Bila aku ada kereta.....
Angan-angan tidak membawa kemana. Hehe pandai jer aku bercakap, sedangkan sekarang ni aku la orang yang paling kuat berangan. Nak dengar angan-angan aku yang paling famess sekali.. Dalam kepala otak aku la, bukan seantero dunia.. Iaitu 'Bila aku ada kereta'.
Mengingati kembali kisah lama..
Sejak aku mula kerja, ramai yang suruh aku start beli kereta. Tapi aku dah ada moto. Pergi mana-mana aku boleh naik moto. Senang. Tak jam. Kalau tak boleh naik moto, aku naik la LRT ker, bas ker. Alah 'public transport' pun ada banyak. Lagipun aku sorang, belum ber'family' lagi. Keperluan untuk aku berkereta tu kira-kira 10% jer. Lagipun aku masih belum bersedia untuk menambah hutang dalam tanggunganku.
Ada orang kata, masa muda-muda ni la tanggung hutang tu dulu. Masa kudrat masih kuat. Lagipun beli kereta, nak bayar ambil masa 7-9 tahun, baru habis bayar.
'Lagi awal beli kereta, lagi cepat la habis hutang tu..'
Ermm kalau kumpul duit dulu, pastu bayar sekaligus tak boleh ker? Bukan kalau beli keta tu, arga mmg la dlm 60K lebih kurang, tapi tambah bunga bank suma, tak ker yang kena bayar tu lagi banyak..
'Jangan, nanti income tax datang cari'
'Hai encik Income Tax. Saya tak ambil rasuah, saya tak mencuri. Tengok saja sumber senarai wang masuk akaun. Kan simpanan tu.'
'Alah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'
Siapa pula aku nak berdalih. Aku hanya ambil pro and kontra jer. Mana yang baik, mana yang tidak. Siapa kata aku tak mahu kereta? Siapa taknak kereta beb. Aku cuma mengelak dari berhutang. Sedangkan hutang PTPTN pun dah pening, lagi mau tambah pening hutang kereta, sedangkan keperluan masih sekadar 10%. Hidup rasa tak aman tenteram bila berhutang.
'Kamu itu perempuan, naik kereta selamat sikit'
Aku memang dah penat dengar ini tau. Penat, penat dan penat. Masalahnya bukan lelaki sahaja yang cakap begini, perempuan pun sama juga. So nak kata 'gender stereotype', tak juga. Ini adalah mentaliti masyarakat. Nak kata masyarakat Malaysia, tak boleh juga sebab kebanyakkan negara lain terutama negara maju, pengguna motosikal memang sedikit. So pandangan masyarakat secara amnya. Aku akui, bahaya motosikal ni 80% lebih tinggi dari kereta. Yer la, bawa pelahan pun, jalan licin, tekan brek, dah jatuh. Lukanya pulak bukan sikit. Pedih... (dah pernah rasa dah). Ditambah pula dengan aku seorang perempuan, haiii jatuh saham la beb.
Apapun kata orang, aku nak bawa moto juga (tunjuk degil). Tapi aku ada sebabnya. Apa kalau dengan naik kereta, tiada kemalangan, berjalan kaki adalah lebih selamat? Bahaya ada di mana-mana. Terlalu berjaga-jaga tak bawa kemana. Nak hidup, risiko kadang kala perlu diambil. Insyaallah selamat aku hendaknya. Doa-doakanlah aku ya.
**Sebulan yang lalu..
'Nak ambik kereta kak tak, harga kira adik-beradik jer'
Pucuk dicita ulam mendatang. Kereta kecik ku servey, besor ckit kudapat. (opps belum dapat lagi yer).. Harga runding, tak lama pun nakk berhutang, pastu memang xder faedah punya la.. Harga tu cakap, harga tu la bayar. Kalau aku lambat, hehe tak saman kan?
Orang pertama kucerita, housemate la.. 'Okeh ar tu, senang la nak jalan lepas ni'
Tapi...
