Monday, July 25, 2011

Kisah naik bas..


Tak tahu kenapa tiba-tiba aku teringat kisah ni.. Rasanya ada kena mengena dengan aku tengah naik bas sekarang ni kot. Maaf la aku tak ingat kat mana aku baca cerita ni, tapi aku rasa ianya kelakar, apa salahnya kan aku kongsikan.



~~~~~~~~~~~~~~~

Al kisah, ada seorang budak ni, aku tak ingat umur dia, tapi kecik lagi la. Kali pertama naik bas menuju ke utara. Bas ni pulak, bukan bas satu destinasi, kerana bas akan berhenti di beberapa tempat untuk menurunkan penumpang. Oleh kerana budak ni kali pertama naik bas sorang-sorang, jadi mak dia beli tiket bas betul-betul belakang pemandu bas. Sebelum naik bas tu, macam-macam pesanan yang ditinggalkan si ibu kepada si anak....

Apabila tiba masanya maka bergeraklah bas tersebut ke destinasinya. Baru 30 minit bas bergerak, si anak tadi mula bertanya, "bang-bang, dah sampai Ipoh ker kita ni?"

"Dik, kita baru jer bergerak, Ipoh jauh lagi, nanti dah sampai Ipoh, abang bagitahu"
Senyaplah sebentar budak tu. Tak sampai sepuluh minit bertanya lagi dia kepada penumpang yang duduk di sebelahnya pula.

"Bang, kita dah sampai Ipoh belum?"

"Belum lagi dik," jawab penumpang tu. Senyap lagi budak tu. Tapi entahlah. Mungkin kerana risau, budak tu tak habis-habis bertanya kepada pemamdu bas atau penumpang yang ada, sehinggakan mereka merasa bosan menjawab soalan yang sama.

"Adik, kita ada 2 jam lagi baru sampai Ipoh. Apakata adik tidur dulu, nanti dah sampai Ipoh, abang kejutkan"

Mungkin kerana terlalu penat, akhirnya budak tersebut tertidur. Legalah penumpang dan pemandu bas tanpa perlu melayan lagi soalan-soalan yang sama dari budak tersebut. Oleh kerana hari lewat malam dan sunyi, masing-masing terlupa tentang pesanan budak tadi tentang Ipoh. Pemandu bas pun dengan syok sendirinya terus dan terus memandu hinggalah telah sampai ke Kuala Kangsar. Pemandu dan penumpang yang lain turut berasa bersalah kerana terlupakan budak itu yang ingin turun di Ipoh. Mujur budak tu terus tidur dengan lena. Setelah berbincang, semua bersetuju untuk patah balik ke Ipoh.

Setelah sampai di Ipoh, penumpang tadi mengejutkan budak yang sedang tidur itu.

"Adik, adik.. Bangun. Kita dah sampai Ipoh ni."

Kelam kabut budak tu bangun dan mengambil begnya. Tapi apa yang peliknya budak tu tidak bangun dari tempatnya untuk turun. Lalu pemamdu bas pun bertanya kepada budak tersebut.

"Adik, kita dah sampai Ipoh ni, bukan tadi adik minta tolong kejutkan bila sampai ke Ipoh kan?"

"Ohh mak saya cakap, bila sampai Ipoh, baru saya boleh makan bekal ini. Terima kasih kerana kejutkan saya. Saya memang tengah lapar ni..."

TAMMAT...


Hehe kelakar tak? Kelakar tak?
:( Tak kelakar ker?
Alah ni bukan lawak yang aku reka..

Mungkin aku tak pandai nak main dengan ayat supaya cerita ni kelakar. Sebab masa aku baca cerita ni aku rasa kelakar, sebab tu sampai sekarang aku ingat lagi cerita ni, sedangkan aku baca masa aku tengah belajar dulu-dulu. Apapun, agak-agak korang kalau jumpa budak macam ni, macam mana la anda nak buat yer.. Hehe..

0 komentar:

Post a Comment