Friday, March 29, 2013

Bayar berapa sahaja yang anda suka..

Assalammualikum,

Korang pernah dengar tak sebuah kedai makan, dimana korang boleh bayar mengikut kesukaan korang. Betul, korang tak salah baca, sebab memang betul ada kedai begitu. Di kedai ini, pelanggannya akan memesan makanan, kemudian setelah mendengar harga makanan tersebut, mereka boleh pilih untuk bayar kurang, bayar lebih atau mengikut harga sebenar makanan tersebut.

Panera Cares yang terletak di Boston, merupakan sebuah rangkaian kedai roti yang melaksanakan sistem tersebut. Memang biasanya customer yang datang akan keliru dengan sistem tersebut.

  



Haha korang mesti rasa boleh untung ke kedai macam tu. Kalau kat Malaysia ni mesti ramai akan memilih untuk bayar kurang.

Tujuan asal Panera Cares ini adalah untuk membantu orang-orang yang kelaparan. Yer la, ramai yang tidak mendapat makanan yang cukup, dan Panera ni dah banyak bantu orang, dan masih rasa apa yang diaorg bantu tak cukup.. Hebat betul. So diaorang buka kedai roti macam ni sebab nak lebih membantu.

Biasanya, orang-orang yang kelaparan ni tak kisah pun dapat makan apa, janji dapat makan.

Ironinya, menurut mereka, sebenarnya ramai yang melakukannya dengan tanggungjawab (ok tak tahu nak guna perkataan apa), sebab mungkin ramai menjangka ramai yang bayar kurang, tapi bila dikira sejak dibuka dari Januari, rationya adalah 20-60-20. 20% bayar kurang, 60% bayar mengikut harga, dan 20% lagi bayar lebih... Agaknya kalau di Malaysia, bagaimanalah agaknya.

Oklah. Aku sebenarnya tak pandai nak bercerita Aku cuma nak kongsikan tentang ini. Jujur aku kata, mereka hebat. Kenapa kita yang Islam ni taknak jadi hebat macam diaorg. Aku pernah tengok seorang lelaki di India, yang tiap2 hari memberi makan kepada orang miskin, menyuap mereka dan memberi mereka kasih sayang. Kita? Ok fine, aku? nak sedekah 5 ringgit pun kadang-kadang payah..

Boleh baca di sini: http://missdiemie.tumblr.com/post/46588117474/frubunny-misandrist-realniggajesus

Ok tu saja nak promote Tumblr jer.. Ni link sebenar: PANERA



0 komentar:

Post a Comment