Okay, minggu ni memang mood aku tengah gila. Kalau lelaki baca, komen diaorang senang jer, 'perempuan'. Aku rasa betul kot. Memang serius aneh mood aku minggu ni. Semalam, aku rasa nak marah-marah jer, benda kecil, geramnya banyak.. Hari ni emo plak.. Alaaa ada kena mengena dengan suasana sekeliling la juga.
Hari ni aku rasa hidup aku mengecewakan. Sedihnya. Mungkin sebab lepas dengar cerita kawan-kawan yang bahagia atau lebih berjaya dari hidup aku. Ok, aku akui, aku cemburu. Tapi bila fikir balik, kenapa aku nak cemburu, aku sendiri yang nak hidup macam ni. Taknak kejar kemewahan, bla bla.. Eleh alasan untuk tidak berusaha, jadi jangan komplen gaji sikit.
Dah seminggu umur aku bertambah. Lagi setahun, aku akan menghadapi abad baru dalam hidup aku. Hampir semua kawan-kawan aku dah kawen, anak-anak dah besar, ada yang ada dua tiga anak lagi tu. Cemburu, yer aku cemburu.
Keluarga tak abis-abis bertanya. Tak ada kawan ker. Yer memang tak ada. Aku susah nak berkawan. Sapa la boleh sabar dengan aku ni. Sentiasa kekok. Kena kenal setahun, baru boleh rapat. Betul, aku sangat-sangat susah nak dapat kawan baru. Selalu seorang, a loner. Sedihnya. Baru-baru kali pertama aku kuatkan semangat, cuba untuk berkawan, ermm penat sangat. Macam tiba-tiba ada tanggungjawab baru. Tanggungjawab, kena jawab mesej, kena jawab call, dan lepas tu, dah taip panjang-panjang, mesej tak send pun.. Arghhh nak kena ganti telefon baru ker, mana nak cekau duit ni.. Bateri abis, cas cepat penuh, x guna pon, bateri dah low.. Kenapa orang suka bercinta ek?? Tak paham, tak paham..
Teringat aku ada seorang artis kat Jepun, perempuan, lawa orangnya, ala dah artis kan. Dia cakap, dia tak suka kalau bercinta, nak kena mesej selalu. Tak call sampai seminggu, atau hubungan jarak jauh, tak kisah. Sehari sekali jer mesej, tu pun pendek2, direct to the point.. Woahh aku fikir, ada lelaki boleh tahan ker? At lease dia lawa. Then, kena kat aku, o'oooo hehe aku pun sama. Fikir balik, aiii kalau terus macam ni, tak kawen-kawen la aku..
Aku akui apa yang aku tulis ni, aku patut simpan sorang-sorang jer. Tapi aku nak seseorang baca, sebab mustahil aku akan cakap benda ni kat dia. Hello, takkan aku nak cakap, aku ni jenis si pelik yang suka buat hal sendiri, tak reti bergaul, bla bla bla.. walaupun memang betul pun.
Umur aku dah banyak. Macam dah tak sesuai nak kejar cinta idaman. Sebab pada aku, aku taknak bercinta macam budak-budak sekolah, kena selalu gi dating ker aper, aku percaya kepada cinta selepas kahwin. Adakah tak relevant di zaman ni? Tapi kalau tak kenal, macam mana nak tahu sesuai atau tak. Baru dua minggu dah tak tahan, apatah lagi seumur hidup.
Then aku teringat dulu-dulu, aku nak seorang kawan baik menjadi teman hidupku. Sebab dengan teman baik, boleh buat kerja gila-gila. Dengan kawan baik, tak payah polite-polite nak jaga hati sangat, panggil mangkuk pun apa dia kisah. Sebab keluarga aku begitu. Aku dengan adik aku umpama, anjing dan kucing, tak pernah cakap baik-baik, gaduh tu selalu, tapi aku tahu, aku sayang dia, dia sayang aku.
Ada yang pernah kata, pemikiran aku macam lelaki. Sebab lelaki yang tak suka affection (dlm bahasa melayu sebut apa yer) ni. Tak suka kepit-kepit. Aku tak suka windows shopping.. Tapi at lease aku tak seteruk dulu la. Dulu aku sentiasa ber-sport shoes, tapi kini sekali sekala, aku pakai la juga kasut bertumit tinggi. Dan berjinak-jinak dengan pakaian comel2. Dulu apa aku kisah.. Selekeh jer..
Aku yang punya banyak topeng. Aku boleh banyak cakap, cakap tak berhenti, tapi aku juga boleh jadi pendiam, sebab tak tahu nak cakap apa. Aku suka bersendiri, dan kadang aku suka juga pada keriuhan. Aku suka duduk di rumah dan aku juga suka keluar ke tempat-tempat baru, mencuba sesuatu yang baru.
Hanya satu tidak, aku tak suka mengulang benda yang sama. Aku mudah bosan. Boleh ulang, tapi biarlah jarak masanya ada.
Aku yang kadang-kala suka menunjukkan betapa dewasanya aku, tapi ada ketika aku masih menjadi seperti anak-anak kecil. Aku tak pernah kisah apa orang kata, tapi kalau dah kena kata tu, sedih la pulak. Aku sukakan sesuatu yang kelakar, tapi sekali sekala nak juga menangis sedih. Cuci mata la, air mata kan pencuci semula jadi.. hahahaha.. Aku tak suka sesuatu yang menakutkan, kadang sengaja nak takutkan diri, tapi ermm tak takut mana pun.. Sebut pasal takut, tahun ni banyak ketakutan aku dah berhasil ku atasi. Jadi ketakutan hanya sekadar imaginasi. Cuba dulu baru tahu takut ke tidak.. Aku dah berjaya pegang ular, sedangkan ular tu dulu haiwan yang paling aku takut..
Macam lagu.. Aku suka rock dan klasik. Aku suka pop dan sentimental. Aku layan hindustan dan layan punk-rock.. Heavy metal, okay.. Mozard, pun okay..
Hidup aku penuh dengan kontra.
Aneh ker hidup aku ni? Aku sendiri tak faham diri aku, tapi agak-agak ada ker yang faham dengan aku ni..
Monday, June 17, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment