Thursday, May 16, 2013

Kipas Susah Mati..


Teringat aku, ramai yang ketawa dan menyampah apabila Kipas Susah Mati KPOP marah-marah sebab Shinwa batalkan kedatangan mereka gara-gara perhimpunan berkenaan PRU13..

Apa itu Kipas Susah Mati? Die Hard Fan nama betulnyer.. Suka aku guna perkataan kipas susah mati ni. Hehe... Dan kalau korang tengok budak-budak (okay remaja) yang memang gilakan artis korea ni, korang akan geleng kepala. Memang dah tak ada ubat dah.. Korang boleh geleng kepala, korang boleh kutuk-kutuk diaorang, tapi sekali dah masuk dalam kategori Kipas Susah Mati, susah nak keluar woooo..

Tapi yang anehnya, kenapa korang benci sangat dengan peminat-peminat ekstreem KPOP ni.. Eleh macam korang tak ada minat korang. Kalau peminat KPOP sanggup berhabis demi artis yang diaorang minat, korang tu apa bezanya. Jangan tak mengaku. Yang minat bola, kereta, komputer, barangan teknologi, telefon dan sebagainya. Kalau peminat kereta tu jangan cakaplah. Beribu habis sebulan... Eleh tak payah bohong la.

Malah ada juga peminat-peminat artis bukan Korea yang datang Malaysia buat konsert dan korang tak kisah pun. Kenapa? Diaorang pun ramai peminat juga. Tapi bila artis Korea, korang marah bukan main, aku kata korang cemburu. Macam ramai orang yang cemburukan Justin Bieber, sampai terlalu banyak kata tak elok kat dia. Sebab, dia terlalu banyak peminat.

Apa korang lupa, korang pernah muda, dan korang pun ada minat artis macam diaorang juga. Backstreet Boys, Nsyns, Westlife, erkk New Boys... Aku ingat lagi, masa tu pun aku geleng-geleng kepala tengok mereka. Too bad masa tu aku kurang uptodate macam kawan-kawan sekolah aku, so tak terpengaruh masa tu. Hehe..

Ok, di sini aku nak mengaku. Aku pun sorang kipas susah mati gak. Tapi bukan KPOP la. Aku gila JPOP atau sebenarnya pada Arashi. Tanya aku apa sahaja pasal mereka, tahu segala. Lihat berapa banyak video tentang Arashi yang aku ada, okay satu external hard disk khas. Aku memang Kipas Susah Mati Arashi. SO WHAT? I'm proud with Arashi. Aku rasa Arashi adalah satu gejala sihat dalam hidup aku. Diaorang hilangkan stress aku, dan aku belajar banyak benda dari Arashi.

Then aku jumpa ini:

Advisory: How to handle an Arashi fan

01) Please do not talk to an Arashi fan while she (or he) is watching an Arashi program. It's the time of the day where they're the most focused.

02) They have a different memory storage space when it comes to Arashi-related trivia and material.

03) You may find them rewatching a certain point within a recorded program countless times. However, please be assured that this is not due to a video (nor brain) malfunction.

04) They're broke nearly every month.

05) Whenever the colors red, yellow, green, blue and purple come together, they instinctively think of it as Arashi.

06) "We regret to inform you that you were unsuccessful in your ticket ballot." - those words can dramatically change the course of their lives.

07) They cling on tenaciously to the hope that "Arashi no Shukudai-kun" will make a comeback.

08) Arashi is just as important as life's other necessities. Please don't ever deprive an Arashi fan of it.

Hehe ini adalah translation dari Japanese page. Compare dengan diri aku, semua hampir betul kecuali 04, dan 06.. sebab, agak impossible jumpa Arashi goods in Malaysia, so apa nak beli kan.. and entah bila dapat gi konsert sedangkan fan kat sana pun susah dapat tiket..



Well A.Ra.Shi for dreammmmm...

1 comment: