Friday, April 22, 2011

Segmen Blog Review Pak Cek Biola


Takder keje di tengah hari Jumaat ni tetiba nampak plak ada pertandingan ni.. Aku ni bukan rajin sangat Blog walking, sebab mana-mana blog yang aku rasa best, aku letak terus jer dalam RSS Reader aku. Tetiba salah sorang blogger tulis pasal ni, macam menarik, so aku pun macam terpanggil la untuk join sekali..

Tajuk dah betul, ermm follow, kejap lagi buat. Ok jawab soalan plak.

Jadi untuk menjawab soklan pertama, apakah kaler kesukaan aku, ermm aku suka merah kot. Hehe aku memang peminat merah, tapi entah kenapa aku rasa macam dah tukar warna kesukaan kepada coklat.. Nak pilih kaler aper ni.. Ok ok, kekalkan pada Merah..

Soalan kedua: Apa aku akan buat kalau aku dapat 1 Juta.. wahh macam tahu-tahu jer aku sekarang tengah berangan apa nak buat kalau dapat duit 1 juta.. Mula-mula sekali aku nak settlekan kesemua hutang yang ada termasuk hutang PTPTN.. Aduh rasa sedih tol bila fikir aku hidup dalam hutang. Tak suka tau. Kalau betul la aku dapat 1 juta, aku canangkan kepada semua kenalan dan keluarga, siapa yang aku pernah hutang, aku nak lunaskan.. Tapi hutang budi, terpaksalah aku bawa ke mati..

Kedua, aku nak buat kenduri, beri makan untuk anak-anak yatim, dan orang susah.. Akhir-akhir ni aku rasa aku banyak membazir terutamanya bab makanan. Kadang tu memang makan tak habis, bila teringat, dah basi atau tak boleh dimakan dah. Teringat orang-orang yang tak dapat makan.. Insaf-insaf. Jadi kalau ada Sejuta, meh la kita sama-sama merasa..

Ketiga, ermm banyak yang boleh dilakukan dengan 1 juta.. Rasanya ada 1001 benda aku nak buat. Tapi aku ingat aku nak belajar la dengan duit tu. Belajar secara suka-suka. Aneh ker? Mana ada orang belajar untuk suka-suka. Sebab sebelum ni aku belajar adalah demi masa depan. Supaya masa depan ada kerja untuk aku. Tapi aku ada banyak benda yang aku nak belajar dengan niat bukan untuk kerja, tapi kerana minat.. Seronokkan kalau dapat belajar apa sahaja yang kita nak. Belajar ni kosnyer mahal tau. Yang tak bestnyer, belajar la tinggi mana pun, akhirnya dah keje, hutang yang ditanggung. Kakak aku, belajar sampai luar negara, tapi hutang belajar, bayarnya sampai bersara baru habis..

Ok dah habis.. sekarang nak kena tag seorang member.. Hehe maaf, aku tak tahu macam mana nak tag orang dalam blog.. Ada sesapa boleh ajar aku, atau sekadar letakkan link blog sahaja.. ermm...

Ok yang paling akhir sebelum aku terlupa, link untuk sertai contest ni: LINK LINK LINK



2 comments:

  1. penting rasa nya nak bayar hutang PT tue kan..

    ReplyDelete
  2. hye hye..
    Assalamualaikum.. ^_^
    Salam perkenalan.. Shera singgah blog ni..

    Kalau free, singgah lar blog shera..
    http://laluan-kehidupanku.blogspot.com/

    ReplyDelete