Monday, April 8, 2013

Isnin, keseronokan.. then... ingatan untuk diri sendiri




It's Monday.. Dan walaupun ianya adalah hari pertama bekerja selepas dua hari bercuti, yes, Isnin masih menjadi satu hari yang meletihkan..


Sebab semalam terlalu puas bermain.. Best betul hidup kalau dapat bermain. Lupakan usia, and biarkan diri menjadi kanak-kanak semula. Lupa semua masalah, lupa semua tanggungjawab (sekejap jer)..

Semalam aku dengan anak-anak buah masuk Times Square ThemePark. Sebab beli guna groupon (ermm betul ker aku beli kat Groupon) dengan harga RM19.50 sahaja. Murah-murah, berbanding dengan harga asal RM38.. Masuk dalam, alamak sikit jer games yang exicted dan mencabar. Mujur bayar 20 jer.. So rasa berbaloi la.. Aku cuba semuanya, termasuklah permainan kanak-kanak.. hehehe, kan dah kata nak jadi kanak-kanak..

  



Yeahh I feel so young, bila keluar dengan budak-budak muda. Alah aku pun bukan tua sangat. Naik roller coster sampai 4 kali, spinning clock 2 kali, yang lain tu naik sekali jer, tak menarik sangat, dan lagipun budak-budak ni dah start sakit kepala dan sakit perut.. Haha and best betul masa naik spinning clock and tengok muka takut budak-budak tu.. Dulu aku takut nak naik benda alah tu, rupanya bukan takut sangat pun. Sebelum ni tak pernah nak mencuba, rupanya best naik benda tu..


Aku ni ada satu kelemahan. Aku ni penakut. And kalau orang kenal aku, tapi bukan jenis sangat rapat (yang tau luar dan dalam aku) mesti pelik, kenapa cakap aku ni penakut. Sebab kebanyakkan orang kata aku ni berani.. Tak, aku ni sangat penakut sebenarnya. Takut nak mencuba, takut nak bertanya, takut nak memulakan, takut nak berubah, dan takut untuk jadi diri sendiri.



And di dalam istilah taman tema, benda-benda yang super scary tu, serius aku sangat takut nak naik. Last year, naik Genting. Panjang benar doa aku masa nak naik tu benda alah tu. Dah main, ehhhh itu jer.. Sekejap nyer.. Tak jerit takut pon, macam jerit main2 jer.. Tak sempat nak takut pun.. Seronok gak. Nak main lagi boleh? Hahahahaha.. Then aku tak takut lagi dengan Roller Coster.. Tapi please jangan bagi aku tengok Final Destination.. Benda tu buat kita seriau woo nak naik roller coster. Terbayang jer masa tengah main tu, skru tercabut... Erkkk..

By the way, masih lagi bermasalah dengan masalah penakut aku ni. Cuma satu yang aku tahu, setiap kali aku atasi masalah ketakutan aku, paksa gak untuk buat, sesuatu yang baik akan berlaku.. Contoh: MASALAH SELESAI... tapi takut still takut, kelemahan still kelemahan.. Bukan perkara senang nak atasi.. Any tips?

Tapi ketakutan paling mustahil untuk dibendung. Takut mati. Macam mana kita mati? Sakit mana mati tu? Cukup ker amalam nak bawa? (Tak cukup langsung). Macam mana kehidupan selepas mati? Ohh tidakkk tak terbayang dek akal.. Mati itu pasti, dan tak perlu lagi keberanian. Nak taknak, kalau dah ajal......


P/s: Dah tau takut mati, tapi masih leka dengan dunia... ermmm ketuk kepala.. ingatkan diri sendiri..



0 komentar:

Post a Comment