Dalam kerajinan membaca blog-blog insan famous macam diaorang ni, banyak gak aku terjumpa entri-entri macam mana nak dapat follower yang banyak.. Tentu sangatlah, semua tu tak pernah aku buat. Paling mudah sekali, kerap update blog.. Aku menulis kerana aku, dan bukan kerana follower. Kalau aku rasa nak menulis, aku menulis. Jika tidak, terbiar saja blog aku ni.
Point kedua yang diaorang sebut adalah tinggalkan jejak.. Ala bukan susah pun. Tinggalkan komen jer, lepas tu tinggalkan link ke blog sendiri.. Aku tak suka udang di sebalik mee. Sebab aku ni allergi udang.. Aku akan tinggalkan komen, kalau aku rasa blog tu sangat menarik. Tapi satu jer yang tak best. Untuk blogger, masa yang diambil untuk komen sesuatu entri, giler lama.. Kadang baru jer aku dengan bangga nak tinggalkan komen, tup2, tunggu punya tunggu, hampes.. Talian terputus.. Aii internet..
Apapun aku ni tak suka mempromosikan diri. Biarlah aku begini.. kalau ada yang membaca, terima kasih.. Kalau ada yang tinggalkan komen, aku sangat suka.. Serius. Aku sangat-sangat gembira kalau ada orang tinggalkan komen di entri aku. Sebab tu menunjukkan ada orang membaca blog aku ni.
Aku masih mencari-cari hala tuju blog ni.. Asal hanyalah untuk berkongsi pendapat dan idea.. Tapi rasanya aku suka lagi membaca blog orang lain. Mudah sekali aku jatuh cinta.. Haha bukan pada orangnya yer.. Tapi biarlah ia terus begini. Hanya sekadar mengisi masa lapang.
0 komentar:
Post a Comment