Wednesday, August 5, 2009

Aku seorang programmer..

Hai tawan-tawan. Yer la aku tahu la aku pernah hantar entry dengan tajuk yang sama. Tapi ni blog aku so suka hati aku la aku nak letak tajuk apa. Peh kata-kata aluan macam nak cari gaduh jer.. Tidakkk. Hamba pacal yang hina tak pernah terlintas walau sekilas nak cari gaduh..

Ok ok. Kita tukar tajuk..

"Keajaiban Otak Manusia"

Haaa amacam. Dasat tak tajuk.. Tapi bukan nak cerita dari segi saintifik la. Tapi hanya sekadar bercerita dari sudut mata seorang programmer. (hehe macam dasat jer kata diri sendiri seorang programmer).

Kerja aku buat program. Tapi program yang aku buat tak adalah sedasat mana. Yang kacang-kacang pun amik masa lama nak siapkan. Nasib baik bos baik, pemaham orangnya. Lambat siap bukan kerana tak reti, tapi biasalah aku ni. Cepat sangat bermimpi. So, apa kaitan aku, kerja aku dan otak? (ermm yg ni jadi tajuk pun best gak). Kaitannya adalah.. jeng jeng jeng (konon nak bagi suprise la tu).

Aku seorang manusia yang ada otak. Check
Kerja aku memerlukan aku menggunakan otak. Check
La takkan tak nampak lagi apa kaitannya kot. Iskk

@___@ penin penin

Aku bukan apa. Aku sebenarnya tengah pening ni. Aku pelik betul la dengan otak aku ni. Sistem yang aku bina beberapa hari yang lalu, aku jenguk semula code-code dia. Maka muncullah soalan-soalan yang macam ni:
Alamak. Apa yang aku buat ni?
Kenapa aku buat macam ni?
Aku nak ubah ni, nak ubah yang mana satu?
Yang mana yang penting?
Macam aku buat ni sampai boleh jadi macam ni?

Kadang-kadang aku rasa aku yang semalam lebih bijak dari aku yang hari ni. Kadang-kadang aku rasa hari otak aku mahu bekerja lebih baik dari sebelumnya.. Ermm >.<

Aku tak sangka aku sendiri akan confuse dengan otakku sendiri. Agaknya macam mana agaknya kalau orang lain yang tengok kerja aku yer. Yer la kadang-kadang otak aku ni bukan suka ikut jalan yang lurus, dia nak dulu pi sesat sini, sesat sana pastu tiba-tiba sesat ke jalan yang benar. Lepas tak jumpa jalan balik.. Haha :P

Selesai.. Inilah hasil tulisan aku berkenaan otak.. Selamat membaca..

2 comments:

  1. elok p jumpa doktor cpt2.. takut kena virus bukan2 plak nnti. haha

    ReplyDelete
  2. Ada virus ker? Virus per tu agaknya.. Hehe

    ReplyDelete