Saturday, May 7, 2011

Tukar ip address atau Gateway dengan satu click.


Woahh suka suka suka.. Aku suka bila aku dapat sesuatu yang baru yang dapat membantu memudahkan dan mencepatkan kerja aku. Kerja aku biasalah, kadang melibatkan office sahaja dan kadang kala melibatkan branch, dan bila melibatkan branch, aku perlu menukar gateway pc aku, kerana gateway untuk branch dan office adalah tak sama. Aku tak boleh capai database dari branch jika tak buat begini. Masalahnya, walaupun guna gateway branch boleh access semua branch dan office, tapi aku tidak boleh menggunakan internet.

Nak tak nak, tiap kali terpaksalah aku click Local area connection --> Properties --> properties... Renyah. Aku kira, adalah 6 kali click, tidak termasuk tekan kekunci padam dan taip semula gateway yang diinginkan. Belum lagi bila dah siap, nak tutup window. Ada 4 window, maknanya 4 kali click. Letih jari wehh.. Sekali sekala ok lagi, tapi kalau dalam 1 hari buat benda yang sama, lagi mudah, lagi menyampah ni, mau sengal-sengal jari aku ni.

Aku ni kan budak IT, kenapa tak terfikir cara gunakan command prompt. Ermm start, cmd, copy line dibawah, enter. Yay, tak banyak klik banyak-banyak dah. Lebih separuh aku dapat kurangkan dari cara di atas.

netsh interface ip set address name="Local Area Connection" static 192.168.xxx.xx 255.255.255.0 192.168.xxx.xx

Ermmmm....

Tapi kan ada satu lagi masalah. Ermm command prompt tidak menerima arahan ctrl + v untuk arahan paste. Perlu guna mouse, klik kanan dan pilih paste. Aku ini pemalas, so merasakan ini sungguh tidak menyusahkan. Tambah pula aku perlu mengingat command di atas, atau simpan di sesuatu tempat dahulu, buka dan kemudian copy, baru boleh paste.. Ermm susah, susah.

Penyelesaian, create saja BAT file. Yay hanya dengan satu klik, aku kini boleh menukar gateway di komputer ku. Jimat masa dan tenaga walaupun hanya sedikit. ehh kira ok lah dari rakan sepejabatku yang remote pc lain yang telah disetkan ip branch hanya kerana tidak mahu menukar ip di komputer sendiri. Simple dan ringkas tapi padat. Apa yang penting aku sangat gembira....







(Jap jap jap, camner buat BAT file tu, ajar biar abih la..)

(Hehe sorry dah lupa pula..)

Teknik ni sebenarnya adalah sangat-sangat mudah. Sebagaimana biasa, gunakan sahaja code di atas dan letakkan dalam notepad. Save fail tersebut dengan extention .bat. Sebagai contoh IpSet.bat. File bat anda telah siap. Nak tukar ip anda, double click sahaja file tersebut dan ip atau gate way anda telah ditukar.

Nak tahu lebih lanjut, baca lagi di sini: Petri

0 komentar:

Post a Comment