Friday, October 11, 2013

Kalaulah hidup ni lebih mudah...

Kalaulah hidup ni lebih mudah...

Hidup tanpa masalah, tu bukan hidup namanya. Kadang mudah kita komen tentang hidup orang lain, tapi sedarlah, bahu yang memikul itu lebih tahu.

Manusia sering menggambarkan hidup ini ibarat roda. Kadang berada di atas, dan kadang berada di bawah. Dan aku kini berada dibahagian paling bawah. Terseksa rasanya. Hari-hari berat rasanya nak meneruskan hidup aku. Nafsu makan menghilang. Stress sehingga asyik sakit-sakit. Aku yang kurus semakin kurus.

Setiap kali berdoa, aku selalu bermohon agar dikuatkan diriku ini, agar aku dapat berubah, meninggalkan kelemahan diri. Sedar tak sedar, sebenarnya Allah swt dah kabulkan permintaan aku. Maka diberikan dugaan ini. Aku sepatutnya kuat, aku patut berusaha. Tapi hari ni, aku mula merasakan. Cukuplah. Mungkin ini bukan tempat untukku.

Aku mahu gembira. Aku mahu tersenyum. Dah berapa lama aku tak dapat tersenyum. Dan aku rasa sekali lagi aku perlu memperjudikan nasib aku di luar sana. Mungkin ianya tidak sebaik sebagaimana di sini. Tapi aku juga tidak tahu jika ianya lebih menggembirakan di sana. Siapa tahu apa yang Allah telah tuliskan untuk aku?

Hari ini aku buat keputusan untuk give up. Kelakar kerana dengan tiba-tiba aku mampu bernafas. Perasaan sesak yang melanda jiwa, tiba-tiba hilang begitu saja. Perjalananku masih jauh.





0 komentar:

Post a Comment