Hidup manusia tak pernah mudah. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku, dan sesungguhnya manusia sering terlupa betapa Allah itu maha penyayang yang tak mungkin akan melupakan hambanya. Jangan terlalu mudah bersungut. Setiap bencana pasti ada hikmah yang disebaliknya. Kenapa? Tak percaya?
Kenapa perlu ada kesusahan..
kerana kita meminta untuk beroleh kekuatan
Kenapa perlu berdepan dengan masalah
Kerana kita memohon agar menjadi lebih bijaksana.
Kenapa kita diberi otak dan tenaga
Kerana kita memohon harta dan kekayaan supaya kita boleh mencarinya.
Kenapa mesti berada dalam bahaya
Kerana kita meminta untuk jadi lebih berani.
Apabila datangnya orang lain meminta pertolongan dari kita
kerana kita memohon cinta dan kasih sayang
Mengapa kita diberi peluang
kerana di ketika itu kita memelukan bantuan
dan apabila segalanya telah kita terima
kerana kita tiada lagi apa yang diinginkan.
Alalh menyintai hambanya dalam cara yang sungguh unik. Dia mengabulkan segala permintaan hambanya dalam cara yang kita tidak pernah sangka-sangka. Cuma manusia selalu lupa. Tidak berfikir di sebalik segala apa yang berlaku di sekeliling. Hidup merupakan satu peluang kepada manusia untuk terus belajar, membuat kesilapan kemudian menerima balasan atas setiap apa yang kita buat dan memilih untuk buat. Kadang-kadang apa yang kita sangat-sangat inginkan pada satu ketika bukanlah sebenar-benarnya apa yang kita perlukan dan pada masa itu, sedarlah kita apa yang paling penting telah kita miliki. Tapi tak mengapa, kita mungkin buat silap, tapi kita belajar, terus bangun dari kesilapan yang telah kita belajar dan terus menikmati hidup dengan melakukannya. Janji jangan buat salah yang sama sudahlah.
Jangan menyesal dengan apa yang telah berlaku pada hidup kita sebelum ini, kerana ia yang mencorakkan siapa kita pada hari ini.
p/s: Komen jika ada sebarang kesalah ayat.. Entahlah sekarang ni, aku punya ayat asyik berterabur.. Hehe :) Aku selalu pegang pada "Setiap masalah yang timbul pasti ada cara penyelesaian. Jangan panik." Dan jika pada satu masa aku terlupa, jadi ingatkanlah..
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment