Wednesday, March 20, 2013

Program Freeware

Serius tak tahu nak letak tajuk apa..

Dalam dunia internet, ada banyak program-program percuma (freeware), yang berguna tapi ramai tidak mengetahuinya. Aku sungguh berharap aku tahu program-program ni masa aku belajar dulu tapi takperlah, at lease sekarang dah tahu. Aku share sikit ngan korang.

WordWeb - http://wordweb.info/free/



Susah nak cari program kamus percuma. Kalau search di google, mungkin ada, tapi banyak yang kurang memuaskan. Nak buka kamus tebal, minta maaflah, sekarang ni kan dah zaman IT, semuanya di hujung jari.

Aku suka gunakan WordWeb ni. Dengan data perkataan yang boleh dikatakan lengkap, sebab jarang sekali aku cari perkataan dan tak jumpa melainkan perkataan tu memang betul-betul tak wujud, atau diwujudkan dengan sengaja. Oh lupa nak cakap ini Kamus Bahasa Inggeris ke Bahasa Inggeris. Pengguna juga berpeluang melihat maksud perkataan bukan dari WordWeb sendiri, tapi juga dari wikipedia dan lain-lain wiki online. Malah nak tau perkataan yg Synonyms dan Similar pun boleh.

Program ringkas yang banyak membantu terutama bagi pelajar-pelajar.. Ohh juga terdapat versi android dan iphone.

Convert .net - http://download.cnet.com/Convert-NET/3000-10250_4-10696573.html



Program ni aku jumpa secara tidak sengaja. Juga satu program yang mesti ada dalam komputer aku. Korang selalu guna Google Translater tak? Secara basicnyer, program ni guna Google Translater, so make sure anda online jika menggunakan fungsi ni. Mesti korang kata, apa susah, masuk jer web site google translater kalau nak guna, tapi pada aku cara ni lebih mudah berbanding menggunakan web site sendiri.

Actually, aku guna program ni bukan untuk google translater. Aku guna ianya untuk translate C# coding kepada VB. atau diterbalikkan. Kepada programmer mungkin tahu kenapa aku perlukan benda ni. Malas nak cerita panjang-panjang.

Ada fungsi lain program ini sediakan di mana aku agak jarang gunakan tapi masih menarik. Boleh test Regular Expression Tester, Encoding > Decoding, and lastly Encryption > Decryption. Mana la tau korang rajin nak hantar mesej yang bersecurity tinggi.

Lupa plak nak beritahu, program ni tak payah install, memang didatangkan sebagai exe file, yang mana anda boleh terus guna di mana sahaja sebagai portable program. Yang aku guna adalah versi lama, tapi kalau korang dapatkan versi baru, nampak gayanya telah ditambah pelbagai fungsi baru yang dapat memudahkan developer-developer.

M8-Spartan - http://download.cnet.com/Spartan-Multi-Clipboard/3000-2384_4-168496.html



Secara peribadi, aku lebih sukakan versi lama, tapi versi baru tidaklah begitu mengecewakan. Dengar nama, mesti tak tahu apa fungsi program ni membuatkan ramai tak menyedari kewujudannya. Tapi aku tak boleh hidup tanpa program ni. Eleh konon.

Sebenarnya ini satu program clipboard. Mesti ramai rajin buat copy and paste kan. Tapi ada masa kita nak paste sesuatu yang telah kita copy sebelumnya and masalahnya kita copy benda baru. So masa ni lah program ni berguna. Ia boleh mengingati apa yang kita telah copy sebelum ni. Ada dua bahagian, satu dimana setiap kali copy, ia akan terus mengingatnya dan jika ruang yang disediakan penuh, yang lama akan dibuang dan akan digantikan dengan yang baru. Satu bahagian lagi adalah untuk long term. Maknanya korang boleh pindahkan apa-apa yg korang copy dan akan diingat sampai bila-bila, selagi korang tak delete atau clear benda.. Aku selalu guna ni untuk simpan Quote atau kata-kata hikmah. Senang, nak share ngan orak, click, then paste..

HJ Splits - http://www.hjsplit.org/



Pernah tengok video-video di internet, kita nak download, tapi fail tu ada .001, .002. bla bla... Ada tempat beritahu macam mana nak guna fail tu, tapi ada juga tempat tak beritahu. Untuk pengetahuan korang, tu fail yang telah dipisahkan dengan menggunakan HJ Splits. Program ni simple jer, korang nak pisahkan fail korang kepada beberapa bahagian dan boleh digabung semula untuk mendapatkan kualiti asal. Banyak lagi program-program sebegini, tapi HJsplits ni direct jer cara guna dia.

Cara lain, guna sahaja Winrar, yang boleh membawakan hasil yang sama.

TreeSize - http://www.jam-software.com/freeware/



Mungkin ada yang rasa program tak la berguna sangat, tapi sebenarnya tension juga nak tau keseluruhan saiz folder kita. Fail mungin senang, klik sekali fail berkenaan, kita akan dapat tau saiz fail kita. Folder pula, kena right click la, lihat di dalam properties. In certain case, kena tunggu computer mengira dahulu.

Ada pernah satu ketika, hard disk aku penuh. Tak tahu folder mana yang memenuhkan komputer aku. Dah delete fail-fail yang tidak berkenaan, tapi saiz hard disk masih belum berkurang. TreeSize membolehkan kita melihat saiz folder termasuk subfolder. Dan boleh susun folder mana paling besar. Dan dengan itu, aku dapat tahu rupanya auto backup dari smartphone yang membuatkan hard disk aku penuh. Dan kedudukan folder punca masalah ni, dalam Program File. Tanpa TreeSize, mesti masalah aku tak selesai, dan video-video kesayangan terpaksa dibuang.. Hahaha..

Ok cukuplah tu. Lain kali aku share lagi info-info pasal komputer ni. Sekarang ni aku diuji dengan kelapangan tahap melampau, so aku tulis benda ni.. Dapat membantu, Alhamdullilah. Tidak, takper la, boleh tambah pengetahuan. Kalau korang ada info nak share, jangan segan nak beritahu, nak tanya pun boleh. Takder masalah, Insyaallah cepat aku jawab, kalau tahu lah..


0 komentar:

Post a Comment