Monday, April 15, 2013

Apa matlamat aku?


Asssalamualaikum dan Selamat hari Isnin...

Hidup kena ada matlamat. Kalau zaman sekolah dulu, cikgu akan cakap cita-cita. Tanpa matlamat, hidup tak ada tujuan, tak ada hala tuju (sama jer maksudnya), terumbang-ambing. Dan ini yang masalah aku sekarang.

Secara jujur aku tak tahu matlamat hidup aku. Sekarang ni aku hanya sekadar hidup untuk memenuhi matlamat kemanusiaan aku. Berbakti kepada ibu bapa (sikit jer pun), cari duit untuk keperluan asas, pakaian, rumah, makanan dan hiburan. Nombor satu, walaupun tak sepatutnya, hiburan..

Tapi aku rasa tak puas. Aku rasa hidup aku kosong, tak lengkap. Dalam dunia ni ada banyak sangat benda nak dicuba. Ada banyak benda aku nak belajar. Dan tiap-tiap hari, aku terlalu malas untuk ke tempat kerja. Sebab aku rasa aku tak begitu berguna. Sebenarnya aku dalam proses pembelajaran. Tapi aku masih belum dapat menangkap apa yang aku pelajari. Terasa betapa bodoh diri ini. Arghh bila nak pandai ni. Kena usaha lagi..

Aku perlukan seorang motivator. Seorang yang boleh tunjukkan aku hala tuju, apabila aku tersesat begini.. Yang mampu memberi nasihat bernas dan bukan cuba menjatuhkan aku.. Kalau yang menyokong adalah, ramai. Yang sentiasa menerima apa sahaja yang aku nak buat asalkan tidak menyalahi undang-undang dan agama. Tapi aku perlukan seseorang yang boleh berdebat dengan aku, bertekak dengan aku, memberi pandangannya tapi tidak memaksa supaya aku menerima pandangannya, barulah otak ni boleh berkembang sikit.. Agaknya ada orang macam tu tak di sini?

p/s: Dah lama tak jumpa objek menarik..

1 comment: