Monday, April 13, 2009

Sebab mengapa kita mengantuk

Atas permintaan Cik Niza yang mahukan aku menulis satu lagi karangan..
Karangan ni adalah berbentuk pengetahuan sepatutnyalah..

Topik kita pada hari ini adalah "Sebab mengapa kita mengantuk.."

"Arghh mengantuknya hari ni" Cakap sambil menguap.

"Iskk awak tu perempuan cik kak oi, kalau menguap tu tutup la mulutnyer, iskk buruk, tahu tak buruk. Meh sini nak eja,
'B' 'U' 'R' 'U' 'K'
'BURUK'
Dah la muka seposen, tambah lagi dengan gaya memburukkan, maka ianya tetap buruk."

"Ye lah ye lah. Tak payah la nak ulang-ulang bahagian buruk tu. Kita ni sedar sapa diri kita.
Ala releks ar. Bukan sengaja pun. Tak perasan tadi menguap. Ngantuk sangat.."

Kenapa la kita ni asyik mengantuk yer. Banyak kerja mengantuk, takder kerja mengantuk, bosan mengantuk, baca buku mengantuk, tak baca buku mengantuk, ada bos mengantuk, takder bos pun mengantuk, lepas makan mengantuk, sebelum makan pun mengantuk, kalau duduk kat rumah tu pada masa yang sama tak pula nak mengatuk. Macam-macam betul la.

Hari ni aku tak ada kerja. (tipuuuu).. Iskk mana ada tipu. Betul la. Tak ada kerja penting yang perlu buat. Jadi hari ni aku masuk internet sampai bosan, dan lepas tu, apa lagi, bila dah sampai bahagian BOSAN tu mulalah mengantuk. (geleng geleng, apa nak jadi dengan budak ni).

Kerja aku sepatutnya aku buat hari ni adalah membuat kertas kertas atau dalam kata orang putih (iskk sekarang ni bukan orang putih jer cakap camtu) "documentation". Lepas tu bos aku yang paling baik hati pulak suruh aku baca eBook yang dia bagi masa masuk kerja dulu. Dalam lain kata, kerja aku hari ni adalah kerja-kerja yang menyumbang kepada mengantuk.. (banyak sangat perkataan mengantuk, memanglah, dah topik kita mengantuk). Ada ker aku buat.. (erm takder takder)

Apa sebab seseorang tu mengantuk yer. Nak kata tak cukup tidur macam dah terlebih tidur dah pun (ermm kejap-kejap.... dah lama aku tak terlebih tidur ni, jadi bukan ar). Orang kata sebab oksigen tak cukup sampai ke otak (iskkk ni sebab menguap ar, bukan mengantuk). Tapi kira boleh la ni kan. Sebab masa kita baca buku (ni punca kebiasaannya orang-orang a.k.a manusia mengantuk), kita menggunakan otak, atau otak lebih bekerja dan memerlukan lebih oksigen, dan lepas tu kan, macam tak cukup jer oksigen sampai kat situ, maka terjadilah orang-orang tersebut menguap, dan secara analisis dengan bijak dan pandainya (takder orang nak puji so kita puji diri sendiri) maka kesimpulan selepas menguap adalah mengantuk.

(ok siapa berani cakap apa aku kata ni salah -

saya saya..

wahh banyaknya, tidakkkk lariiii
.)..

Tapi kan yang peliknya, macam mana kuatnya menguap pun selalunya aku bukan dapat tidur pun. Jadi apa yer punca mengantuk, letih.. Haaa aku rasa betui ar tu. Letih. Sebab apa tau. Bila kita banyak kerja, kita akan letih, dan kalau tak ada kerja plak, macam mana boleh letih? Sapa kata tak letih kalau tak ada kerja. Biasanya perkataan bosan muncul apabila badan tidak bergerak mengikut kehendak, lain kata buat benda tak berapa nak suka la tu. Contoh, duduk depan komputer, pura-pura buat kerja (ehem ehem macam tau jer sapa buat ni), tolonglah, pura-pura ni penat tau. Jadi secara tak langsung akan membawa kepada bosan dah seterusnya mengantuk. Mana taknya, kata kunci kita tadi, letih. Nak tanya sikit, ada ker orang yang tak letih boleh tidur? (Sapa jawab ya sila bagitau kenapa yer).

Sekian...

Nota Kaki: Kepada sesiapa yang sedang membuat analisa tentang punca mengantuk untuk sekolah ker universiti ker atau untuk diri sendiri ker, dengan ini nak bagitahu, bahawasanya entry ni adalah 100% tidak sesuai menjadi rujukan anda. Lebih baik kiranya andalah yang memberitahu saya "Apakah punca mengantuk?"

4 comments:

  1. Untuk niza,
    hehe aku rasa karangan aku kali ni fail ar.. Aku rasa kadang2 aku tak boleh nak lari dari keseriusan diri aku..

    ReplyDelete
  2. haha.. yer.. mmg agak keseriusan dalam diri kpit agak ketara di dalam karangan ini.. hihi..

    ko rasa mengantuk tu ada lah satu kenikmatan atau satu kesengsaraan? hahahaha..

    ReplyDelete
  3. nnti aku rasa aku kena wat karangan yang betajuk "kenapa saya malas pada hari ini"

    Baru pukul 8, aku dah start rasa mls2.

    nak jadi pe tak tau

    ReplyDelete
  4. mmg betul lah...berpura-pura wat kerja pon letih oooo....hahahaha

    ReplyDelete