Selamat Hari Raya semua... Wah tak sabarnya nak raya. Balik kampung, jumpa ahli keluarga.. Apapun sempena bulan baik, hari baik, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin buat semua. Al-maklum la, nama pun manusia kan, mesti la tak pernah terlepas dari berbuat kesilapan. Lagipun aku ni selalu bercakap, tak fikir dulu. Dah cakap baru menyesal. Alamak minta maaf la semua yer. Aku ni mungkin kasar SIKIT JER. Jadi kalau terasa tu, maaf yer.. Betul tak sengaja..
Puasa tahun ni biasa jer. Cepat sangat masa berlalu. Tak terasa dah dekat sebulan puasanya. Minggu ni, dari hari Jumaat, tak buka puasa di rumah. Asyik luar ajer. Jamuan berbuka satu pejabat, big boss belanja buka puasa, ke rumah akak, buka puasa bersama kawan-kawan.. Ok ler tu kan.. Hehe jangan jealous tau.. Hari ni nak berbuka di mana pula yer.. ermmm, bag untuk balik kampung tak kemas lagi ni. Tapi aku ni biasalah, mesti last minute punyalah.. Ai entah bila habit buruk ni nak berubah..
Di sini, ku sertakan beberapa gambar majlis berbuka.. Hehe gambar makanan jer yang aku ambil..
Di Grand Season:
Di Grand Pasific:
Ok la tu. Cukuplah.. Lagipun bukan aku ada banyak gambar pun nak punlish di sini.. hehe Selamat berpuasa dan selamat berhari raya..
Tuesday, September 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment