Tuesday, July 26, 2011

Bila isteri pukul suami...

Masa aku baca kisah ni aku rasa lawak tol.. Sebenarnya kisah isteri pukul lelaki bukan kes luar biasa lagi. Ramai jer perempuan dan wanita kat luar sana yang sebenarnya lagi kuat dan ganas daripada lelaki. Tu pun nasib la, tengok juga lelaki macam mana yang dia belasah tu. Aku, seganas-ganas aku, tak pernah naik lagi la tangan atau kaki aku ni.. Paling sakit tu aku cubit jer, takpun kau akan sakit mendengar bebelan-bebelan dari mulutku ini. (Oh yeah I admit aku ni kuat membebel)..

Apapun berbalik kepada cerita asal, ceritanyer macam ni. Seorang lelaki Cina mengadu kepada sebuah akhbar dimana dia telah didera ataupun dipukul oleh isterinya. Isterinya ni pula memang belajar kungfu dari masa kecil lagi. Sah-sah la teruk si lelaki ni kena belasah. Bila ditanya pada isteri, isteri cakap 'Saya kalau boleh memang taknak pukul dia, tapi kadang-kadang bila bergaduh, saya tak dapat kawal diri saya'.

Mr Zhang ni kata, memang sebelum kahwin dia menyukai isterinya kerana kekuatan isterinya itu. Tapi kalau sendiri pun jadi mangsa kepada isteri, nak kata apa lagi. Malah semasa di awal perkenalan, dia ada mengusik isterinya itu tentang imejnya dan apa lagi merasalah penangan kungfu si isteri. (Yg gi usik tu sapa suruh).

Biasalah lelaki ni kan ego. Akibat sikap tak mahu mengalah apabila bergaduh, maka bertambahlah lebam dan luka di anggota badan.

Untuk mengatasi masalah tu, si suami telah menyuruh si isteri menandatangani kontrak di hadapan ibu bapanya, dan jika melanggar, perempuan tu kena keluar rumah dan duduk kat rumah mak ayah dia selama tiga hari. Lagipun isterinya ni memang anak yang taat. Jadi lelaki ni nak mak bapak dia la tolong marahkan anak dia ni..

Apapun diaorang ni still couple yang baik. Isteri dia pun cakap, dia memang tak sengaja, so dia dah janji akan cuba sedaya upaya menahan dirinya..

Moral of the story: Boleh tak kita buat kontrak yang sama dengan lelaki-lelaki yang suka pukul isteri. Boleh dengan syarat, si lelaki ni memang taat dengan mak ayah dia. Aiii takut aku dengar kisah pukul-pukul ni. Sekarang ni tak kahwin lagi. Minta dijauhkan dari lelaki yang suka pukul-pukul ni jadi laki aku. Banyak cara lain nak tunjuk kuasa. Ni tak, tak habis-habis dengan alasan nak mengajar bila pukul isteri. Tolonglah. Masa awak tu belajar, kena ajar macam tu juga ker?

Hehe, sorry cara aku citer balik macam tak best jer. Ermm nak baca karya asal boleh gi sini..



0 komentar:

Post a Comment