Setelah sekian lama, aku rasa aku asyik nak tulis pasal stress jer. Setiap tulisan terasa sedih jer. Banyak aku tulis tapi aku tak poskan semua. Hanya kerana stress. Kemudian aku buat satu keputusan drastik, yang berisiko, tak tahu apa akan jadi akan datang. Tapi, yang paling penting, aku dapat hidup aku semula.
Badai berlalu, terdampar di pulau kecil. Masalah belum selesai, tapi aku masih hidup. Setiap satu menjadi sesuatu yang beerti.
1) Bila makanan yang kumakan berjaya kuhabiskan.
2) Gembira bangun pagi dan melalui hari tersebut.
3) Senyuman sebenar
4) Hidup ini indah
5) Aku rasa lebih cergas, sihat, bertenaga
6) Segalanya terasa beerti....
7) Kenal erti enjoy sebenar.. hahahaha
Okay, aku hanya nak cakap aku sangat gembira sekarang. Setelah melalui satu fasa krisis dalam hidup. Wow macam berat sangat dugaan aku. Tapi mungkin kerana sekecil perkara buat aku bahagia, dan mungkin dengan sekecil benda juga buat aku sengsara... aku nak jadi orang berguna..
Alhamdullilah.. Sekarang masa untuk berubah. Masih dalam bulan hijrah kan. Semoga aku menemui jalan aku sendiri yang lebih beerti.
Friday, November 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment