Rasanya kalau dengan kawan-kawan, aku selalu jer cakap perkara ni. Masa aku lebih muda dan jiwa remaja, aku selalu dengar ayah aku cakap. “Peribahasa melayu ni kadang kala tak betul. Kenapa cakap ‘Buat jahat jangan sekali’, maknanya bolehlah buat banyak kali.”
Masa itu, aku terima itu sebagai pendapat ayahku. Adakah buat jahat dibolehkan buat banyak kali.
Kini, aku rasa peribahasa tu sebenarnya betul. “Buat jahat jangan sekali”, sebab sekali jer kau dah buat perbuatan jahat, maka ianya akan mendorong kau untuk kali keduanya. Sekali tak ditangkap, maka pasti ada kali kesekiannya.
Contohnya macam merokok la. Mula-mula siapa-siapa pun sedar bahaya merokok. Dah la membahayakan kesihatan, membazir lagi. Tapi bila tengok tv, tengok sekeliling, rasa coolnyer orang yang merokok ni. Terfikir, best sangat ker merokok. Jadi mesti perkara pertama yang datang mestilah teringin nak cuba. Cuba jer pun. Nak rasa jer. Lepas tu okay la. Lepas tu… Rasa sedap, nak cuba kali kedua, masuk kali ketiga, dah tak boleh berenggang.. Semuanya sebab nak cuba.
Ok, kita lupakan kisah perokok, sebab tu bukan sebab aku menulis hari ni. Tiada niat aku nak menegur sesiapa, hanya sekadar menegur diriku sendiri. Semuanya sebab dah pernah buat. Sedar di hati, buat azam taknak buat lagi, tapi lepas tu.. terlepas lagi.. Sedih…
Aku dah sedar, buat salah jangan la sekali, atau sekali-kali.. Aku teringat satu kata-kata seorang pakar motivasi, cuma aku tak ingat siapa.. Jika sesuatu perkara dilakukan selama 40 hari berulang-ulang, ianya akan menjadi ‘habit’. Masalahnya tak kiralah benda tu benda baik ker, benda buruk ker, kalau asyik diulang buat, akan jadi habit.. Ahhhh dah jadi habit rupanya.. Rasanya bukan 40 hari dah pun aku buat, berhari-hari… huhuhu sedih lagi..
Tolonglah aku.. Macam mana aku nak buangkan perangai buruk aku ni. Macam mana aku nak singkirkan mulut jahat aku ni. Yang kini sudah tidak pandai menjaga hati. Ramainya yang telah terasa dengan kata-kataku. Hati aku sudah tidak selembut dulu lagi. Mudah benar rasa marah. Mudah benar rasa tak puas hati. Dan mudah benar meluahkan. Tidak lagi menerima. Tidak lagi subur dengan kedinginan budi pekerti yang indah..
Aku luahkan pada insan sekelilingku. Tapi kata mereka aku masih baik. Biarlah dengan orang yang over sensitive itu. Tapi aku sedar aku tidak. Ohh mulut, bagaimana aku ingin mengawalmu. Wahai hati bagaimana aku mahu mengajarmu erti bersabar. Kenapa dahulu aku mampu menahannya, tapi kini, dengan lancang aku bersuara. Adakah kerana terasa diri sudah boleh. Cukup akal fikiran meluahkan akal fikiranku. Kerana dulu seumpama anak kecil yang perlu mendengar kata orang tuanya.. Tolonglah aku..
Aku juga ingin mengubah sikap terburu-buru dan cepat marah aku ni.. Aku rasa sifat marah dan garang aku ni takder la teruk sangat, sebab aku marah memang sangat sekejap. Tapi orang yang takut dengan aku macam ramai jer.
Hari ni aku marah lagi. Tapi selepas aku lepaskan (luahkan) plus dgn geram dan rasa nak menjeritnya (tak menjerit betul-betul pun).. Tup tup dah ok. Dah tak marah lagi. Tapi teringat apa yang aku telah lepaskan.. Menyesal la plak. Tapi bila fikirkan balik, selagi aku tak luahkan benda tu, selagi tu jugalah aku akan marah. Aku dapat jawapan yang aku inginkan setelah aku meluahkan. Malu dan menyesal memang ada, tapi hati aku dah sejuk.. Aku tak patut menyesal kan? Ermm manusia memang membingungkan..
0 komentar:
Post a Comment