Wednesday, May 15, 2013

Fokus hanya satu..


Multitasking. Aku ni memang tak pandai nak tumpukan pada satu benda jer. Macam tu juga bila menulis. Tak boleh nak tumpu pada satu topik jer.. Macam-macam topik lain yang nak suruh keluar.. Tak tahu mana satu topik nak tulis dahulu.

Topik 1:
Hangat PRU13 masih belum reda, tapi dah suam la dah. Yang masih hangat isu perkauman dan hak istimewa orang melayu. Sekarang ni aku baca balik perlembagaan Malaysia, tak baiklah bercakap tanpa memahami fakta, jadi taknak komen lagi, tapi aku akan komen sebab terlalu banyak yang berlegar dalam kepala. Tak boleh nak diam, selagi tak dikeluarkan. Geram.


At lease ada juga yang faham.. 

Topik 2:
Isu artis bergaduh dengan mak, saling salah menyalahkan. Aduh sakit hati dengar (baca). Cukup-cukuplah tu. Tak tahu sapa salah, sapa betul, yang pastu awak tu anak lelaki, syurga awak tu kat mak awak tau, jangan la buruk-burukkan mak awak. Kalau awak betul pun, orang pandang serong gak. Yang ibu, ermm kalau iya pun nak mengadu, media ni bukan sumber yang betul. Aib orang tak patut didedahkan apatah lagi aib anak sendiri.. Dan si girlfriend, kalau betul sayang, tolonglah dekatkan kembali si ibu dan anak tu. Yang kau tu jadi batu api lagi kenapa. Terima atau tidak, memang kau tu punca diaorang bergaduh.



Topik 3:
Penulisan tergendala tentang Personaliti Plus. Dah tulis, lagipun ini adalah perkongsian ilmu, so taknak la tulis macam tu jer. Nak kena semak sikit-sikit. Hehe dah la penulisan aku ni agak gila-gila sikit. Tak pernah nak konsisten. Lagipun topik ni agak panjang, dan aku dah pecahkan kepada 5 bahagian.. Ermm bila nak post tak tahulah. Nak tambah kajian lagi ni.

Topik 4:
Nikmat dan kesihatan. hahaha syukur sebab kesihatan aku dah kembali. Tak la sakit teruk, aku rasa lebih kepada sakit psikologi yang membawa kepada sakit badan. Bayangkan hanya sedikit nikmat Allah tarik. Tak lalu makan. Tak boleh nak makan. Perut kosong dan langsung tak ada tenaga. Nak berjalan pun rasa letih semacam. Ok, aku buat keputusan taknak cerita pasal ni. Sebab ni kan dah citer sikit.. Ngeh3..

Topik 5:
Aku terbaca pasal ni semalam. Mitos tentang stress. Bagus penceritaan dia. Aku nak olah semula, tapi tengok lah nanti.. Haha tangguh-tangguh ni biasanya last-last tak buat pun...

Reaksi

0 komentar:

Post a Comment