri, "Apa akan aku buat jika aku tidak takut?"

7) Daripada cemburu dengan hidup orang lain, baik fikir balik apa sebenarnya yang kurang dalam hidup korang. Isi ruang tu. Biasalah, rumput di sebelah pagar sentiasa nampak lebih hijau daripada di rumah kita sendiri..


A/N: Susah betul translate benda ni dari bahasa Inggeris. Walaupun faham perngertian ayat, tapi aku tak boleh nak beri maksud sebijik2 dari asal, sebab maksud mungkin jadi berbeza. Jadi aku cuba beri penerangan dalam bentuk aku faham. This things is too good to not share it.. Atau aku patut share terus guna ayat asal?

Sumber: Tumblr

Reaksi

0 komentar:

Post a Comment