Wednesday, April 8, 2009

Aku seorang programmer

Amaran: Karangan ala-ala MACAM budak-budak sekolah rendah versi autobiografi. Kalau masuk periksa la kan, mesti dapat E.

Aku adalah seorang programmer. Bunyi macam menarik. Bunyi macam dasyat. Bunyi macam bagus, tapi realitinya, aku seorang programmer. Bekerja dari Isnin hinggalah hari Sabtu. Bangun pagi, gosok gigi (alamak nak menyanyi la plak dia ni), tiap-tiap hari mesti buat azam: "Hari ni bahawasanya saya berjanji nak buat kerja sungguh-sungguh dan tak buat kerja melalut". Konon la. Macam orang lain juga, kalau buat azam mesti sampai kemana sajalah azam tu (yelah yelah, bukan semua orang).

Dah jangan kacau nak sambung cerita ni.

Aku seorang programmer. Bangun pagi, sarapan pagi, dan berjalan dengan kelajuan angin (ok tipu jer), lalu hopital, lalu kedai makan, 'ermm macam lapar saja perut ni', nampak pintu masuk, masuk lif, tekan butang 3, tunggu sekejap, "ting", sain attendent, panjat tangga, masuk pejabat, buka komputer dan duduk... (ni takkan nak tulis segal-gala yang aku buat kot).

Kembali kepada cerita..

Aku seorang programmer atau seorang pengaturcara. Kerjaku adalah dengan menghasilkan pelbagai kaedah dari secara manual kepada bentuk komputer (sistem), yang mana asalkan ianya dapat memudahkan pekerja-pekerja di syarikatku. Bunyi macam susah, tapi khabar tak sesusah rupa (tak berapa nak susah kalau aku nak, jadi susah bila otak aku mula malas berfikir). Masalahnya aku seorang yang mudah bosan. Aku mula bosan menghadap bahasa-bahasa peraturcara (kenapa la tak suruh jer aku belajar bahasa Jepun ker, Korea ke, Mandarin ker).

Nak dijadikan cerita, kerana kebosanan, maka keraplah aku berbual melalui laman-laman perbualan, tapi entah macam mana, ketuaku sangat prihatin tahu bahawa aku ni suka benar bermain, maka keesokkan harinya tak dapat lagi ku masuk laman tersebut.

Tapi kini aku bukan lagi seorang programmer yang benar-benar programmer. Setelah terfikir untuk mencari kerja lain, maka dengan baik hatinya ketuaku mengajarku kerja lain yang melibatkan unsur-unsur teknikal dan bermain dengan wire. Wah gembiranya. Maka akhirnya aku tidak lagi seorang programmer. Kadang-kadang sahaja. dan bila kembali sebagai programmer, aku kembali menjadi bosan dan akhirnya muncullah karangan yang membosankan ni.

Tamat.

Nota Kaki: Dah kata macam tu memang ar tak serupa.. Karangan ketika bosan.

5 comments:

  1. kpit.. aku nak bgtau sumting ni... aku bukan seorang programmer.. kekeke..

    ReplyDelete
  2. for me, this is the best entry that u have wrote. hehe.. i luv this kind of writing style. biasa ar.. aku kan masih kekanak-kanakan, mmg lah aku ske benda2 camni.. kekekeke...

    ReplyDelete
  3. Ok ni bermakna lepas ni aku kena lebih terbuka lagi la dalam hal-hal menulis ni sebab biasanya aku lebih suka menulis sesuatu yang serius untuk dipaparkan dan yang jenis macam ni pula selalu masuk buku ajer la.. Terima kasih sebab suka kerana komen anda amat bermakna untuk saya.. (tisu mana tisu)

    ReplyDelete
  4. alaa...biasa lah, aku ni kan kurang keseriusan.. sbb tu lah aku suka cerita ni..

    lagi satu aku pelik.. apasal hujung komen aku , mesti aku akan gelak kekekekeke...

    ReplyDelete
  5. Ala lebih kurang cam aku ar, mesti ada hehe ker haha ker, dah jd trademark ko kot..

    ReplyDelete