Kakak sulung, 'iskk toksah la, baik beli rumah'
Ayah, 'Macam ni nak beli kereta, nak letak mana kereta tu' (cari parking kat rumah tak jumpa)
Emak, 'Ohhh ermm naper amik keta tu, taknak kereta baru ker?'
Ehhhhh pulak dah. Ala kereta kak aku tu okay per.. (aku ni degil, aku nak juga, nak juga.. hehe keputusan di tangan aku)
Pro:
1) Kereta elok (kalau family yang cakap, takkan dia nak tipu kan). Aku pun memang pernah bawa kereta tu. So kira dah test drive la.
2) Tanggung hutang tak lama (ikutkan 2 bulan boleh settle, tapi aku amik 2 tahun la).
3) Kereta tak payah nak jaga baik sangat, calar ke aper, kisahnya kurang.
Kontra:
1) Tak merasa nak beli kereta baru. Takle la nak menunjuk-nunjuk (Menunjuk-nunjuk kan mmg tak baik... BAIKKKK)
2) Kalau tetiba mampu beli kereta baru, kena buat tak tahu..
3) Takder la comei dan berteknologi baru macam kereta baru.
4) Takder bau kereta baru..
5) Entah dah confirm ke idak ni.. Kata bulan 6. Itu pun tak sure lagi.. (Aii bukan urgent pun kan)..
Anyway, kereta tak dapat lagi, tentu pun tak lagi. Tapi aku dah try la tengok bujet aku, mampu tak nak support kereta sekor. Yer la, walau tak bawa merata pun, sekali sekala, minyak nak diisi, tol, bayaran bulanan, servis. (hehe aku nampak tempat tinggal aku sekarang dah buat pondok pengawal. So kereta yang masuk akan dikontrol. Ada can la tempat letak kereta untuk aku). Moto sekarang ni pun, sekali nak servis, bising mengalahkan apa tah. Sekali terbang RM700, mahu aku tak bising.. huhuhuhuhu..
Kereta tak confirm lagi, sekarang masih di hujung bulan 3, ada 3 bulan lagi. Berangan mengalahkan apa tah..
1) Kalau ku ada kereta, balik kampung raya nanti, tak kisah dah nak beli tiket raya.
2) Balik kampung, nak bawa balik toto, cadar, langsir, nak pi basuh guna mesin basuh mak yang besar dan baru tu..
3) Nak pi Ikea. Beli set tupperware yang banyak tapi murah. Bagi kat mak. Ganti yang aku asyik amik tapi tak bagi balik.
4) Dah ganti tupperware, boleh la aku bungkus lagi lauk-pauk balik KL, hahaha 3 hari takyah masak.. (Bagi tupperware ada makna)
5) Nak gi Ulu Yam, mandi sungai. Yay berkelah...
6) Orang panggil kenduri, tak payah dah tunggu orang ajak tumpang. Aku boleh gi sendiri.
7) Boleh bawa anak buah gi muzium.. kah kah kah.. nak gelak jap.. berapa yer masuk?
8) kalau balik kampung, dah takyah nak kelam kabut kejar waktu bas..
........ dan sebagainya..
Ermm seronok kan ada kereta.. Tapi macam tak berfaedah jer sebab aku nak ada keta ni.. Hehe dulu aku ada buat target (tapi dirahsiakan). Tunggu aku berjaya kumpul RMXX, aku akan beli kereta. Sekarang tak berjaya lagi, tapi bulan 6 kan ada 3 bulan lagi. Agak-agak boleh berjaya tak. Ermm bonus belum masuk lagi. Gaji tak naik lagi. Ermmm hampir boleh kot, dapat RMXX tu macam sukar jer.. Mana taknya, belanja asyik melebihi pendapatan. Macam mana nak menyimpan dan mencapai target RMXX
comey jer.. tingin nak naik kete ko tu nnti wehhh....
ReplyDeleteemi.. next time ada kenduri kitorang plak car pool keta ko ek=) buat keputusan leklok dear.. ko keje, ko cari duit.. so beli apa yg ko nak supaya hati senang =)
ReplyDelete